Wanita Dan Kerjaya Menurut Islam...

Farah Waheda Wahid
4
Sumber dari Google

Bila terlintas dan membaca artikel INI, sebenarnya ia lebih kepada pengisian muhasabah kepada diri sendiri dan juga peringatan terhadap diri sendiri. Iyalah, kita manusia yang tidak lari dari khilaf dan kita terkadang tidak sedar apa yang kita lakukan di dalam kehidupan kita seharian disebabkan oleh kita memenuhi segala tuntutan dan tanggungjawab yang mesti kita lakukan. 

Pada zaman sekarang, kita menyaksikan penglibatan wanita di dalam sektro pekerjaan dengan jelas. Dahulu, penglibatan wanita dalam sektor pekerjaan tidaklah begitu ketara. Tetapi zaman kini, semakin ramai wanita yang memegang jawatan penting dalam sektor pekerjaan. Bahkan sumbangan kemahiran mereka terhadap masyarakat dan negara amat terserlah. Setiap dari wanita yang bekerjaya mempunyai alasan yang kukuh tersendiri kenapa mereka fokus, kenapa mereka menjadi wanita bekerjaya. Yang mana, ianya adalah subjektif kepada seseorang individu berdasarkan apa di sebalik kehidupan mereka.

Menjadi fitrah Islam iaitu sentiasa memberi galakan kepada kebaikan. Pandangan Imam Al-Qaradhawi dalam menghuraikan kaedah-kaedah bekerja, secara harfiahnya, hukum asal bagi wanita adalah berada di rumah, fitrah ini bersesuaian dengan struktur fizikal dan keupayaan sebenar kaum wanita.

Tetapi, hukum ini tidak mengharamkan wanita bekerja di luar rumah secara "total". Sebaliknya syariat telah meletakkan beberapa syarat membenarkan wanita terlibat dengan sesuatu pekerjaan.

Imam Al-Qaradhawi Menyebutkan Beberapa Syarat Untuk Wanita Bekerja Iaitu:
  • Pekerjaan yang dilakukan itu adalah HALAL.
  • Wanita Muslimah perlu mempunyai komitment tinggi dalam menjaga etika syariat dari sudut penggayaan busana, cara berjalan, percakapan dan pergerakan.
  • Pekerjaan yang dilakukan tidak mengorbankan kewajipan yang lain seperti kewajipan terhadap suami dan anak-anak.
Oleh itu, setiap wanita Muslimah perlu sentiasa ingat syarat-syarat yang diletakkan agar mendapat keredhaan Allah SWT.

Menurut Imam Al-Qaradhawi:
Apa yang dituntut terhadap masyarakat, adalah menyusun dan menyediakan suasana yang membolehkan wanita Muslimah bekerja. Wanita Muslimah apabila terdapat tuntutan kemaslahatan ke atas dirinya, keluarga atau masyarakat tanpa sedikitpun membuang sifat malunya atau melanggar etika peribadi wanita Muslimah.
Jelas sekali Islam tidak menghalang wanita bekerja namun terdapat beberapa syarat yang harus kita sebagai Muslimah tahu dan patuhi. Jangan sesekali meletakkan kerjaya kita melebihi tanggungjawab kita terhadap Allah SWT dan keluarga kita. Semoga Allah sentiasa memberkati usaha kita untuk membantu suami dan keluarga kita. :-) ... In Shaa Allah...Amin...

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. amin....terima kasih berkongsi ya mummy...

    ReplyDelete
  2. Syarat kedua tu yg tak ramai ikut.. Kurang jaga aurat dan maruah suami... Hmmm..

    ReplyDelete
  3. bagus la kerja..boleh bantu suami cuma batas kena jaga..kan??

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !