Home » , , , , » Kita Cerita Tentang Angan-Angan Lah Pula Yer???

Kita Cerita Tentang Angan-Angan Lah Pula Yer???

Jam menunjukkan pukul 12.54 pagi, anak di sisi sudah lena diulit mimpi dengan mulut ternganga... Ha ha ha... Yang Mommy-nya pula masih berjaga dan cuba untuk melelapkan mata takpun sebenarnya menahankan mata dari terlelap. Tiba-tiba fikiran menerawang jauh. 

Sumber dari Google
Sesekali berangan-angan, tak salah rasanya. Ha ha ha... Yang penting kena selalu ingatkan diri supaya berpijak di bumi yang nyata dan jangan sampai angan-angan yang diangankan memakan diri. Owhhh tak tak... Diriku ini masih sedar diri di manakah bumi dipijak dan di manakah juga diri ini berdiri. Ayat sedih sikit... Kusedar diri ini siapa... Hanyalah seorang manusia yang kerdil dan banyak kelemahan diri. Uhuksss... 

Sumber dari Google
Hidup ni memang seronok kalau apa yang kita hajati dan kita nak tu Allah beri jalan dan kita dapat. Tapi kita kena selalu ingat tak semua yang kita nak tu kita akan dapat. Tak semua yang kita hajati tu akan dapat dipenuhi. Allah tak beri apa yang kita nak tetapi Allah akan beri apa yang kita perlukan. Yer tak? Jadi jika tidak dapat apa yang kita hajati atau apa yang kita inginkan, bersangka baiklah dan teruslah berfikiran positif. Jangan kecewa dan jangan putus asa. Mungkin itu bukan rezeki kita dan mungkin akan ada rezeki yang lebih baik menanti kita? "Who knows" kan? 

Jika ditanya secara peribadi apa yang Farah nak untuk diri sendiri? Iyalah setiap orang dah tentu ada beberapa perkara atau benda yang diinginkan kan? Kan? Kan? Ihiksss tentulah ada oiii... Setiap manusia itu ada keinginannya yang tersendiri... Cuma bezanya sama ada ianya positif ataupun negatif jerrr... Apa ajerlah yang Farah berangan kannn dan hajatkan? Ni cerita tentang material nih... Ha ha ha... Tapi bukanlah bermaksud Farah ni materialistik... Keinginan kepada material... Yang mana setiap orang itu akan mempunyai angan-angan apa yang ingin dimiliki kalau berpeluang dan ada rezekinya...:-)

Rantai Tangan Emas

Sumber dari Google
Bha ha ha, dari mana datangnya keinginan ni pun tak taulah. Adakah mungkin dari naluri kewanitaan yang semulajadi. Farah akui, memang banyak aksesori seperti gelang tangan dan rantai yang bukan dari emas di dalam simpanan Farah untuk digayakan pada waktu yang bersesuaian. Emas sebenarnya Farah kurang berminat, entah kenapa entah tiba-tiba boleh jadi teringin. Pelik pula dengan sendiri. 

Secara tiba-tiba terpetik mimpi, alangkah seronoknya kalau berpeluang memiliki seurat rantai tangan emas. Tak nak banyak, seurat pun cukuplah! He he he... Buat lepas hajat. Kakak mana ada barangan emas walau seurat pun... Tu yang mungkin boleh jadi terbawa-bawa sampai kepingin tu. Duduk jer memang tak jadi apalah kan? Usahalah perlahan-lahan. In Shaa Allah, ada rezeki tu adalah nanti, kalau tak ada pun tak apa. Ok jer... Errr manalah tau kot-kot ada rezeki terpijak nanti kannn??? Ingin tak semestinya memiliki... Impian jer... 

Komputer Riba 

Sumber dari Google
Sebenarnya dah lama pasang angan-angan nak menggantikan "netbook" Farah yang dah arwah dikerjakan oleh Iman Firash beberapa ketika dulu. Semenjak dari "netbook" tu jadi arwah, segala kerja-kerja sememangnya dilakukan atau bergantung kepada telefon pintar semata-mata. Tak pun "on a desperate measures", Farah akan ke kafe siber untuk melunaskan apa yang sepatutnya dilunaskan. Kadang-kadang tu terfikir, alangkah mudahnya jika dapat memiliki semula dan segalanya boleh dilakukan dari rumah pabila Iman Firash tidur. Akan tetapi apakan daya rezeki masih belum ada lagi untuk memiliki buat masa dan ketika ini. Bergantunglah pada apa yang ada dahulu. Selama ketiadaan ni pun masih lagi boleh "survive" dan masih lagi mampu untuk meneruskan. Tiada cacat celanya pun. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Gittew kan? Hua hua hua... Ok jer... Masih lagi bernafas, masih lagi diteruskan biar apa pun halangannya... Ekekeke... Dah minat nak kata apa kan? Bila dah minat tu mesti akan cari walau macam mana pun caranya... 

Televisyen Besar Punya

Sumber dari Google
Ini ap kes ni? Ha ha ha... Sebenarnya gini, televisyen di rumah tu dah berbelas tahun dah usianya. Tak ada cacat cela pun... Masih lagi berfungsi dengan baik. Masih lagi sempurna. Besar pun dah cukup besar. Sedang-sedang elok dah pun. Bukannya televisyen yang lama tu, antara rekabentuk yang terkini juga. Nipis juga. Cuma teringin pula televisyen yang jenis-jenis yang baru-baru ni. Ekekekeke... Konon nak lagi besar nak lagi puas menonton. Macamlah banyak masa sangat nak menonton televisyen kan? Tak payah ganti pun tak apa sebenarnya. La la la la... Pakai jer apa yang ada sampai dah betul-betul rabak... Betul-betul lunyai. 

Nak Tambah Pacuan 4 Roda 

Sumber dari Google
Gatal ko kannn? Mentang-mentang kereta yang sudah 5 tahun dipakai telahpun langsai pembayarannya sepenuhnya pada bulan Julai 2015 yang lalu, tiba-tiba merenyam pula dia nak berangan-angan nak tambah aset yang susut nilai ni. Yerlah bila hartanah akan menjadi tambah nilai, bila kenderaan ni akan jadi susut nilai. Ramai orang faham tentang ini. Berangan jer! Tak semestinya akan memiliki. Buat masa sekarang "parking" elok-elok kat "showroom" dulu yer? "Until further notice"... Wakakaka... 

Bukanlah sebab nak bergaya atau menunjuk-nunjuk ke apa, kalau berganti pun. Cuma terfikir tentang anak yang dah semakin membesar. Ihiksss bukan fikir sebab nak kereta lebih besar sebab bercadang nak menambah bilangan. Itu tidak mungkin berlaku buat beberapa ketika dan mungkin juga tidak akan pernah berlaku. Dalam keadaan ekonomi sekarang ni, bagi diri Farah, Farah tak rasa ini adalah waktu yang terbaik untuk mennambah aset susut nilai ni. Dengan ketidakstabilan nilai ringgit. Kawan-kawan sekerja pun berpendapat yang sama. Cuma kalau ada rezeki tu naklah juga merasa. Ha ha ha... Tak dapat pun tak apa. Apa yang ada tu pakailah, bersyukurlah dengan seadanya. 

Tu ler yang diberangankan... Kadang-kadang boleh senyum sendiri. Duniawi jer bukan akhirat. Kalau tak dapat pun tak apa. Biarlah orang nak kata apa pun. Tak salah rasanya pasang impian dan angan-angan. 

Kadang-kadang kan bukan dengan anak atau orang lain jer yang kita kena belajar berkompromi. Dengan diri sendiri pun kita kena belajar untuk berkompromi. Macam contohnya, barangan yang kita impikan untuk memiliki, ada kalanya ianya bukanlah keperluan sangat pun, ianya lebih kepada kehendak. "The rules of    needs and demand"... Pandai-pandai sendiri lah nak tentukan mana yang baik, mana yang tidak, mana yang bakal menyusahkan diri sendiri dan mana yang bakal memberikan kesenangan serta kemudahan kepada diri sendiri... 

Tak dapat pun tak apa! Tak jadi kudis "uolsss"... Berangan jer! Tak salah kannn? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kita Cerita Tentang Angan-Angan Lah Pula Yer???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, January 28, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. Teringin juga nak buat post berangan, bila umur meningkat kut ingin yang emas ni :)

    ReplyDelete
  2. angan-angan untuk mendapatkan sesuatu dan berusaha ke arahnya....

    ReplyDelete
  3. Wah..Byk angan2 tu..kite pun same ade byk angan2..huhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY