Home » , , , , , , , » Perkara Yang Ibu Bapa Boleh Jadi Sakit Mata, Tahan Hati Tetapi Penting Untuk Anak Kecil

Perkara Yang Ibu Bapa Boleh Jadi Sakit Mata, Tahan Hati Tetapi Penting Untuk Anak Kecil

Sumber dari Google
Dalam keadaan sakit mata, tahan hati selalunya Farah lah kannn boleh jadi tak tau nak marah ke? atau nak gelak ke? Sebab kadang-kadang telatah anak itu boleh menggelikan hati, cumanya ada masa-masa kena tahan gelak dan tawa semata-mata nak mengajar anak supaya dia tahu membezakan perkara yang sepatutnya dia lakukan dan perkara yang tidak sepatutnya dia lakukan. Kenalah didik dari kecil yer tak? Tapi sepanjang di dalam proses itu, sebenarnya kita kena bertolak ansur di atas beberapa perkara dan beberapa sebab. Contohnya seperti yang Farah akan "bentangkan" di bawah ini, nampak memang ianya adalah sesuatu yang sangat menyakitkan hati dan menyesakkan nafas serta kita mungkin rimas, akan tetapi hakikatnya tanpa kita sedari perkara-perkara ini adalah penting untuk perkembangan semasa anak kita. 

Bermain Dengan Makanan Sewaktu Makan

Sumber dari Google
Ini perkara biasa ni... Ha ha ha, yang baru menjadi ibu bapa tu takkan tak pernah tengok anak buah sendiri, anak kawan-kawan atau adik-adik kecil bermain dengan makanan kan? Ada ibu bapa rela jer menyuap anak makan dari membiarkan anak makan sendiri seterusnya menyepahkan serta membaraikan segala apa yang ada dalam pinggan kemudian habis comot satu badan. Tak sanggup katanya! Mula-mula yer cuba menyuap masuk ke dalam mulut, lepas tu...ha ha ha, habis disapu ke perut, dilenyek ke lantai... Tapi ketahuilah bahawasanya ini adalah salah satu proses pembelajaran untuk anak kecil anda. Mereka sebenarnya sedang membuat eksperimentasi saintifik mereka sendiri tu ke atas tekstur, bau dan juga rasa. Kadang-kadang makanan boleh terpelanting terbang juga... Ha ha ha... Memberi kebebasan anak-anak untuk bereksplorasi dengan makanan sebenarnya meningkatkan lagi rasa nak makan tu pada anak. Ada satu kajian tu, Farah pernah terbaca, anak-anak lebih cepat mengenal jenis-jenis makanan sekiranya mereka diberi peluang untuk bermain dengan makanan mereka.

Alaaa...apa susah...beri mereka kebebasan itu dan alas dengan tikar atau tikar getah yang akan memudahkan kita mengemas kemudian... ;-) 

Comot dan Bersepah

Sumber dari Google
Bukan setakat perihal makan, tetapi anak-anak kecil ni suka mencomotkan diri sendiri dan juga menyepahkan rumah. Kanak-kanak memang macam tu. Dari menyepahkan barang-barang permainan, bermain dengan warna air, bermain dengan "play doh", menconteng dinding rumah. Tetapi sebenarnya perkara-perkara ini adalah bernilai untuk perkembangan skil motor anak-anak. Ia melibatkan "senses" yang membenarkan anak-anak memanipulasi material dan membantu anak-anak di dalam "independent play" kerana tiada sasaran yang spesifik yang ditetapkan bagi "messy play". "Messy play" adalah tentang keseronokan dan juga kreativiti. 

Fokus Yang Terganggu

Sumber dari Google
Berlaku bila kebanyakan pada masanya kita nak cepat tetapi boleh jadi lambat disebabkan oleh anak-anak kecil. Bukannya niat mereka sengaja nak menyusahkan kita ataupun nak melewat-lewatkan lagi pergerakan kita. Semestinya mereka tidak patut dipersalahkan dan yang penting ibu bapa kena terima ini adalah realiti bila bergelar ibu bapa. Ketika kita nak cepat, ketika itulah anak-anak kecil akan melepaskan hajat dan kita terpaksa membersihkan mereka, ketika kita berjalan ambil angin bersama anak kecil, ada kalanya kita terpaksa berhenti untuk beberapa ketika disebabkan anak-anak kecil sedang berminat nak melihat serta "inspect the road" kerana mereka nak tahu sesuatu setiap inci jalan perkara atau benda yang terdapat di jalanan. Nampak seperti ianya satu perkara yang remeh serta membuatkan kita tertangguh sesuatu perkara, tetapi sebenarnya mereka cumalah ingin mengenali dunia sekeliling, belajar, mengingati dan juga menyimpan informasi untuk masa akan datang. "After all, who knows what the future holds, their life might one day depend on correctly knowing what was down the grate that day and then you'll be glad they spent so long staring into it."

Mengatakan TIDAK 

Sumber dari Google
Secara spesifiknya, apabila anak menolak untuk melakukan sesuatu yang kita minta atau perlu lakukan untuk mereka. Tidak bila dia tidak mahu memberus gigi. Tidak bila dia tidak mahu memakai baju setelah mandi dan berlari keliling rumah untuk kita mengejar dia. Ada masa kita rasa macam kita ni berperang dengan anak semata-mata untuk "to get things done". Tak payah risau, tak payah mengeluh, tak payah takut... Sebenarnya perkara ini memainkan peranan yang penting untuk masa depan anak. Anda akan melihat bahawasanya ianya akan mengambil sedikit masa bagi anak-anak kecil untuk memahami  bahawasanya mereka adalah "a separate person". Mereka percaya yang mereka adalah "at one with their mommies (awwww!), yang mana selalunya mereka akan "freak out" bila kita meninggalkan mereka bersendirian di satu-satu tempat. Mereka merasakan seolah-olah sebahagian dari mereka telah hilang dan rasa itu tidak begitu selesa buat mereka. "But toddlers are wise enough, and they are beginning to understand that you are separate people. This is newly discovered sense of self is what keeps your toddler shouting "No!", he's just trying to take some control for his own life".

"Tantrums"

Sumber dari Google
Ini memang menguji kesabaran. Ha ha ha... Kalau berlaku tengah-tengah khalayak ramai, kita akan cuba tenangkan anak-anak...mula-mula jadi ibu macam rasa kalau inilah yang berlaku kepada diri ini, memang errrr, tebalkan muka jer lah... Maksud Farah kalau anak tiba-tiba guling-guling badan atas lantai di tempat awam selain rumah. Kalau rumah tu lantaklah kannn? Tapi kalau tempat awam memang agak fikir macam mana nak suruh anak bertenang... Ha ha ha... Alhamdulillah, belum pernah berlaku lagi pada diri ini... 

"Temper tantrums" berlaku kerana anak kecil sedang "built up" emosi dan memerlukan cara untuk melepaskannya, mereka belum lagi "emotionally develop" seperti kita yang dewasa. Oleh sebab itu, mereka masih belum tahu lagi cara untuk mengawalnya. Mungkin kita tak berapa nak suka dan tak berapa nak selesa dengan situasi ini. Sabarlah... Penting proses ni supaya secara perlahan-lahan mereka tahu bagaimana proses mengawal emosi. 

"Bouncing Off The Walls"

Sumber dari Google
Ada hari-hari kita cuma nakkan ketenangan...contohnya... duduk bersantai sambil minum teh ke? Atau menonton televisyen dalam keadaan tenang ke... Ha ha ha, tapi masa-masa nilah anak-anak kecil dok sibuk nak melompat atas katil lah, melompat atas sofa lah... Apa yang kita nak cumalah ketenangan dan suasana yang senyap buat seketika! Alahaiii...anak-anak kecil ni mempunyai tenaga yang banyak daripada kita yang dewasa ni... kadang-kadang bila dah sampai waktu tidur tu, kita ni dah lesu tapi mereka masih lagi segar bugar "at full speed". Perlu tau mereka gunakan tenaga mereka itu...Mengalahlah.... Tak perlu risau, dah penat nanti "surrender" lah mereka... Biar jer... Percayalah, lepas tu mesti tidur lena dan baik punyaaa... Ekekekeke... 

Berkepit dan Tidak Mahu Lepas!

Sumber dari Google
Ada hari-hari anak-anak kecil kita seakan tak hairan pun dengan kewujudan kita di sisi dia...Ha ha ha...Maksudnya semua yakin nak buat sendiri, bila nak tolong ditepis tangan kita, dan ada hari-harinya tiba-tiba asyik nak berkepit dan tidak mahu lepas dari kita. Ikut angin mereka... Perkara normal tu... Mungkin dia cuma rasa gemuruh tentang sesuatu perkara dan berada dengan kita membuatkan mereka berasa selamat dan selesa. 

Bertanya Kenapa? dan Kenapa?

Sumber dari Google
Belum sampai lagi ke peringkat ni, tetapi Farah percaya akan sampai sikit masa jer lagi...Ha ha ha, bersedialah Mommy oiii.... "one after another"... Soalan pertama akan bermula, kemudian diikuti dengan jawapan, kemudiannya akan ada pertanyaan kenapa lagi, dan kenapa lagi. Farah percaya ramai ibu bapa di luar sana yang pernah mengalami situasi sebegini kannn??? Kadang-kadang tu boleh jadi sampai tak tau nak jawab apa kan? Denggg... Tak apalah...Mereka baru nak mengenal dunia, baru nak belajar memahami... Biarkan dan cuba jawab dengan sebaik mungkin... Itu adalah satu sifat ingin tahu atau "curiosity" dan mereka macam mana pun akan memerlukan jawapan dari kita. Selagi tak dapat jawapan selagi tu mereka tidak akan berpuas hati. 

Jadi ibu bapa ni memang kita kena "give in" ada kalanya... Dahulu dan sekarang tidak sama, ianya berbeza dari zaman kita tidak punya anak dan cara hidup serta gaya hidup itu ada perubahan. Bukannya mengikut kehendak kita semata...Bila kita rasa tidak, tidaklah ia, bila kita rasa ya, ya lah jadinya...Jadi ibu bapa "in another way" sebenarnya banyak mengajar kita erti berkompromi dan bertolak ansur dengan lebih dalam jika kita lihat balik secara terperinci. Memang kadang tu boleh jadi sakit mata tengok anak comot, rumah berlecah, bersepah dan terasa penat... tahan hati sebab tak tau nak marah ke atau nak ketawa ke... kalau tak marah nanti akan diulang lagi... tapi kalau dimarah boleh jadi menyekatkan perkembangan mereka... Sebelum menghukum anak atau memarahi kenalah kaji dulu tindakan ataupun perbuatan mereka... Setiap sesuatu itu ada sebabnya dan alasannya yang tersendiri... 

Jangan disebabkan ketidakselesaan kita, perkembangan anak boleh terganggu... Tetapi penting juga untuk kita sebagai ibu bapa menetapkan batas dan juga had kepada anak kita... Jangan sampai kita memberikan kebebasan serta kebenaran mereka melakukan perkara-perkara yang penting untuk perkembangan kita tetapi mereka melebihi batasan yang sepatutnya...Masih kena pantau walaupun ada kompromi di situ... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Perkara Yang Ibu Bapa Boleh Jadi Sakit Mata, Tahan Hati Tetapi Penting Untuk Anak Kecil, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, January 22, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. suka bertanya kenapa..kenapa..bila...siapa...ingat kat anak no dua..suka tul dia..haha..

    ReplyDelete
  2. kalau awfiyah dah start menyepahkan mainan dia,akak akan biarkan je dulu dia main sepuas yang mungkin..Bila dah taknak main,baru akak ajar dia cara kemas pulak walaupun kekadang sakit mata ni..hahaha

    ReplyDelete
  3. Hahaha itu la ena tengok anak anak buah ena dulu masa kecil2.. Sebab mak ena jaga dorg dari kecil sampai skrg, macam2 ragam.. Ena yang bukan maknya pun sakit hati je tengok tapi kekadang seronok juga.. Kalau tak sunyi je rumah ni

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY