Tanda Anak Anda Sudah Kenyang???

Farah Waheda Wahid
3

Anda jenis yang bagaimana yer bila memberikan anak anda makan? Adakah anda jenis yang sumbat dan sumbat ke dalam mulut anak walaupun anak sudah tidak mampu untuk menerima atau menelan makanan yang anda suap itu hanya semata-mata kerana anda takut jika anak anda lapar kemudiannya? Takut jika perut anak anda masuk angin? Atau resah ketika tidur? Janganlah begitu... Ada orang pernah beritahu Farah dahulunya, jika anak sudah kenyang dia tahu bila dia perlu berhenti dan itu adalah "portion" yang mencukupi buat ruang perutnya. 

Memang bila anak mengelak untuk menjamah makanan itu adalah sesuatu yang amat merungsingkan hati terutama ibu. Uhuksss... Bapa pun ada yang rungsing hatinya. "To be fair"... Ekekekeke. Akan tetapi kebiasaannya ibulah kan? Sebab selalunya ibu yang menyuapkan anak makan. Ooppsss... Kaum bapa janganlah pula kata Farah berat sebelah yer... La la la la... Bukan tak ada bapa yang menyuapkan makanan pada anak-anak mereka. Akan tetapi pada pandangan Farah mungkin kekerapan itu kurang berbanding ibu. Pandangan Farah lah, bukannya siapa-siapa. Hua hua hua. Kalau salah pandangan ni... Ya ampunnn... Tiada niat di hati nak menyentapkan sesiapa pun. 

Anak sebenarnya ada caranya yang tersendiri untuk menunjukkan bahawasanya mereka telahpun kenyang. Untuk menunjukkan bahawasanya mereka sudah tidak mampu lagi pun nak mengunyah atau menelan makanan. Kita mulakan senarai dengan berdasarkan pengalaman Farah sendiri yer? 

1. Bagi Iman Ash, apabila dia sudah mula merasakan perutnya kenyang, dia akan mula kemam makanan. Jika bernasib baik, dia akan kemam makanan dalam tempoh yang agak lama, jika kurang bernasib baik, dia akan kemam dalam tempoh yang agak lama dan kemudiannya mengeluarkan apa yang dikemam itu tidak mengira tempat. Tak kiralah sama ada di atas sofa, di "baby chair", di atas permaidani... Ikut mana dan. Haihhh... Bila bahagian keluarkan makanan yang dikemam dari mulut ni lah yang paling tak berapa nak gemar. Ahaksss... Kena permaidani yang berbulu-bulu, bayangkan kepayahannya bagaimana nak kutip? Ditambah basah dengan campuran air liur lagi kan? Dengan lembiknya makanan yang dikemam tu? Nak tak nak, bersihkan juga dengan cara yang dirasakan paling terbaik. 

2. Menepis dengan lengan sambil menggeleng-geleng kepala dan berkata "no"... "No" tu dah jadi "trademark" dia tu. Bila dia telah secara spontan melakukan aksi tersebut, fahamilah Mommy bahawasanya dia telahpun kenyang. 

3. Payah nak suap... Sekejap lari ke sana sekejap lari ke sini. Nak disuapkan makanan, dimain-mainkan Mommy. Sambil berlari ke sana ke mari sekeliling rumah dan kemudiannya kepala menggeleng-geleng sebut perkataan "no" lagi. Faham-faham ajerlah, tak perlu susah payah mengejar dan nak menyuap lagi. 

Setakat ni tu jerlah kot. Antara tanda lain yang boleh atau mungkin berlaku setakat ini masih lagi belum dilakukan atau dipamerkan oleh Ash adalah: 

1. Mula menunjukkan tanda bosan apabila disuapkan makanan, seperti tidak mahu membuka mulut. Mengelak-ngelakkan mulut dari disuap. 

2. Buat selamba dengan tidak mengendahkan makanan yang disua ke mulut sebaliknya fokus beralih ke arah lain. 

3. Melecet-lecetkan makanan atau melenyek-lenyekkan makanan yang ada di hadapan mata. 

Percayalah, jika ada sebarang tanda yang disenaraikan atau dikongsikan di atas, itu bermakna anak-anak sudah kenyang ataupun tidak mahu lagi menjamah makanan. Cukup bagi mereka dah tu. Lainlah kalau anak langsung tidak mahu menjamah makanan. Itu memang dah lain. Bagi Farah, jika ada tanda begitu berlaku, pabila Ash langsung tidak mahu menjamah makanan, itu bermakna dia perlu dipaksa selurang-kurangnya sesuap dua juga makanan supaya tak resah bila tidur malam. 

Memang betul jika anak tidak mahu makan jangan dipaksa. Tapi jenisnya Ash jika perut tidak diisikan dengan makanan walaupun menyusu, dia akan resah jika tidur malam. Kita masing-masing kenal anak-anak kita corak dan ragamnya bagaimana kan? Mungkin Ash begini caranya, mungkin kanak-kanak lain pula berbeza pula caranya. Apa yang Farah kongsikan ini, semoga serba sedikit bermanfaat buat semua. :-). 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kecik2 kena mkn byk..hehe..biar ash cepat mmbesr secara sihat

    ReplyDelete
  2. ash sama macam arsyad anak hana, kalau dah kemam tu memang kompem lah dah xnk..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !