Dalam sehari ada macam-macam cerita Iman Firash, kalau nak cerita memang panjang berjela dan tak habis. Mak-mak biasalah, kalau tidak bercerita tentang anak sendiri memang tak sah!
Kannn? Gittew... "Straight to the point"...
Adegan Merajuk
Sekarang dah pandai merajuk. Bila merajuk, bawa diri... ngeee... Makan pujuk tak? Agak-agak? Ok tak susah sangat yang penting segala taktik untuk memikat kena ada dalam poket. Bagaimana gayanya dia merajuk? Nahhh...
Macam tulah lebih kurang... tapi keadaan tak adalah tegang mana pun, seumpama berguling-guling atas lantai ke? Menghentak-hentakkan kaki ke? Ash tidak pula begitu setakat ini. Alhamdulillah, merajuknya adalah dalam keadaan yang tenang. Kena pandai bodek sikit jer. Setakat ini, Mommy dia adalah seorang yang penyabar dan masih rajin memujuk lagi. Wakakaka...
Adegan Menyanyi
Ini semalam punya cerita lah ni... pukul 4 pagi, dia boleh capai tablet dia dan dia boleh layan YouTube sorang-sorang. Amboiii... Ingatkan apalah yang bercahaya dan suara comel menyanyi di waktu pagi. Rupa-rupanya Ash. Ehhh, jangan salah sangka, YouTube itu adalah aplikasi YouTube for Kids, Farah pernah kongsi dulu di dalam entri YouTube for Kids ¦ YouTube Khas Buat Kanak-Kanak. Jadi, tak perlu risau jika kalau-kalau dia terbuka apa-apa video yang tidak sepatutnya.
Senang hati nampak? Ha ha ha... Dah anaknya berjaga awal takkan Mommy dia nak sambung tidur kan? Terpaksalah berjaga sama dan meneman. Cepat-cepat buka lampu sebab gelap. Mata anak tu nak kena jaga juga.
Macam tulah kisahnya Ash. Kalau merajuk begini, kalau menyanyi begitu. Borak-borak kosong di tengah malam. ;-p.
ala2 someynyer dia... :)
ReplyDeletehahahaaa.. mikhail biasanya kalau masih dalam gelap, dia sambung tidur. kalau buka lampu memang tak tidur dah la..
ReplyDeleteNani tengok videa tu kat facebook. Hihihi. Comel je Ash ni :)
ReplyDeleteohohohoh kena la rajin melayan..kalau xde anak ni., mmg membuta je la..jhehehe
ReplyDeleteowh , ada you tube for kids rupanya ... blh cek nanti .
ReplyDeletecomey nye die....
ReplyDeletePost Terkini Pak Det : Dividen KWSP Turun dari 6.75 Peratus kepada 6.40 Peratus pada Tahun 2015
Macam mana la saya nanti kalau jadi ibu. Sekarang pun mana tahan nak bangun tengah malam.
ReplyDeleteJemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/
dah besar,,dah pandai merajuk..gitulah kan..
ReplyDeletelagu apa ash nyanyi tu ye..
assalamualaikum farah...dah besar ash yer...hancem boy dah...:)
ReplyDelete