Restoran & Kafe Mesra Kanak-Kanak Di Selangor | Bahagian 1

Farah Waheda Wahid
6
Sumber dari Google
Hanya ibu bapa yang memahaminya...Ahaksss...Taklah kata bukan ibu bapa tak faham... Faham juga, tetapi yang lebih memahami adalah ibu bapa bagaimana rasanya dan keadaannya. Makan di luar berbanding masak di rumah ada masanya boleh jadi berserapih jika anda mempunyai anak kecil yang sedang membesar. Untuk makan dengan aman dan tenteram itu, kebarangkaliannya ada tetapi selalunya tak akan pernah aman dan tenteram melainkan jika makan bergilir. Mula-mula si ayah makan dulu, kemudiannya si ibu pula makan. Ambil giliran untuk makan. Makanya, tidaklah dapat menikmati hidangan semeja sekeluarga sepenuhnya. Kira-kira macam tak dapat nak tentang mata "feeling-feeling dating" macam tu... Bha ha ha... 

Dunia keibubapaan semakin meriah, semakin dipenuhi dengan warna seiring dengan perkembangan zaman. Kalau dulu tak ada benda-benda yang khas untuk kanak-kanak segala bagai, sekarang ni banyak inovasi yang khas untuk kanak-kanak. Contohlah ek, contoh... Kalau dulu zaman-zaman kita kecil dulu, mak-mak akan membasuh pakaian kita dengan sabun pakaian yang sama mereka gunakan untuk basuh pakaian mereka. Sekarang dah ada sabun pencuci pakaian khas hanya untuk kanak-kanak. Dahulu basuh botol susu dengan sabun basuh pinggan yang biasa untuk pinggan mangkuk lain, sekarang dah ada sabun basuh botol susu yang khas untuk anak-anak. Kebanyakan pada perkara telah di"customized"kan khas buat kanak-kanak. 

Sama juga perihalnya dengan restoran dan kafe yang berlumba-lumba untuk menarik perhatian pelanggan dengan mengkaji "market segmentation" mereka dan kemudian cuba mewujudkan satu tempat menikmati hidangan yang bersesuaian untuk "target market" mereka. Dengan itu, wujudlah restoran dan kafe yang mesra kanak-kanak. Bagi ibu bapa pula perkara ini adalah sesuatu yang disambut dan baik. Secara peribadi memang Farah sukalah sangat kalau berkesempatan ke restoran dan kafe yang mesra kanak-kanak ni. 

Antara restoran dan kafe yang mesra kanak-kanak di sekitar kawasan Selangor yang ingin Farah kongsikan daripada apa yang disenaraikan oleh sumber di SINI, anda mungkin tertarik untuk singgah dan mencuba hidangan yang ditawarkan di sana... 

Rimba & Rusa

Sumber dari SINI
Harga: RM10 - RM50
Laman Facebook: Rimba & Rusa
Alamat: D-GF-01, Sunway Nexis, Kota Damansara, Petaling Jaya
No. Telefon: 03 - 6151 4022

Dear Azalea

Sumber dari SINI
Harga: RM6 – RM30
Laman Facebook: Dear Azalea
Alamat: G-10 Riana Green Plaza, Jalan Tropicana Utara, Persiaran Tropicana, Petaling Jaya
No. Telefon: 03-7803 1855

Kopimeo

Sumber dari SINI

Harga: RM5 – RM20
Laman Instagram: Kopimeo
Alamat: 29, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, Shah Alam
No. Telefon: 012-2060 326

Good Friends Restaurant & Cafe

Sumber dari SINI
Harga: RM10 – RM30
Alamat: Good Friends Cafe, 15&17,  Jalan SS15/8A, 47500 Petaling Jaya
No. Telefon: 03-5613 1415

IKEA
Sumber dari SINI
Harga: RM3 – RM40
Laman Web: www.ikea.com/my/en/
Alamat: IKEA, No.2 Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya
No. Telefon: 03-7726 7777

Ada lagi sebenarnya restoran dan kafe di sekitar Selangor yang mesra kanak-kanak. Untuk kali ini, yang sempat Farah senaraikan adalah 5 dahulu. Mata dah kelat sewaktu menyediakan entri ni...Ha ha ha... Tak apa nanti Farah sambung nanti... Sementara tu, bolehlah cuba-cuba untuk menjengah ke restoran dan kafe yang telah disenaraikan di atas... ;-)

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. memg kena gilir2..huhu...klu tmpt tuk kanak2 cmni memg tbaik lah..pas tuu..kedai mkn yg ade tmpt bersila lg lah mnjadi pilihan

    ReplyDelete
  2. Bagusnyaaa restoran ni.. Senang budak2 tak meragam... Tempat pun cantim dan selesa

    ReplyDelete
  3. cantiknya tempat ni, teringin nak bawa anak2 nanti

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !