"Potty Training"| Tingkat Kesabaran Memang Benar-Benar Perlu Tinggi!!!

Farah Waheda Wahid
3

Agaknyalah kannn... Ha ha ha... Farah lah seorang ibu yang mengambil masa yang paling panjang untuk "potty train" anak. Sebabnya, Farah lakukan latihan ni sewaktu hujung minggu bila mana Farah tidak ke mana-mana dan mungkin juga disebabkan tempoh waktu usia yang masih awal? Ibu bapa lain latih anak kebanyakkannya di usia 3 tahun tetapi Farah telah bermula secara perlahan-lahan di sewaktu usia 1 tahun 5 bulan macam tu. Sewaktu masih cuba melancarkan pertuturan. Masih menambah "vocab" pertuturan. 

Tak sabar-sabar benar nak ceraikan lampin pakai buang tu yer tak? Ha ha ha... Biarlah... Setiap ibu bapa ada perancangannya yang tersendiri, ada caranya yang tersendiri di dalam mendidik anak. Tak salah rasanya apa yang Farah rasakan baik untuk Ash. Uhuksss, sedar diri bahawasanya bukan selalu ada waktu yang terluang di rumah bersama Ash kecuali bila pulang dari kerja dan juga hujung minggu jika tiada apa-apa perancangan lain. Bila dah sedar diri tu, makanya kita buatlah perancangan untuk bermula awal dan juga supaya garis masa bila berjayanya lampin pakai buang diceraikan sejajar dengan usia hendak mula menghantar Ash ke sekolah nanti. Ikut-ikut perancangan di usia 4 tahun. Pilihan sekolah pun dah ada dalam senarai... Pilihan pertama dan kedua dan ketiga... :-). 

Rakan sepejabat pun menggalakkan, katanya kesian melihat kanak-kanak yang sudah berusia 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun masih memakai lampin pakai buang. Panas dan tidak begitu selesa bagi mereka. Bila fikir-fikir balik, Farah taklah melenting atau membangkang pendapat dia sebab Farah pun nampak kebenarannya di situ. Memang kesian, sebab bila pakai lampin pakai buang walaupun usia telah meningkat ke 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun... berkuwap juga tuh kalau lampin pakai buang dipakai di dalam tempoh waktu yang lama. Hu hu hu... Di satu sudut yang lain, Farah juga memahami, mungkin ada sebab-sebab yang tertentu ibu bapa masih lagi memakaikan lampin pakai buang kepada anak-anak masing-masing yang sudah meningkat usia yang tidak kita ketahui. Makanya, terima pandangan dari pelbagai sudut dan sentiasalah positif. 

Sepanjang tempoh "potty training" Ash ini, satu perkara dari pengalaman sendiri adalah... Farah atau sesiapa sahaja di kalangan isi rumah, perlu betul-betul mempunyai tingkat kesabaran yang teramatlah tinggi. Ha ha ha... Satu perkara yang rata-rata telah dinasihatkan oleh para ibu-ibu di luar sana serta para ibu-ibu yang bergelar blogger yang mana pernah Farah baca entri pengalaman mereka sendiri. Memang betul! Itu tidak dinafikan, anda betul-betul perlu banyak bersabar dengan ragam "potty training". 

Salah satu yang dapat Farah kongsikan di sini adalah... 


Kekerapan anda untuk mengemop atau membersihkan lantai! Sepanjang tempoh waktu "potty training" anda tidak akan terlepas dari perkara ini. Sebab "the kids tend to just urinate or poo poo" mana yang sempat. Bha ha ha... Pengalaman Farah adalah cuma berkali-kali mengemop air kecil Ash di lantai bila dah tak sempat nak dibawa ke tandas dia dah terbeseh di lantai. "Poo poo" pula setakat ini, Alhamdulillah, sempat! Bila dia menunjukkan tanda-tanda nak membuang air besar cepat-cepat ajak dia ke tandas. Bila dia sendiri yang datang kepada Farah, dengan riak muka nak membuang air besar, cepat-cepat bawa ke tandas. "A mother will eventually knows it!"... 

Kalau kena terburan di lantai memang bernasib baik lah tu... Kalau kena terburan di atas permaidani ataupun tilam... Ho ho ho... "It's an extra job for the mommies". Setakat ni belum lagi terkena di permaidani ataupun tilam. Cuma di lantai sahaja... 

Farah ada perancangan nak bebaskan Ash dari lampin pakai buang di waktu malam sewaktu tidur. Dan untuk itu, Farah terpaksa mendapatkan "waterproof mattress pad" untuk Ash. Hari tu dah cuba melihat-lihat dah... Di LAZADA ada jual dan di Toy'R'Us pun ada. 


Untuk menjayakan program ni, Farah kena beli ni. Dan bukan bermaksud bila dah beli ni dapat tidur lena di waktu malam. Masih lagi perlu berjaga dan periksa sama ada dia terbuang air di waktu tidur dan kemudian bersihkan serta keringkan dia supaya dia dapat tidur dengan lebih selesa. Cumanya satu yang kasihan, mungkin waktu tidur dia akan terganggu sedikitlah bila terpaksa dibersihkan. Hurmmm... Mungkin untuk sementara waktu "both of us" terpaksa berkorban seketika tentang tidur lena itu? Pepatah mengatakan, berenang-renang ke hulu, berakit-rakit ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang ke tepian yer tak? Samalah dalam pelajaran pun... Kena menuai dulu, baru dapat hasil yer tak? Tak apa fikir positif dan didik dari awal. 

Ini pengalaman serta apa yang Farah fikirkan secara peribadi... Jika ada cadangan yang lebih baik atau pendapat yang lebih baik, sudah tentu Farah menerima dengan hati yang lebih terbuka yer tak? Apa pun di dalam kehidupan ini, pasti ada satu tempoh waktu kita mengalami kesusahan seketika di dalam mencapai apa yang kita mahukan yer tak? Tidak semuanya datang bergolek... Ada usaha yang perlu diletakkan supaya kita dapat capai apa yang kita mahu capai... :-)

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Wahh susah juga nak didik anak kecil supaya kencing dalam jamban.. ena tengok abang dengan kakak ena pun lakukan benda yang sama... tapi itulah namanya pengorbanan seorang ibu dan bapa..

    ReplyDelete
  2. Adam fully potty training usia 5 tahun... yg siang dah boleh xpkai pampers usia 3 tahun, mlm xpakai pampers usia 5 tahun.. chayok2 ashhh ;)

    ReplyDelete
  3. Anak sy refused pampers siang umur 4 tahun... Tinggal yg malam je blm tinggal lagi..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !