Tak Nak Makan Nasi!!!

Farah Waheda Wahid
7

Sejak 2 minggu yang lepas memang susah betul nak menyuap dia makan nasi. "It seems he is saying NO to rice". Macam alah betul dengan nasi dan tak suka sangat dengan nasi. Memang payah! Memang "it's a big time hassle for me!". Bukannya sebab apa pun, sebab bila bergantung dengan susu formula sahaja dan tidak makan nasi, memang malam bila waktu tidur dia akan sangat gelisah! Sangat-sangat gelisah, ada sahaja yang tak kena... Bila dia gelisah, dah tentu-tentu Mommy dia tak boleh nak tidur kan? Macam malam semalam punya insidenlah ni...Semalam memang dia "totally" tolak nasi dan malam semalam juga dia merengek-rengek. Lapar lettew! Mana boleh kalau tak makan? Nek Ma dia pun susah hati sangat bila cucu tunggal ni tak mau jamah walau sedikit nasi pun. 

Bukan tak cuba pujuk, bukan tak cuba macam-macam cara, bukan tak cuba masak makanan kegemaran dia... Dah cuba pelbagai cara untuk menarik perhatian dia. Selalunya dia tak macam ni. Tapi sejak 2 minggu lepas ni memang selera dia terhadap nasi ke laut... Haihhhlahhh anak... Boleh jadi tak keruan bila Nek Ma dia asyik mengadu dia tak nak makan nasi langsung! Ubat cacing? Baru jer beri hari tu untuk 6 bulan yang kedua...Memang konsisten jadual pemberian ubat cacing... Mommy catat ok? Dan akan sentiasa pantau serta semak keperluan-keperluan Ash... Ada macam-macam kemungkinan sebenarnya bila Ash mula tak nak makan nasi ni... Sewaktu gusi dia bengkak disebabkan gigi taring nak tumbuh hari tu pun dia tak nak jamah nasi... Kata Nek Ma dia nampak macam gusi dia ada yang bengkak, tetapi bila Farah minta nak tengok dia katup mulut rapat-rapat... Hu hu hu...Tak bagiii... 

Gigihlah Mommy dia mencari informasi yang bersesuaian untuk mendapatkan pandangan serta apa yang boleh dilakukan oleh Farah untuk menyelesaikan permasalahan yang sedang melanda ini...Ha ha ha... Dan terjumpalah dengan artikel INI... Katanya... 

Ramai ibu mengadu kehabisan idea apabila anak kesayangan enggan menjamah hidangan nasi - itu sangat betul!. Ia bukan berlaku sekali dua tetapi tabiat enggan makan nasi menjadi rutin hariannya. Ibu risau si anak tidak mendapat nutrisi cukup untuk tumbesaran yang sihat. Bayangkanlah jika anak kecil kita hanya menjamah beberapa keping biskut sahaja seharian tanpa sebarang hidangan makanan lain yang berkhasiat! Ibu mana yang tidak susah hati. Lebih membimbangkan apabila dia juga tidak mahu minum susu formula selepas bercerai susu ibu sebaik berusia 2 tahun... Fuhhh, nasib baiklah Ash ni tak makan nasi tetapi laju jer menyusu susu formula tu dan masih adalah benda-benda lain yang dia makan...Nampak tak? Nampak tak di situ... Mommy nak sedapkan hati dan cuba nak fikir positif.

Menurut pakar pemakanan, jika kanak-kanak yang tergolong dalam kategori tidak suka makan nasi, sememangnya terdedah kepada risiko mengalami malnutrisi yang serius apatah lagi sekiranya berat badannya tidak mengikut berat normal pada usianya... Owhhh jap...untuk bahagian ini, Ash telah diberikan multivitamin atas saranan doktor yang merawat Ash dan juga setakat ini berat badan Ash masih di berat badan yang ideal... Kira oklah tu kan? kan? kan? 

Dengan hanya memakan 5 hingga 6 keping biskut sehari, ia hanya membekalkan sebanyak 150 kilo kalori sehari (iaitu 11% daripada keperluan harian) dan empat gram protein sahaja (17% daripada keperluan harian). Sedangkan keperluan bagi kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas adalah sekurang-kurangnya 1360 kilo kalori sehari dan 23 gram protein bagi menyokong perkembangan dan pertumbuhan anak yang sihat.

Kanak-kanak biasanya suka kepada makanan yang berwarna-warni, sesetengahnya menggemari makanan atau minuman yang berlemak atau manis seperti buah-buahan, puding, ais krim, kek dan sebagainya. Sudahkah anda mencuba memberikan anak makanan tersebut? - Mehhh nak jawab sikit...Dahhhh...memang tulah yang dimakannya tetapi bukannya hari-hari, bergantung kepada minatnya lah... Ahaksss...Kalau dia rasa dia nak dia makan, kalau tidak...Memang nan hado lerrr... 

Kedengarannya senarai makanan tersebut tergolong dalam kategori makanan yang kurang sihat. Tetapi sebenarnya, modifikasi terhadap makanan itu boleh dilakukan, misalnya susu formula dicampurkan dengan buah-buahan dan dijadikan puding bahkan anda juga boleh membekukan susu formula menjadi kiub ais krim dan diberikan kepada anak. Ok, "based" dia adalah susu formula...kira tak adalah masalah mana sangat selagi Ash masih laju menyusu susu formula kannn??? Heeee... 

Sekiranya anak anda lebih gemar makan biskut, cubalah buat kek batik yang berasaskan biskut, serbuk koko dan dicampurkan susu formula yang telah larut. Sekiranya usaha yang anda lakukan dengan mempelbagaikan menu itu tidak membantu dan vitamin tambahan telah diberikan, rujuklah kes anak kepada pakar kanak-kanak bagi mengenal pasti punca masalah. Konsultasi secara individu dengan pakar pemakanan juga boleh membantu mengenal pasti masalah dan cara penyelesaiannya.

Jawapannya...Ha ha ha...Kena pergi konsultasi lagi dengan doktor pakar kanak-kanak yang merawat Ash ni... Iyalah, multivitamin dah makan... ubat cacing dah beri... tapi makannya tetap tak mau... Nak elakkan dia lapar bagi nak tampung-tampung perut tu supaya tak masuk angin dan tak kosong...Kena guna cara lain pula dah gamaknya...Sampaikan Nek Ma Ash sanggup pergi kedai dan beli Cerelac Beras dan campurkan pada susu formula... Kes takut cucu kesayangan lapar punya pasal... Hu hu hu... Harapnya, mogok makan nasi ni sementara jer lah yer hendaknya dan disebabkan gusi yang membengkak tu jer puncanya...Kalau tak... Hurmmm...macam manalah nak bagi dia makan nasi yer? Ha ha ha.... 

*Antara perkara-perkara yang mak-mak kena fikir kekadang... Tapi kalau ikut-ikutkan masa hamilkan dia dulu memang alah dengan nasi pun sepanjang kehamilan...Paling tak suka nasi dan nampak nasi pun dah rasa mual... Adakah terbawa sehingga ke sekarang? 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Kena buat nasi pelangi lah :))
    Dah lama tak blogwalking sini...

    ReplyDelete
  2. hai farah...hrp2 tak lama tu..mungkin dia dh 'bosan' dgn Nasik? ermmm..anak2 saya dulu pernah juga mcm ni, bila tk mkn..menyusu je lah sepnjang masa...fuhhhh...

    ReplyDelete
  3. Kesian tgk budak klau lpr..tpi apakn daya klau x nak mkn kan...hope usaha sis brhasil

    ReplyDelete
  4. Bubur dah cuba mummy..bubur campur ayam kepceeee...

    ReplyDelete
  5. takkan lah nak diet pulak sampai xnk nasi ?
    lain lah ain yang comel ni . kena avoid nasi .hahhaa..

    ReplyDelete
  6. irine pon yoorin perasan dia kurang nak makan nasi...tp susu 10 oz skali minum..pastu mintak lagi... nak masak buat kuih2 ni plak yoorin x gheti.. huhuhu..untung ash mommy pandai masak

    ReplyDelete
  7. memang dalam usia yang sekarang tak minat terhadap nasi...so...kena gantikan dengan makanan lain yang berkhasiat...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !