Pakai Jer Apa Yang Ada...

Farah Waheda Wahid
6

Pagi-pagi menempek gambar 2 tahun yang lepas sebab otak tengah ligat berfikir busana apa (cehhh busana...ayat formal sangat) yang perlu diperagakan sewaktu jamuan makan malam syarikat Farah bekerja di bulan Februari 2016 nanti ni. H dah pesan... Pakaian adalah formal dan tiada istilah kasual... Uhuksss...Baru bercita-cita nak pakai seluar khakis jer...Ahaksss... Sebab dah tentu-tentu Farah adalah salah seorang orang yang paling sibuk menguruskan acara pada malam tersebut....Fuhhh....Kalau kira-kira...Memang sibuk sehari suntuk tu... Dari pagi upacara pembukaan rasmi pejabat baru... kemudian petangnya sibuk pula di Kuala Lumpur untuk  majlis makan malam... 

Kalau fikir-fikir boleh berpeluh-peluh dan adalah lebih selesa kalau dapat pakai seluar kannn??? Tetapi malangnya... Silalah terima hakikat, anda tetap perlu bersalin pakaian Puan Farah kepada pakaian yang lebih formal dan juga bersesuaian dengan majlis...Takkan nak pakai baju tak bersesuaian dengan majlis pula kan? Agak kejanggalan di situ? Beli pakaian baru semata-mata untuk majlis makan malam tersebut? Kebarangkalian tingginya adalah TIDAK!!! 

Zaman ekonomi merudum, zaman semua yang ada perlu berkira, zaman RM100.00 yang baru dikeluarkan dari peti ATM boleh habis dalam sekelipan mata, sila JANGAN MEMBAZIR... Makanya, ada tugasan baru hujung minggu nanti atau pada bila-bila masa yang bersesuaian untuk Farah menggeledah almari pakaian dan mencari pakaian yang bersesuaian yang mungkin boleh dipakai... Muahahaha...Bersesuaian dengan saiz badan sekarang yang menembun dengan jayanya, bersesuaian dengan majlis dan juga bersesuaian dengan keselesaan semasa gittew... Biasalah... "stress eater will tend to eat when they are stress"...bukan bermaksud badan macam dipam-pam tu maksudnya hidup teramatlah bahagia seadanya... Ahakss... "For others it may mean yes I am happy...that's why I put on weight...For me it's the other way round..."... Tu yang kadang-kadang tu fikir bilalah nak kurus balik dan mampu pakai saiz S macam dulu ni...XS tak nak...Tu macam kering sangat...Macam tak ada daging langsung... :-P... Figura pun tak dak nanti... Cukuplah kalau boleh pakai S atau M... Berangan! 

Pakai jer apa yang ada...Jangan berangan-angan nak membeli pakaian baru walaupun dalam hati tu rasa alangkah seronoknya kalau dapat pakai pakaian baru untuk majlis makan malam tu... Bha ha ha... Jangan diikutkan sangat kehendak hati tu... Pakaian yang ada dalam almari tu pun dah cukup kelihatan baru dah pun. Lagipun, jarang-jarang juga pakai kecuali kalau ada majlis-majlis rasmi... Menembun? Ohooo...Itu tak jadi masalah... cari korset, cari korset...Korset kan ada untuk mengempiskan mana-mana yang perlu dikempis...Itu pun ada juga...Ha ha ha... 

Tapi bila fikir-fikir balik betul jugalah kan? Beli untuk sekali pakai dan tak tau bila lagi akan dipakai...Macam membazir jer... Oleh itu keputusan muktamad! Pakai jer apa yang ada... ;-)

*"Feeling" membebel kosong di pagi hari... 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Biar apapun juga keadaan ekonomi tapi ada kalanya jika apa yg kita hajatkan mampu utk dimiliki tak salah rasanya Fara utk membeli yg baru - sebagai menghargai penat lelah sendiri. Yg penting jangan pakai sekali lepas tu simpan yes itu membazir.

    ReplyDelete
  2. jimat kan mummy..duit boleh guna untuk keperluah yang lain..

    ReplyDelete
  3. ha, baguslah mcm tu farah.. boleh mix n match gitu..hiihi...

    ReplyDelete
  4. Ya Betul....Pakaian lama kalo pandai add on ape2 org akan nmpk mcm baju baru..huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !