Perhatikan Kereta Anda Sebelum...

Farah Waheda Wahid
7


Kisah ni dah berlalu 2-3 minggu lepas punnn... Tapi baru berkesempatan nak pot pet pot pet di Bubblynotes.Com. Walaupun cerita agak dah basi tetapi sekadar nak borak-borak kosong, berkongsi dan dalam masa yang sama beri peringatan pada diri sendiri serta kawan-kawan yang mungkin membaca tak salah pun kannn??? :-). 

2-3 minggu yang lepas timbul rasa MALAS nak membasuh kereta sendiri sebab rasa badan letih sangat dan tak daya sangat. Tapi kereta masih perlu dibasuh, rasa diri sendiri yang tak selesa memandu kalau kereta tak dimandikan setiap minggu. Memang dah rutin dari mula-mula memandu Kelisa dulu sehinggalah ke MyVi sekarang ni. ALZA belum lagi... Bha ha ha... ALZA boleh berangan jer dulu dan masih di kedai. :-P. 

Bila dah MALAS tu, jawabnya hantar ke pusat membasuh keretalah kan? Basuh jangan tak basuh. Lagipun lama juga dah rasanya tak melawat pusat membasuh kereta tu. Macam biasalah, pekerja di pusat membasuh kereta yang berdekatan dengan kawasan taman perumahan Farah adalah rata-rata warga asing. Hantar kereta dan berikan tugasan membasuh serta membersihkan dalaman kereta. 

Farah? Sibuk dengan telefon! :-P. Lagi nak buat apa? Tak perasan langsung yang "aerial" kereta tu dah hilang entah ke mana-mana seperti yang dapat anda lihat dalam gambar di atas. Sehinggalah, keesokkan paginya bila Atuk Ash siram kereta Farah pepagi sebelum Farah pergi kerja, dia yang perasan! Dia tanya dengan Nek Ma Ash... Mana pergi semalam? Nek Ma Ash cakap tak ada ke mana cuma Farah hantar kereta basuh di kedai. Hu hu hu... Atuk Ash kata ni mungkin terjadi di kedai membasuh kereta ni. Tapi Farah tak perasan. Mungkin jer, mungkin jer ek... Tak tuduh pun... 

Akan tetapi kalau benarlah terjadi di pusat membasuh kereta tu, sekarang kutahu, mereka tak akan beritahu. Ha ha ha... Mungkin takut pelanggan minta ganti rugi yang lebih tinggi dari harga basuhan kereta mereka. Mungkin boleh terjadi secara logiknya disebabkan oleh "jet spray" membasuh kereta yang mungkin mempunyai tekanan yang kuat. Mungkinlah mungkin. 

Kalau pergi semula pun takkan mereka nak kata mereka yang lakukan ataupun ter-lakukan kan? Pengajaran untuk diri sendiri... Lain kali jangan sibuk dengan telefon! Jangan main balik macam tu sahaja! Periksa dulu kereta dan lihat apa-apa yang tak kena... Pastikan... Kemudian baru bergerak! 

Sudahnya sampai ke sudah la ni tak diganti-ganti lagi... Biarlah dulu... Satu kekangan masa, satu lagi bajet tak berapa nak izin untuk diganti... Sampai masa nanti gantilah... 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. tu kejadian biasa bila nampak mana2 kereta yang areal seakan MyVi.. bila tengok kat jalan terus terfikir.. eh tuan empunya kereta mungkin tak perasan kot.. hihi
    psstt tukar kereta lah hybrid car.. hihi

    ReplyDelete
  2. Sama dengan Nurul juga ni.. orang basuhkan kereta, Nurul sibuk dengan hp.. huhuu..kena lebih prihatin lepas ni..

    ReplyDelete
  3. sebab itu ain kalau dkt carwash memang tengok setiap apa yang diorang buat.

    ReplyDelete
  4. sy punye pun pnh hilang..bila lalu bwh flyover terus takde line radio...terpaksa beli baru..

    ReplyDelete
  5. syeeda pun dh smggu lebih xmandikan keta..hihi sibuk sana sini sampai lupa nk mandikan keta..huhu

    ReplyDelete
  6. Lorr... Sampai macm tu sekali... Ish.. Tak patut...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !