Bila Ada Anak Dara...

Farah Waheda Wahid
4
Sumber dari Google
Anak kakak anak bujang... Tak ada anak dara... Ngee... :-), akan tetapi terjumpa satu artikel yang menarik yang mungkin sesuai untuk semua ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak dara di rumah. Sekadar perkongsian buat pengetahuan umum dan juga bahan bacaan informasi keibubapaan buat semua... 

Dipetik dari artikel di SINI

Ada anak perempuan yang mula melangkah ke dunia "ANAK DARA"? Masa inilah kaum ibu perlu "top up" ilmu lebih bab dunia remaja. (Ada anak lelaki yang mula melangkah ke dunia "ANAK BUJANG" pun sama...kena "up keep" dengan perkembangan semasa juga...Hu hu hu). Dan mungkin bab "datang bulan". 

Biasalah anak gadis kalau pertama kali uzur, mereka akan mengalami perubahan hormon yang mempengaruhi pembentukan fizikal dan emosi mereka. Apabila beberapa bahagian tubuhnya mula membesar, mulalah dia menjadi tak tentu arah. Semuanya serba tak kena. Pada waktu itu, mungkin mereka beranggapan yang tubuh mereka semaking gemuk. :-)

Lucu tetapi inilah kenyataan yang perlu seorang ibu hadapi. Malahan emosinya juga akan berubah ibarat angin Monsun. Sekejap elok, sekejap mengamuk tak tentu pasal. Mula-mula ketawa kemudian menangis teresak-esak. Itu semua normal. Sebagai seorang ibu, mental kena sentiasa dalam keadaan bersedia.

JANGAN TAKUTKAN ANAK
Bila si anak mengadu tentang haidnya yang pertama, kita tidak boleh nampak terlalu terkejut atau membuatnya menjadi takut.

BIAR ADA BATAS
Ceritakan pengalaman terbaik apabila sudah menjadi anak dara. Cuba beritahu batas-batas yang harus dipelihara sebagai seorang gadis sunti.

AJAR CARA BELI DAN PAKAI
Ibu perlu tahu untuk berhadapan dengan situasi ini buat kali pertama dan sedia membantu anak gadisnya, walaupun sekecil-kecil perkara. Contoh, mencari tuala wanita yang sesuai. Sama ada yang tebal, nipis, ada haruman teh hijau atau bunga-bungaan, mahupun yang mempunyai "sayap" dan sebagainya. Maklum sajalah, ini pengalaman pertamanya jadi mungkin dia masih teragak-agak untuk mencari jenama dan jenis tuala wanita yang serasi dengannya.

SENGGUGUT
Mungkin untuk kali pertama, si anak akan mengeluh dan mengerang kerana tidak tahan sakit perut. Ohoiiii, seumur hidup sewaktu masa mula-mula kena tu jerlah berguling-guling senggugut... Tapi kedua kalinya sehingga kini, Alhamdulillah, tak pernah senggugut lagi... :-). Ketika inilah si ibu harus menjadi doktor mengawal rasa sakit itu. Jangan sesekali mengajarnya untuk bergantung kepada ubat penahan sakit kerana boleh memberi kesan kepadanya pada masa hadapan.

JAGA EMOSI
Percayalah, pertama kali anak perempuan datang haid bukan mudah. Ibu juga akan ikut beremosi kerana menganggap anaknya sudah dewasa. Kemudian, wujudlah rasa risau tentang pelbagai perkara negatif dan si ibu biasanya akan bersikap "over protective" terhadap si anak.

CERITA POSITIF
Tips terbaik adalah sebelum anak datang haid buat kali pertama, selalu bercerita tentang hal ini dengannya. Ini bagi mengelakkan si anak terlalu terkejut ketika mengalaminya nanti. 

Haaa...bila dah masuk dunia anak dara, mak-mak kenalah selalu nasihatkan anak dara untuk lebih pandai menjaga diri... 

*Bagi orang yang tak ada anak dara ni...Hik hik hik...Terbayang-bayang pula bagaimana si anak teruna berubah suara... La la la la la... Semoga bermanfaat buat semua yer entri ini... 

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Tak merasa ada anak dara...alhamdulillah...ada anak teruna pun dah cukup bahagia :D..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kongsi tips ni Farah..
    Akak ada dua orang anak dara ni..
    Kakak pun belum haid lagi wlpn dah 14 tahun..
    Lambat macam akak kot..
    Umur 15 tahun baru akak period..

    ReplyDelete
  3. Saya ada anak teruna.. Ada jugak perangai nak membesar dia..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !