Pertukaran Dari Sekolah Kebangsaan (SK) Ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

Farah Waheda Wahid
5
Sumber dari Google
Ada keadaan di mana, ibu bapa berbelah bahagi sama ada nak menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan (SK) ataupun Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Menghantar anak-anak ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) bukanlah satu perkara yang asing lagi di dalam masyarakat majmuk kita di Malaysia ni. Memang ada di kalangan pelajar-pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang berbangsa Melayu dan juga berbangsa India. Ada ibu bapa yang sememangnya dari perancangan awal lagi telah menggariskan atau merencanakan perjalanan pendidikan anak-anak mereka dengan menghantar anak-anak ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Mereka mahu anak-anak mereka dididik di dalam suasana di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) berbanding Sekolah Kebangsaan (SK).

Walaupun Ash masih lagi kecil, Farah pernah juga terfikir akan perkara ini. Seakan berminat untuk menghantar Ash ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) akan tetapi sebelum mengambil keputusan untuk menghantar Ash, ada banyak perkara yang perlu Farah fikirkan dan timbal balik. Berbincang, berdiskusi tentang pro dan juga kontra. Haruslah, keputusan tidak boleh diambil ikut sesedap rasa sebab kita rasa inginkan ianya begitu. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan, banyak perkara yang perlu diselidiki dan banyak perkara perlu diketahui. Sebab tu juga, memang sebenarnya dari pertengahan tahun 2015 Farah telah mula bertanya-tanya dengan rakan-rakan yang menghantar anak-anak mereka bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Tanya pendapat, tanya pandangan, tanya pengalaman. Iyalah nak kena tau juga kan? Takkan nak ambil keputusan semborono pula? 

Bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) adalah satu perkara yang "tough" bagi sesetengah orang. Rakan-rakan sepejabat juga mengatakan bahawasanya, jika tiada sesiapa yang boleh bertutur di dalam bahasa Mandarin di rumah, ianya akan menjadi agak sukar buat si anak. Iya, Farah faham maksud sukar itu. Dari segi bagaimana ibu atau bapa nak memantau pelajaran anak kerana ibu atau bapa masing-masing tidak faham atau tidak bertutur di dalam dialek tersebut. Dari segi bagaimana ibu atau bapa dapat membantu sekiranya anak tersekat di pertengahan jalan sewaktu cuba menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Tu semua nak kena ambil kira tu faktor tu... Kalau ikut-ikutkan di rumah Farah, Atuk Ash boleh bertutur di dalam bahasa Mandarin, Hakka, Kantonis dengan fasih. Tapi janganlah pula Farah nak rasa ...Oklah, Atuk Ash ada, Atuk boleh bantu Ash... Tidak! Sama sekali tidak...Ada perkara lain lagi yang perlu difikirkan bermula dari sudut itu... Ajal maut jodoh pertemuan semua atas ketentuan Allah... Bukan minta Atuk Ash pergi cepat, cumanya... Kita tak tau apa yang akan berlaku pada masa terdekat dan akan datang kan? Faham kan maksud Farah?  

"Apart from that"...ada juga Farah melihat dengan mata Farah sendiri dan mendengar dengan telinga Farah sendiri... Anak kepada abang angkat Farah yang dihantar ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang mana abang angkat Farah dan isterinya tidak tahu langsung bertutur di dalam Mandarin. Akan tetapi, Alhamdulillah, anaknya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang setiap kali peperiksaan di sekolah. Menurut abang angkat Farah tu, kuncinya adalah ibu bapa kena mendekati guru anak-anak, sentiasa bertanya dengan guru anak-anak dan guru itu tersendiri haruslah guru yang bagus. Itu katanya. 

Intipatinya yang Farah berminat nak kongsikan dari hasil pembacaan Farah di SINI tentang pertukaran aliran bahasa pengantar murid sekolah rendah adalah seperti di bawah berikut:

Saya baru berpindah rumah dan saya hendak tukarkan anak saya yang belajar dari SK kepada SJKC yang berdekatan dengan rumah baru saya. 

Anak puan atau tuan hanya boleh bertukar aliran dari SK ke SJKC jika tiada SK di kawasan tempat tinggal puan atau tuan yang baru. 

Anak saya di Tahun 3 menghadapi masalah dengan pelajaran Bahasa Malaysia dan saya ingin menukar anak saya ke aliran bahasa ibundanya. 

Kelas Pemulihan disediakan di setiap sekolah bagi membantu murid yang tidak dapat menguasai Bahasa Malaysia. 

Anak saya sekarang berada di Tahun 5 di SK dan saya mahu tukarkan anak saya belajar di SJKC kerana anak saya ingin menguasai bahasa ibundanya.

Anak puan atau tuan telah 5 tahun belajar di SK dan akan menghadapi UPSR pada tahun hadapan. Anak puan atau tuan akan menghadapi masalah jika ditukarkan dan ini akan mengakibatkan pelajaran anak puan atau tuan terjejas. 

Konsepnya mudah, kalau nak hantar, hantar dari mula dan bila dah mula tak boleh nak patah balik dah...setengah jalan nak tukarkan ke SK atau SJKC memang akan memberikan impak yang besar. Makanya, ibu bapa kena "make up our mind", jalan yang mana yang hendak dipilih, saluran yang mana yang hendak disalurkan. Kena fikir masak-masak. Kalau tak nak pening-pening... Hantar sahaja ke SK. Tentang penguasaan bahasa lain selain dari Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris tu, boleh diusahakan dengan cara lain kemudiannya.

Kenapa ibu bapa mengambil keputusan menghantar anak-anak ke SJKC berbanding SK? Hanya mereka yang tahu sebab musabab secara peribadi dan kita bukannya sesiapa untuk menyangkal tindakan mereka. Mungkin mereka ada sebab mereka yang tersendiri yang kita tidak ketahui. Menguasai Bahasa Mandarin itu satu hal, "adapt" dengan cara atau budaya belajar bangsa lain pun satu hal...Yang pastinya ibu bapa pasti lebih tahu apa yang terbaik buat anak-anak mereka. 

Farah pula tidaklah beria-ia ataupun boleh diklasifikasikan terkinja-kinja sangat nak menghantar Ash ke SJKC ataupun memang pasti-pasti Ash ke SJKC...TIDAK.... Farah cuma menyatakan yang Farah ada rasa berminat...Berminat tidak semestinya menghantar yer tak? Hua hua hua...Jangan nak cepat sangat buat konklusi dan tafsiran sangatlahhh... In Shaa Allah, jika Ash tidak ke SJKC pun... Farah akan cuba usaha untuk hantar Ash ke kelas bahasa di luar jika ada rezeki supaya dia juga dapat menguasai Bahasa Mandarin selain dari Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Amboiiii, tinggi cita-cita mak ko ni ha Ash...Macam-macam nak sumbat suruh anak tu belajar...Tu pun, bergantung pada keadaan... Ikut kepada kemampuan atau keupayaan penerimaan Ash lerrr...Takkan anak tak mampu nak serap banyak-banyak bahasa sampai angkat bendera putih ko nak paksa juga kan? Ha ha ha...Tuk dah lain dah jadinya...kepuasan emak ke? atau keadaan anak? sebenarnya? 

*Tak pun susah-susah...Ash belajar dengan Atuk jer lah ek? ;-) 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. dieyana pun dulu2 minat gak hantar anak2 sekolah cina...tapi minat smpi situ je lah..hiih

    anak sedara dieyana sek cina dr darjah 1 hingga 6-kat rumah mmng tk de/tk pandai yang ckp cina pun..kat sekolah je lah dia 'speaking' hiih..skrg dh ting 1..mak ayah dia hntr sekolah tahfiz pula ihihi

    ReplyDelete
  2. Ramai yang dah tukar aliran ni farah. Sebab tk memahami dan sukar untuk mempelajari subjek mata pelajaran.

    ReplyDelete
  3. dulu saya minat juga hantar ke sekolah cina, tp cara pembelajaran mereka lebih kepada drilling concept (latihan latihan dan latihan). Budak memang cepat pandai, tapi at the end apakah matlamat kita kepada si anak?

    ReplyDelete
  4. kalau nak anta sekolah cina farah kena tahu basic bahasa cina sebab nanti dia ada homework tak tahu nak tolong cemane..nak kena anta tusyen plak nanti..hihi..

    pengalaman sepupu sendiri..

    ReplyDelete
  5. Mohon sesiapa boleh bantu berkaitan syarat2 kelayakan kalau anak mahu bertukar aliran dari Bahasa Cina (SJKC) ke Bahasa Malaysia (SK). Hal ini demikian kerana di sekolah kita ada seorang murid Cina (Tahun 4, 2017) mohon berpindah dari SJKC ke SK dalam minggu ini. Berdasarkan ujian progresif semasa yg dijalankan di SJKC..kptsn murid sangat teruk (Semua subjek mendapat gred E termasuk BC = 2%, BI = 0%, BM = 0%, MT = 13% dan SN = 10%) Persoalannya..adalah murid layak diterima msuk ke SK? atau Adakah murid tahap 2 di SJKC boleh diterima masuk ke SK?

    Utk makluman tuan, terdapat 2 buah sklh SJKC berdekatan tempat tinggal keluarga ini tetapi mereka tetap memilih SK dengan alasan memudahkan mereka menghantar murid ini ke sekolah.

    Mohon pandangan rakan2 yang lebih arif atau berpengalaman. TQ

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !