Susah Sangat Ke Nak Jaga Mak Dan Ayah???

Farah Waheda Wahid
3
Sumber dari Google
Semuanya semata-mata kerana terlintas lalu dan terbaca artikel INI... Hu hu hu, perkara bila melibatkan mak ayah ni memang boleh jadi sebak dan sayu. Teringat-ingat dan terkenang-kenang sewaktu zaman kecil-kecil dahulu dan zaman-zaman kita dijaga oleh mereka dulu. Ada cakap-cakap mengatakan... Ibu dan ayah boleh jer menjaga walau seramai mana pun anak, tetapi dalam ramai-ramai anak belum tentu lagi ramai-ramai tu nak menjaga ibu dan ayah yang cuma berdua tu... Sedih kannn? Memang sedih... Farah pernah berkunjung ke rumah orang-orang tua dan Farah rasa sayu hati bila melihat pakcik-pakcik dan makcik-makcik ditinggalkan oleh anak-anak di rumah orang-orang tua tu.... Hurmmm... Masih jelas di ingatan yang ada seorang makcik tu, dia ada 13 orang anak dan kesemua anak-anaknya berjaya di dalam hidup dan merupakan orang besar-besar. Tetapi sorang pun tak mau jaga dia serta anggap dia menyusahkan setelah kematian suaminya... :-(. 

Sepertimana yang dikongsikan oleh artikel yang Farah baca dari sumber tu... masalah dalaman sesebuah keluarga diuji dengan giliran siapa nak menjaga orang tua uzur yang kadang meninggalkan parut di dalam hubungan adik beradik disebabkan saling tunding jari sampai dendam itu pun diwarisi. Kalau bukan kerana takut kepada Allah ramai yang patah semangat untuk mengambil tanggungjawab berat ini. Tapi sebab sentiasa teringat dengan ancaman keras terhadap anak yang derhaka membuat kita sentiasa bermuhasabah.

"Jika salah seorang di antara keduanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya (sebarang perkataan kasar) Uh... dan janganlah kamu menengkin dan menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia." (Surah al-Isra; ayat:23)
Cabaran-cabaran yang biasa dihadapi anak-anak yang menajga ibu bapa dan mertua adalah:

Giliran Jaga
Ada kalanya ibu bapa hanya mahu tinggal di rumah anak yang dirasakan lebih "kaya masa" daripada kaya harta bukan kerana ibu bapa kita pilih kasih tetapi normal bagi orang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian. Kita sebagai anak-anak, tolonglah yer...bukan bermakna yang kaya tak baik melayan ibu bapanya bahkan sesetengah keadaan orang tua suka memuji anak-anaknya yang berduit kerana mereka lebih bermurah hati menolong keluarga. Bukan pula menidakkan kasih anak yang tak berapa kaya harta, biasanya anak yang kaya hati paling disayangi. Hanya malang bagi anak yang sudahlah tak kaya harta hatinya pun miskin, tak beradab pula dengan orang tua!

Sudahlah tak mahu menjaga ibu bapa atau mertua dengan alasan kerja di pejabat membebankan semasa cuti pun tak rasa berdosa pergi melancong, lalu bila lagi mahu menjaga ibu? Padahal Allah lebih suka seseorang hamba menangguhkan jihad semata-mata mahu menjaga ibu bapa, inikan mahu bercuti saja tanpa ingat tanggungjawabnya?

Rasulullah SAW bersabda: Abdullah bin Umar berkata: Saya telah bertanya kepada Nabi SAW: "Apakah perbuatan yang dicintai Allah? Lalu Baginda SAW bersabda: Solat pada waktunya. Kemudian apa? Tanya saya lagi. Baginda bersabda: Berbakti kepada ibu bapa. Saya bertanya: Apalagi? Baginda SAW bersabda: Berjihad di jalan Allah SAW." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Mampu Atau Tidak
Masalah pilihan dan pergiliran hendaklah mengikut kemampuan dan kata sepakat bersama, janganlah sampai lepas tangan tak pedulikan ibu bapa dan mertua yang uzur disebabkan berasa saudaranya lebih mampu daripada kita. Jika nak seribu daya, tak nak seribu dalih! Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hati. 

Layan Emosi
Kalau tak mampu dari segi harta, cuba mampukan diri meluangkan masa atau menyumbangkan tenaga menjaga mereka, cara itu tidak semestinya memerlukan perbelanjaan besar. Cuba isi kekosongan hati ibu dan ayah dengan gurauan dan pandai-pandailah mengambil hati saudara kita yang sudah bersusah payah menjaga mereka.

Jangan disalah tafsir kadang-kadang ibu bapa mengadu tentang layanan buruk yang diterima, jangan sesekali kita terbawa emosi tanpa usul periksa, bukan disebabkan tak percaya dengan aduan ibu bapa kita tapi mungkin mereka menyalah tafsir layanan anak menantu yang tinggal sebumbung itu. 

Ya, hati memang mudah terluka, sedih dan terasa jika usia dan hormon semakin berubah. Kita perlu belajar psikologi orang tua yang tak sama dengan orang muda, oleh itu kesabaran amat bernilai dalam hubungan kekeluargaan sebegini.

Ibu Bapa Atau Mertua?
Perkara paling sulit dilalui seorang anak adalah apabila terpaksa menghadapi dilema siapa yang sepatutnya ditaati atau diikut apakah ibu bapa atau mertua? Di sebalik isu "menyebelahi siapa" eloklah disuburkan suasana rundingan yang saling menghormati antara ibu bapa dan mertua. 

Tak mustahil jika semua sepakat duduk dalam meja rundingan yang tiada siapa dilebihkan dari yang lain, lama kelamaan proses adaptasi antara ibu bapa dan mertua akan berjalan dengan mudah. Tak bermakna segala yang orang tua cakap adalah betul dan tak boleh disanggah sama sekali, bahkan agama kita mengajar untuk memberi setiap orang haknya, agama kita bukan otoritet! Hanya saja cara penyampaian yang mesti dielokkan sehalus mungkin dalam meluahkan bangkangan terhadap suatu isu yang melibatkan orang tua dan mertua. 

Selagi mana orang tua dan mertua menjadi prioriti utama selayaknya kita mendapat penjagaan yang sempurna dari Allah SWT. Menjaga mereka adalah ibadat yang kedudukannya nombor dua terbaik selepas tauhid dan memelihara mereka diutamakan daripada jihad di jalan Allah SWT. Adakah kita masih memberikan alasan tidak munasabah di hadapan Allah nanti?

Itu bagi mereka-mereka yang ada pilihan sama ada untuk menjaga kedua ibu bapa ataupun mertua ataupun tidak kerana bilangan adik beradik yang ramai. Bagi Farah pula... hanya seorang, hanya tunggal...Alhamdulillah, Farah gembira dan bahagia dengan tanggungjawab yang tergalas di bahu ini dan setakat ini masih lagi ikhlas serta sepenuh hati menjaga Nek Ma Ash dan juga Atuk Ash. Moga-moga berterusanlah begini sehingga ke akhirnya...Sayu weiiii bila terkenang-kenangkan balik sewaktu kecil bagaimana mereka menjaga Farah... 

Sumber dari Google
Dan dengan tidak semena-mena juga teringat akan arwah nenek dari sebelah Nek Ma Ash... dahulu sewaktu hayatnya, bila Nek Ma Ash bawa arwah nenek balik dan tinggal bersama kami, setiap hari dia akan tengok kalendar dan setiap hari juga dia akan bertanya berapa haribulan kah hari ini. Hatinya cuma di rumah sendiri, walaupun anak-anak masing-masing mahu sahaja menjaga arwah nenek dan cucu-cucu gembira bila mana arwah nenek tinggal bersama. "Just that no matter what you do, the heart just don't belong there!" Iyaa... Fikirannya nak pulang ke rumah dia sahaja.... Biarlah seorang diri tetapi dia lebih bahagia dengan cara begitu...Sampaikan ada satu saat Mak Ngah Farah dan arwah Mak Long Farah merajuk hati kerana arwah nenek tidak mahu tinggal lama bersama mereka. 

Ada juga warga emas yang begitu sikapnya...Mereka lebih senang tinggal di rumah sendiri dari tinggal di rumah anak-anak. Kenapa dan mengapa hanya mereka yang tahu sebab tindakan mereka. Nak "speculate" lebih-lebih pun tak berani...Bila tiba keadaan begini...Makanya, anak-anak memang perlu bergilir-gilir adik beradik setiap minggu dan balik untuk tidur di rumah arwah nenek untuk memastikan kebajikannya terjaga dan semestinya meninggalkan nombor telefon anak-anak di rumah jiran supaya sekiranya ada berlaku apa-apa kecemasan segeralah menghubungi anak-anaknya... 

Moga-moga, kita semua mampu menjadi anak yang berbakti dengan seikhlas mungkin kepada kedua ibu bapa kita... In Shaa Allah...Amin... Dan semoga kita taklah jadi anak-anak yang cuba melepaskan diri dari tanggungjawab... Dalam masa yang sama, doakan juga anak-anak kita supaya sedia menerima kita walaupun sewaktu kita dah tak berdaya nanti.... In Shaa Allah, Amin... 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. bila dah besar ni takut sangat jadi anak tak kenang budi :( harap harap boleh gilir gilir ngan adik beradik jaga parents nanti insya-Allah

    ReplyDelete
  2. Insyallah sis...itula yg sebaiknya jaga mak ayah selagi mereka ada

    ReplyDelete
  3. Samalah dengan Nanni, kalau melibatkan mak ayah mesti sebak. Kadang2 bila rindu sangat lepas cakap dalam telefon pun air mata keluar. Moga kita jadi anak yang solehah, anak yang mampu membahagiakan hati kedua ibu bapa. Amin :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !