Musim "Barber" Dipenuhi Kanak-Kanak

Farah Waheda Wahid
4


Musim-musim penghujung tahun dan awal tahun 2016 ni, ramai kanak-kanak dan ibu bapa membanjiri "barber" nampaknya. Heee... Tempat lain Farah tak pasti, tapi di kawasan taman perumahan Farah nampaknya begitu. "Barber" sesak dengan lautan kanak-kanak lelaki yang dihantar oleh ibu bapa masing-masing untuk sesi "hairgrooming" sebelum sesi persekolahan 2016 mengambil tempat pada hari Isnin nanti iaitu 4.1.2016. Meriah "barber" dengan kanak-kanak lelaki yang ramai. Termasuklah... 



Iman Ash... Ha ha ha... Tapi dia bukan nak ke sekolah. Dia cuma melakukan rutin bulanan. Pssst... Nampak tak? Nampak tak? Tiada rembesan air mata lagi yang mengalir keluar di wajahnya? Ha ha ha... Ash dah "big boy" lah! Dah tak takut dan dah biasa dah dengan Uncle Kumar tu. Uncle Kumar yang mula menggunting rambut Ash seawal 6 bulan. Kini mudah kerja Uncle Kumar dengan Ash, tak perlu bergelut macam dulu. 

Seronok betul dia bila tengok ramai abang-abang dalam "barber" tu. Iyalah ada ibu bapa bertanggapan bahawasanya kalau gunting rambut terlalu awal nanti cepat panjang pula dan mungkin juga ada yang sekadar "trim" sikit-sikit jer tu. Bahang kemeriahan sesi persekolahan 2016 dah mula terasa. He he he... Agaknya bagaimanalah rupa gayanya bila Ash mula bersekolah nanti. Ok... Itu jauh lagi. Kalau ikut-ikutkan kalau tak silap lah, Ash masuk sekolah Darjah 1 tahun 2020. Hua hua hua... Bersedialah dari sekarang Mommy. 

Apa pun untuk semua anak-anak Aunty di luar sana, selamat memulakan sesi persekolahan 2016 dan "all the best in your future undertakings" yer? ;-)

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. memang ni musim budak budak sekolah gunting rambut, adik-adik lelaki Hana pun camtu gak :)) hehe

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan! I just bawak my little Miss N (3yo) untuk gunting rambut di kedai for the first time. Dia relax dan bagi kerjasama Alhamdulillah. tapi orang tu gunting tak cantek... Nangis mama tengokkk

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !