Sumber dari Google

Awww cakkk!!! Senyap sunyi sepi Bubblynotes.Com seharian semalam dengan celoteh maya tidak berkesudahan Farah. Semalam??? Permulaan hari yang tidak berapa nak bagus apabila seawal 6.00 pagi perut memulas-mulas dan sakit ya ampunnn... Pergi ke tandas dan di situ bermulalah episod "purging" yang mendorong diri untuk menghantar What's App kepada A dan C untuk memaklumkan bahawasanya Farah akan masuk lewat ke pejabat disebabkan oleh kesihatan yang tidak berapa nak mengizinkan. Layan punya layan, sampaikan hampir ke pukul 9.00 pagi deritanya tu. Ha ha ha... Seawal 7.00 pagi dah telan ubat sakit perut, ubat cirit birit dan juga pil arang. Semuanya semata-mata disebabkan nak cepat sembuh. 

Cuti sakit? Boleh ajer sebenarnya kalau nak pergi ke klinik, dapatkan konsultansi doktor dan dapatkan cuti sakit. Tapi rasanya masih mampu lagi bergerak dan masih mampu lagi bekerja walaupun badan terasa lesu sedikit akibat bertemankan setia dengan tandas. Ha ha ha... Pukul 9.15 pagi bersiap dan mula bersedia untuk ke pejabat. Ikutkan A dan C, memang mereka tak bagi Farah ke pejabat dan suruh Farah bercuti sakit jer. Bila memikirkan "deadline" yang sudah semakin hampir dan keadaan semakin "crucial" untuk diselesaikan, memang tak lah nak cuti sakit kannn? Selagi mampu bergerak, otak masih lagi mampu berfikir dan bekerja, kalau boleh kerja kita kerja. 


Ada budak tu perasan! Ha ha ha.. Dia agaknya ingat dah hari Sabtu. Selalu Mommy pergi kerja dia tidur lagi. Semalam sebab Mommy lewat dia dah bangun. Beria bawa bekal limau mandarin nak ikut Mommy naik "car". Kesian dia. Sabarlah Ash, esok dah Sabtu kan? Bermaksud hari ini sewaktu entri ini disediakan. He he he... Tapi ok, dia faham dan dia tak nangis. Bila dah "purging" gini, faham-faham jerlah. Memandu sambil bertawakal supaya tak kesakitan perut lagi sepanjang perjalanan. Farah "up" lagi tekan pil Chi Kit Teck Aun. 


Mahal weiiii! Dulu kalau beli harganya RM 0.80 jer!!! Sekarang??? RM2.25 untuk satu. Nak baik kan? Apa nak buat? Beli jerlah... Lega gila bila dapat sampai pejabat pada pukul 10.45 pagi. Itupun ada berhenti sekalilah di kawasan rawat dan rehat. Ngeee... 

Dah masuk pejabat memang sibuk ya ampun!!! Iya sekarang ni Farah sedang di waktu-waktu sibuk. Sangat-sangat sibuk. Kerja punya kerja punya kerja sampaikan terlupa nak "publish" entri-entri yang sememangnya dah siap sedia di dalam draf. Bha ha ha... Itu puncanya senyap semalam. Walaupun kesakitan perut yang membuatkan Farah menjadi teman setia tandas, gagah lagi tu... Ahakss.. Keluar ke Puchong jumpa pembekal dan dapatkan barangan yang perlu sangat-sangat untuk urusan pejabat semalam. Alhamdulillah selesai. 

Kerja punya kerja punya kerja, sampailah tak sedar waktu dah menunjukkan pukul 10.15 malam. Baliklah oiiii, anak dah 3-4 kali telefon suruh balik. "Meee... Alik..." katanya. Alahai kesiannya dia, tak apa untuk beberapa ketika jer lagi nih. Sabar sikit yer? Mommy cari duit. Nanti kita nak makan apa? Macam mana kita nak beli barang Ash? Macam mana kita nak jalan-jalan kalau Mommy tak kerja? Ecewahhh... Ayat "standard" pada anak... Tapi betullah pun. Itulah kenyataannya. Kalau ada yang derma RM 2.6 billion tak apa juga... #ehhh... Ha ha ha... 

Sampai-sampai rumah dah pukul 11.00 malam... Masih tak tidur lagi tu... Selagi Mommy tak balik selagi tulah memang taklah dia nak tidur kan? Layan dia, peluk cium dia... Canda cinta hati di atas tilam berdua beranak... Gurau punya gurau... Dua-dua lena kemudiannya... Memang tak berjenguk langsung Bubblynotes.Com... Senyap sunyi terus Bubblynotes.Com tanpa kehadiran sebarang entri semalam. Adatlah tu kannn? Ada masa kita akan benar-benar sibuk dengan perkara-perkara yang lebih penting... Dan terpaksa meninggalkan sesuatu buat seketika... Hari ni ok... Ekekekeke... Agak lapang dan nak rehat sepuas-puasnya sebelum tak cukup kaki tangan lagi minggu hadapan... 

1 comments Blogger 1 Facebook

  1. ash nak limau sebiji..hihihihi...
    bila sakit perut..cery bery lagi terseksa diri..boleh lesu satu badan..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

 
Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blog © 2013. All Rights Reserved.Edit by Jiakreatifelt. Powered by Blogger
Top