Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Anak Kecil Anda Diserang Chicken Pox???

Farah Waheda Wahid
4
Sumber dari Google
Haihhh! Tak sanggup menengoknya... Sungguh memang tak sanggup menengoknya...Alahaiii, kesiannya jika anak-anak kecil dihinggapi demam campak yang dikenali sebagai Chicken Pox. Setakat ini memanglah Ash belum lagi terkena Chicken Pox ni... Tapi sekurang-kurangnya setiap manusia yang hidup akan merasa sekali dalam seumur hidup kan? Ke memang ada yang bebas dari Chicken Pox dan tak pernah terkena Chicken Pox seumur hidup? Farah dulu merasalah juga sewaktu di Tingkatan 3... Nak dekat-dekat percubaan Penilaian Menengah Rendah masa tu ko... 

Belum ada pengalaman mengendalikan anak terkena Chicken Pox ni lah nak kena gali ilmu untuk lebih bersedia sekiranya menghadapi situasi ini. Dan disebabkan itu, sibuklah diri ini membaca sana sini sinun. Dan terjumpalah satu artikel di SINI

Munculnya bintik-bintik kemerahan pada badan anak disertai dengan suhu badan yang panas secara tiba-tiba mungkin menandakan anak anda terkena Chicken Pox atau jangkitan cacar air. Datangnya secara tiba-tiba tanpa sebarang "salam". Mula-mula hanya ada sebiji bintik merah di mana-mana bahagian badan anak anda. Kalau orang-orang yang terlebih dahulu makan garam mereka memanggilnya sebagai ibu kepada Chicken Pox itu, ataupun dalam bahasa mudahnya perumah kepada jangkitan cacar air tersebut. Suhu badan anak juga secara tiba-tiba naik ke paras 38 darjah celcius menandakan dia diserang demam. 

Masuk hari kedua atau ketiga, bintik merah mula semakin "meriah" di seluruh badan anak. Kemudian bintik merah itu akan menjadi lepuh air. Memang sah anak anda diserang Chicken Pox! 

Kalau ini pengalaman pertama anak anda diserang Chicken Pox atau belum pernah diserang Chicken Pox, marilah kita sama-sama membaca tips yang dikongsi oleh artikel ini sehingga habis yer? Bukannya apa, untuk mengetahui apa yang patut dilakukan.

Segera Berjumpa Doktor
Mula-mula sekali jika anda mengesyaki anak mungkin diserang Chicken Pox, segera bawa dia berjumpa doktor untuk pengesahan dan mendapatkan rawatan. 

Bagi Anak Minum Air Kelapa
Ini petua dari zaman dahulu kala ni yang sangat berkesan untuk merawat Chicken Pox. Air kelapa bagus diminum ketika awal terkena Chicken Pox kerana ia dikata membantu mengeluarkan Chicken Pox tersebut ke seluruh badan. Air kelapa juga bagus dibuat mandi oleh pesakit Chicken Pox.

Kuarantin Anak Daripada Pengasuh/Nurseri
Anak anda memang wajib kena kuarantin. Kalau sekolah pun memang sama sekali tak boleh pergi ke sekolah. Jika tinggal di rumah pengasuh atau nurseri, ia bermakna anda tidak boleh menghantar anak sepanjang dia tidak sihat. Chicken Pox mudah berjangkit. Nanti ada ibu bapa lain yang akan menjeling jika anda terus menghantar anak ke nurseri atau rumah pengasuh.

Bergilir Jaga Anak
Inilah masanya ibu dan bapa perlu berkorban. Banyak kerja di pejabat? Ia bukan alasan ok jika anak kena Chicken Pox terutama jika anda tiada pembantu rumah. Anda berdua perlu bergilir-gilir mengambil cuti untuk menjaga anak di rumah. Kalau banyak kerja pejabat, boleh sahaja buat dari rumah. Asalkan ada internet di rumah, tiada masalah! Kecuali kalau memerlukan sistem atau aplikasi tertentulah kannn???

Sapu Losyen Calamine
Doktor akan membekalkan anda losyen calamine. Mesti sapu losyen ini dengan kerap pada badan anak untuk mengurangkan kegatalan. Kalau petua orang lama dulu, menyarankan pesakit Chicken Pox untuk tidur beralaskan daun semambu! Haaa, ini Farah dah pernah lalui dulu. Kini dengan losyen calamine, tak perlu guna lagi mencari daun tersebut. Dengan losyen calamine, rawatan lebih mudah dan cepat. 

Ambil Paracetamol Kanak-Kanak
Pastikan anda ada termometer untuk memantau suhu badan anak. Jika badannya panas, ambil sirap paracetamol kanak-kanak untuk mengurangkan demam yang boleh mencecah suhu sehingga 39 darjah celcius.

Pakaikan Lampin Sahaja
Jika anak anda masih memakai lampin pakai buang, biarkan dia hanya berlampin sahaja sepanjang di rumah. Ini bagi mengelakkan badannya cepat berpeluh jika anda memakaikan dia pakaian. Badan yang berpeluh dan panas akan menyebabkan anak mudah gatal.

Minum Banyak Air Masak
Anak anda mungkin tiada selera makan. Bagi memastikan dia tidak mengalami dehidrasi, bagi anak minum banyak air serta makanan berbentuk cecair seperti sup, jus buah atau yogurt.

Kerapkan Sesi Penyusuan Susu Ibu
Ini bagi anak-anak yang disusukan dengan susu ibu lah yer? Bayi berusia 6 bulan ke bawah tidak boleh diberi makanan lain selain susu ibu. Tetapi ibu yang menyusukan anak boleh minum atau makan makanan berkhasiat. Jadi, kerapkan penyusuan susu ibu kerana susu ibu adalah penawar terbaik untuk anak. Begitu juga jika anak anda masih menyusu susu ibu walaupun dia sudah mula makan makanan pejal.

Banyak Bersabar
Anak anda akan banyak merengek, menangis dan meragam. Jangan cepat hilang sabar dan marahkannya. Dia terlalu kecil untuk menahan kesakitan yang dialami. Jika orang tua yang kena Chicken Pox pun boleh merintih kesakitan, apatah lagi anak kecil yang tidak faham apa-apa lagi. Layanlah kerenah dan kemahuannya, banyakkan memeluk dan memberi perhatian kepada anak. 

Elak Makanan Laut
Jangan bagi anak makan makanan laut selagi dia belum sembuh daripada Chicken Pox. Begitu juga bagi ibu yang menyusukan anak. Elak makan makanan laut. 

Vitamin E Hilangan Parut
Selepas anak sembuh daripada chickenpox, ia akan meninggalkan kesan parut di badan anak. Tentu anda susah hati melihat parut tersebut. Anda boleh cuba menggunakan kapsul Vitamin E dengan cara mengeluarkan cairan kapsul itu dan lumurkan pada parut anak anda.Minyak tea tree juga dikatakan boleh membantu menghilangkan parut.  

Banyakkan Berdoa
Sebagai seorang muslim, doa adalah senjata ampuh paling mujarab apabila menghadapi musibah. Selain berusaha dengan rawatan moden dan tradisional, jangan lupa banyakkan berdoa memohon kepada Yang Maha Esa kerana dialah sebaik-baik Penyembuh.

Antara doa yang boleh diamalkan iaitu membaca Surah Al-Fatihah, Selawat Syifa' dan Surah Al-Hasyr ayat 21-24 (ayat bermula dengan "Lau an zalna"). Semoga Allah memakbulkan doa hamba-Nya untuk kesembuhan penyakit.

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Baby saye baru kena chicken pox ni. Dia punya merengek. Mmg kesian sgt sbb tak tau pon nk kena chicken pox ni. Mula2 dia demam je. Dah baik demam, merengek pastu esoknya tmbuh dr muka baru kekaki. Bg mnum air klapa n sapu calamine juge

    ReplyDelete
  2. PC dan suami kena chicken pox 2 kali mommy..parutnya sampai dah dewasa purba ni ha ada lagi..hihihihi..

    ReplyDelete
  3. Anak-anak kecil mudah kena. Terutama yang bersekolah disebab ada diantara kawan-kawan yang kena campak turut menjangkit.

    ReplyDelete
  4. Ilmu bagus.. Sy pun belum ada pengalaman lagi..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !