Kewajipan Berlaku Adil Terhadap Anak-Anak

Farah Waheda Wahid
5
Sumber dari Google
Buat masa sekarang... ("at least for now"), Farah tak perlu nak memikirkan masalah nan satu ni... Sebabnya? Sebabnya Farah cuma ada Ash seorang ajer... He he he... Dan memang sebenarnya kalau nak diikut-ikutkan Farah pernah terfikir akan perkara ini...Jikalah jika ditakdirkan Farah ni mempunyai anak yang lebih dari seorang... Farah risau kalau-kalau Farah ni tak boleh nak berlaku adil terhadap anak-anak. Takut-takut lebihnya pada seorang dan yang lain-lain diabaikan. Cumanya, kawan baik Farah pernah berpesan..."Jangan risau wak... Tak akan terjadi punya perkara begitu...In Shaa Allah... Bila dah namanya anak, tentu kita akan sayang semua anak kita..."... 

Bukanlah bermaksud lebih pada seorang tu jer sampai kebajikan anak-anak lain tidak terjaga. Maksudnya...kadang-kadang di dalam ketidaksedaran kita telah berlaku tidak adil kepada anak-anak kita. Ha tu maksud Farah. Kita mungkin tak nampak, tetapi anak-anak yang merasainya mungkin terasa gittew. Bila terasa faham-faham jer lah...mesti "tacing" di sudut hati nan kecil si anak itu... Farah tak ada pengalaman begini juga untuk diri Farah sendiri, sebab Farah adalah anak tunggal...Jadi memang tidak pernah merasai "siblings rivalry" nih.... Tapi boleh bayangkan bagaimana rasanya tu... Hua hua hua...Sakitnya tuh di sini, di dalam hatiku...sakitnya tuh di sini, pas kerna hatiku... 

Sumber dari Google
Kalau boleh tak naklah sampai perkara ni berlaku kannn??? Iya mungkin tak kena pada batang hidung Farah buat masa sekarang ni dan mungkin tidak akan pernah di dalam pengalaman mengendali anak-anak yang lebih dari satu. Tetapi tidak salah sekiranya Farah membaca, jadikan panduan, jadikan ilmu pengetahuan dan juga berkongsi dengan anda semua tentang perkara ini. Menurut pembacaan Farah dari sumber di SINI

Riwayat:
Al-Bukhari dan Muslim

Kategori:
Akidah

Hadith:
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu. 

Huraian Hadith:

1. Anak-anak adalah amanah Allah SWT yang telah diserahkan kepada ibu bapa untuk dijaga dan dipelihara dengan membimbing mereka ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. 

2. Membeza-bezakan anak adalah faktor yang boleh merosakkan peribadi dan jiwa mereka kerana akan timbul perasaan hasad dengki hingga membuatkan mereka sering bergaduh dan hilang rasa kasih sayang sesama sendiri.

3. Sewajarnya ibu bapa menyamakan layanan antara anak-anak tanpa mengira lelaki atau perempuan, sempurna atau cacat, cantik atau tidak kerana semua perkara dari segi pakaian, makanan, pemberian, kasih-sayang dan sebagainya adalah hak mereka yang mesti dipenuhi dan diberi sama rata apatah lagi hubungan antara ibu bapa dan anak adalah hubungan yang bersifat kewajipan dan tanggungjawab.

4. Sesungguhnya ibu bapa yang berlaku adil akan diberikan ganjaran syurga di akhirat kelak sebagaimana yang tersebut dalam hadith Rasulullah SAW, maksudnya: Sesiapa yang mempunyai anak perempuan, kemudian tidak dihinakan dan tidak mengutamakan anak lelaki dari anak perempuan, nescaya dia dimasukkan Allah ke dalam syurga. (Abu Daud & Hakim) 

Farah percaya anda di luar sana dan anda yang Farah kenal adalah sebaik mungkin cuba memberikan perhatian serta kasih sayang yang saksama pada setiap anak-anak anda kan? Lebih-lebih lagi ibu bapa yang telah berpengalaman bertahun-tahun di dalam mengendalikan anak-anak... Mana ada ibu bapa yang tidak sayangkan setiap anak-anak mereka, setiap ibu bapa pasti sayangkan anak-anak mereka kerana haiwan pun tahu sayangkan anak-anak ok? Ibu bapa ni bila tiba bab anak sememangnya sanggup mengenepikan segala perkara yang lain-lain demi kesejahteraan anak-anak masing-masing... In Shaa Allah, mudah-mudahan kita semua tergolong di dalam golongan yang memberikan perhatian serta kasih sayang yang saksama lagi adil buat anak-anak kita semua. 

Akan tetapi sekiranya kita adalah salah seorang dari yang kurang memberikan perhatian kepada anak-anak kita atau memberikan perhatian secara tidak saksama, maka kita harus perbetulkan apa yang patut diperbetulkan. In Shaa Allah, kita mampu... :-) 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. insyaAllah kak..xkan jadi gtu..kita sebagai mak akan buat sehabis baik xnak bg anak2 rsa tersisih hehe

    ReplyDelete
  2. amin..semoga kita berlaku adil pada diri kita dan anak2 kita..

    ReplyDelete
  3. I will try my best..Thx for sharing.

    ReplyDelete
  4. kena cuba.

    berlaku adil dengan anak atau dengan sesiapa pun.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !