Home » , , , , » "Behind Closed Doors..."

"Behind Closed Doors..."

Sumber dari Google
Jika diikut-ikutkan dengan zaman serba naik di mana semuanya tinggi ni, semua orang mengeluh dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dari sehari ke sehari. Tak ada sesiapa pun rasanya terlepas dari menanggung bebanan kos sara hidup yang tinggi sekarang ni. Biarlah gaji anda 3 angka, 4 angka ataupun 5 ataupun 6 angka, anda pasti akan merasa tempiasnya juga. Nilai RM50.00 itu sudah seakan tiada. Sekelip mata sahaja boleh habis begitu sahaja. Jika dahulunya kita ke pasar raya dengan RM200.00 boleh beli macam-macam benda dan banyak benda, kini anda akan merasa bahangnya di mana RM200.00 anda cuma membayar untuk 3-4 jenis barang sahaja. Kecil sungguh nilai mata wang Ringgit Malaysia sekarang. 

"Behind closed doors"... Setiap orang ada masalah yang tersendiri yang perlu dihadapi. Istilah senang atau kelihatan senang itu bukanlah sesuatu yang boleh menjadikan anda pasti bahawa seseorang itu tidak menghadapi cabaran untuk meneruskan kehidupan dan seseorang itu langsung tidak mempunyai masalah kewangan ataupun merasa tempias dari susut nilai mata wang Ringgit Malaysia. Setiap orang, setiap orang dari kita mengalami cabaran yang berkaitan dengan perbelanjaan. Bagi yang berkongsi suami isteri pun merasa bahangnya dan merasa keperitannya. Apatah lagi yang menanggung segalanya sendiri kannn??? Bagi Farah secara peribadi, seseorang yang berkayuh sendiri itu perlu betul-betul cekal, kuat dan tabah dan walaupun anda rasa anda mahu "breakdown" di pertengahan jalan...Sila nangis di tempat sunyi yang tidak dilihat orang serta tidak diketahui orang. Manusia suka memandang pada zahirnya, tetapi manusia itu tidak akan mengetahui apa yang dilalui oleh seseorang sehinggalah mereka sendiri merasa bagaimana peritnya seseorang manusia lain itu berkayuh seorang diri bagi memastikan tanggungjawab, amanah dan kelangsungan hidup berjalan lancar. Jangan terlalu mudah untuk menilai kehidupan seseorang kerana jika kita berada di tempat mereka belum tentu kita akan sekuat dan setabah mereka. :-). Seperti yang Farah katakan, kita tidak akan tahu selagi kita tidak merasa. 

Apa sahaja yang kita sedang hadapi, apa sahaja yang sedang kita lalui serta alami, bersyukurlah dengan keadaan diri kita seadanya dan jangan sesekali dengan niat meluah berbunyi seperti keluh-kesah. Mungkin niat dan tindakan kita sekadar ingin meluahkan dan berkongsi kesengsaraan atau keadaan kita. Akan tetapi apa yang kita lakukan itu juga mungkin akan disalahertikan oleh sesetengah pihak dan juga mungkin tanpa kita sedari lama-kelamaan sebenarnya ianya lebih kepada berbentuk keluhan atau kekesalan. Seperti Farah katakan, mungkin bukan niat kita, tetapi ia boleh membawa kepada keluhan, rungutan atau kekesalan secara tidak langsung. Manusia itu kan mempunyai pandangan yang berbeza-beza.

Di sebalik pintu, semua orang mempunyai masalah peribadi yang tersendiri. Di sebalik pintu, semua orang mempunyai perkara yang perlu diselesaikan dan manusia itu tidak lari dari cabaran serta dugaan. Apalah manisnya hidup jika tiada keperitan yang menjadikan titik tolak untuk kita merubah hidup kita kepada keadaan yang lebih baik. Masalah kekeluargaan... Itu satu aspek yang lain... Dan itu perlu diselesaikan dengan cara terbaik yang sebaiknya... Masalah kewangan... Hurmmm... Sesuatu yang berat tetapi masih boleh diselesaikan secara perlahan-lahan dan mungkin ia akan mengambil masa sedikit... 

Disarankan pula untuk membuat 2 kerja dalam satu masa... Memang ramai yang mencari wang tambahan sekarang ini, dan sememangnya telah ramai yang membuat 2,3,4 dan 5 kerja di satu-satu masa... Sedikit tips untuk mencari duit tambahan yang dikongsikan oleh artikel yang menarik yang dipaparkan di SINI mungkin dapat membantu kita semua... termasuklah diri Farah... 

1. Media sosial sangat berpengaruh dalam kehidupan kita. Apa kata, anda cuba buat perniagaan atas talian. Bunyi macam biasa jer kan? Tetapi sebenarnya kalau kita tahu "market" dan "demand" sekarang, pasti anda boleh mendapat pendapatan yang lumayan. Cari sedikit kelainan dari segi barangan dan pandai bermain dengan harga.

2. Setiap orang pasti ada bakat tersendiri, jadi gunakan bakat yang ada untuk cari duit tambahan. Sebagai contoh, menjahit, solekan, memasak ataupun bakat seni yang lain. Semua ini anda boleh lakukan di rumah sahaja dan tidak memerlukan kos yang besar. 

3. Cuba selongkar rumah anda, mungkin anda akan terjumpa barang-barang lama atau antik yang and sendiri tidak guna. Anda boleh jual barangan terpakai di media sosial, tetapi janganlah meletakkan harga yang mahal.

4. Jika anda ingin membuat perniagaan anda sendiri, apa kata anda cuba gunakan modal yang kecil dan perlahan-lahan, cuba dapatkan keuntungan berpatutan. Jangan terlalu meletakkan jangkaan yang tinggi. Yang penting anda berusaha dan berani untuk ke depan.

5. Jika anda pandai membahagikan masa, anda boleh melakukan kerja sambilan di kedai-kedai atau di pusat membeli-belah. Nak cari duit tambahan kenalah rajin sikit.

6. Kalau anda rasa malas sangat untuk melakukan kerja lain, anda boleh buat kerja lebih masa di tempat kerja anda dan cuba dapatkan komisyen dan cuba berbincang dengan bos anda. 

7. Mengumpul barangan kitar semula bukan sahaja dapat menjaga alam sekitar bahkan anda boleh menjualnya kembali di pusat kitar semula. Contoh barangan kitar semula ialah surat khabar, botol plastik, botol kaca dan sebagainya. 

8. Pasti anda pernah dengar tentang "DIY" (Do-It-Yourself). Barangan "DIY" mendapat permintaan yang tinggi di samping anda boleh gunakan idea anda tersendiri. Jual murah-murah pun tak apa, yang penting anda dapat cari duit tambahan.

9. Bagi yang berani dan tahu tentang selok belok saham, FOREX, anda bolehlah mencuba, tapi pastikan anda betul-betul arif tentang hal ini. Jangan nanti semuanya tergadai. 

Tiada kehidupan yang tidak mencabar, tiada kehidupan yang tiada ujian, dugaan serta masalah...Setiap kehidupan pasti ada cabarannya yang tersendiri... Allah tu dia tak beri sesuatu yang kita tidak mampu memikulnya, Allah sentiasa tahu dan Allah tahu setakat mana kita terdaya untuk menggalas sesuatu cabaran, ujian serta dugaan. Farah tidaklah pandai benar bila berbicara tentang agama tetapi itulah kenyataannya... Dan Farah juga bukanlah orang yang bebas dari masalah...Farah juga mempunyai masalah Farah yang tersendiri yang cumanya tidak dikongsi serta diceritakan kepada umum... Manusia akan mudah menilai, tetapi bila mereka berada di dalam tempat dan keadaan kita...belum tentu lagi mereka akan mampu menghadapi apa yang kita alami serta hadapi... Manusia juga mudah mengucapkan permasalahan mereka seolah-olah ianyalah yang paling berat, tetapi manusia juga mudah lupa, bahawasanya ada bahagian orang lain yang lebih berat dari itu... Dan jangan sesekali pula kita mudah untuk memperkatakan sesuatu tentang orang lain, kerana kita sendiri belum tentu jika apa yang kita katakan itu Allah SWT akan membalikkan kepada diri kita... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "Behind Closed Doors...", diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, February 5, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. Betul2. Zaman sekarang kos sara hidup sangat tinggi. Kalau tak cari ikhtihar sendiri memang habislah. Bernas2 tips yang sis bagi. Memang dapat memberi inspirasi.

    http://angellovesoldier.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. No.6 tu memang tak la bg kerja kerajaan.. Lebih masa macam mana pun.. Gitu la gajinya... Sebab tu orang kerja kerajan ni byk buat lebih satu kerja...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY