Kebebasan VS Kongkongan

Sumber dari Google
Ini apa yang Farah jumpa di laman web carian Google... Ada rupanya peraturan sebegini yang telah ditetapkan untuk anak-anak remaja. Cumanya di Malaysia tak jumpa lagilah peraturan sebegini yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, yang ada di Malaysia, di sesetengah tempat ada had umur untuk remaja-remaja yang ingin masuk ke sesuatu tempat. Itupun kadang-kadang dilanggar yer tak peraturan tu? Hurmm... 

Belum sampai ke peringkat itu lagi di dalam perjalanan keibubapaan atau sebagai seorang ibu, tetapi apa yang pasti ianya pasti akan ditempuhi juga satu hari nanti. Hakikatnya, Ash juga akan mengalami fasa peralihan usia ke arah remaja dan Farah juga akan berhadapan dengan situasi kehendak kebebasan anak remaja dan juga cara Farah berhadapan dengannya juga menguruskannya... Suka jugalah baca-baca artikel serta informasi yang berkaitan dengan perkara-perkara sebegini... 

Sebagaimana yang dikongsikan oleh artikel yang berkaitan dengan isu ini di SINI, persepsi ibu bapa terhadap kaedah mendidik anak berbeza-beza. Individu ni caranya begini, individu tu, caranya begitu. Ramai yang percaya didikan dalam bentuk kebebasan bertindak dan berfikir secara kreatif adalah sebaik-baik kaedah. Tetapi, ada yang kecundang akhirnya kerana kebebasan itu memakan diri sehingga anak-anak tidak boleh berdisiplin mengikut undang-undang. Contohnya, anak-anak disuruh memilih jalan yang disukai, solat ataupun tidak, menutup aurat atau tidak, mengaji Al-Quran atau tidak. suka hati sendiri kerana ibu bapa beranggapan bahawa agam adalah kesedaran hati bukan paksaan. Ini salah satu perkara yang Farah takut sangat-sangat... Walaupun tidaklah begitu arif atau dalam untuk berbicara tentang agama Islam tetapi In Shaa Allah, Farah akan cuba seimbangkan antara kebebasan atau hak memilih dengan apa yang sepatutnya dipatuhi di dalam ajaran Islam itu sendiri. 

Dikatakan pandangan sebegini sungguh ekstrem dan membahayakan anak. Seolah-olah membiarkan anak sendiri sesat di tengah hutan yang gelap tanpa bimbingan tangan dan suluhan cahaya untuk mencari jalan  keluar. Hanya ibu bapa yang bodoh sahaja akan membiarkan anaknya dibaham harimau atau tenggelam dalam lautan maksiat. Kepada mereka yang berfahaman bebas dalam mendidik anak, maka hendaklah berlaku adil. Anak-anak tumbuh sesuai dengan rangsangan persekitarannya, jika di sekelilingnya sumber maksiat terlalu kuat mengapa tidak disediakan juga sumber-sumber mata air keimanan? - Peringatan dan bertanya kepada diri sendiri juga nih.... 

Lawan dari kaedah kebebasan adalah kaedah otoriter, kuku besi, yang memenjara jiwa anak. Anak tidak mempunyai peluang dan kebebasan langsung untuk memilih, semua diatur dengan disiplin yang ketat bahkan dalam perkara-perkara yang menjadi keperluan jiwanya sama sekali diharamkan walaupun agama menghalalkannya.

Amat merbahaya jika menggunakan pendekatan terlalu mengongkong anak bahkan tidak segan-segan mendera emosi dan fizikal jika mereka melawan. Agama melarang perbuatan mengeksploitasi anak, memaksa kehendak kepada anak dan menafikan hak mereka untuk bergembira, bermain dan berhibur. 

Allah Taala berfirman tentang hak-hak anak yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar" ~ Surah al-Anfal ayat: 27-28)

Rasulullah SAW juga mengingatkan dengan sabdanya yang bermaksud: "Seseorang dianggap berdosa, apabila membiarkan (tidak mempedulikan) orang yang wajib diberikan nafkah." ~ (Hadis riwayat Imam Muslim).

Anak-anak sentiasa dieksploitasi oleh orang-orang dewasa di sekelilingnya, sehingga mereka dipaksa untuk cepat dewasa dan melupakan alam fantasi kanak-kanak. Di sekolah, guru-guru memberi tekanan untuk bersaing dalam prestasi akademik, bahkan di sesetengah sekolah langsung tidak ditekankan kegiatan ko-kurikulum yang bertujuan untuk membina sahsiah diri. Kerana terlalu ghairah dengan akademik, alam persekolahan menjadi kaku, keras dan menjemukan. Tiada rasa seronok dan teruja ketika melangkah ke gerbang sekolah.

Di rumah pula, ibu bapa terlalu menuntut segalanya mesti cemerlang, tuisyen sana sini, kelas tambahan dan pendedahan alam siber yang mempengaruhi anak menjadi anti sosial. Tak pandai bergaul atau bertukar idea dan kosong jiwa kepimpinannya. Waktu luang diisi dengan duduk bermain "game", tidak tahu isu semasa dan buta berita dunia. Di sekolah tidak aktif bermain sukan, di rumah pula memerap dalam bilik. Ibu bapa yang sibuk langsung tidak ambil tahu perkembangan psikologi anak-anak, yang remaja pula mula mencari teman sehari sejiwa kerana ibu bapa tidak boleh diajak berkongsi. 

Jika ditanya, sejauhmana anda mengenal anak sendiri, apakah jawapannya? Mungkin ramai yang ternganga kerana tidak menyedari bahawa anak-anak mereka cepat berubah. Gerak hati dan perkembangan otaknya jauh melampaui "instinct" kita. Hubungan kita dengan anak-anak bagai wayar tak bersambung, mereka dengan dunianya dan kita pula dengan dunia kita sendiri. Tak maulah macam tu kannnn???

Anak-anak memerlukan perhatian, mereka suka bercerita, kita pula malas nak melayan. Mereka suka bermain, kita pula tak ada masa, mereka suka dengan aktiviti lasak, kita pula takut cedera, mereka suka berfantasi kita pula pentingkan realiti. Mereka minat sukan, kita pula beralasan banyak kerja, mereka mahu kita menjadi pendengar, sedangkan telinga kita tidak sensitif lagi. Mereka mahu ditemani kita pula terpaksa membahagi perana di sana-sini. Sebagai ibu bapa kita wajib memenuhi hak anak, bukan hanya makan, minum dan wang ringgit tetapi keperluan jiwa mereka yang hauskan perhatian.

Mungkinkah para ibu bapa berani korbankan masanya 1 jam saja setiap malam sebelum tidur untuk mendengarkan luahan hati anak-anak tentang apa-apa saja yang dialaminya hari ini? Atau mengambil sedikit masa untuk memeluk mereka sebelum pergi ke sekolah, atau solat berjemaah bersama, kemudian mencium dahi mereka selepas solat? Atau meminta maaf jika anda tidak memenuhi janji dan memberi pujian walaupun mereka gagal? Bersediakah kita menjadi hakim yang adil dan berlembut jika terjadi perbalahan? Mampukah kita duduk menemani mereka mengerjakan tugas sekolah, membelikan penselnya yang selalu sahaja hilang atau patah? 

Oleh kerana ada ibu bapa kekok memeluk anak-anak mereka, malu mencium dahi dan meminta maaf jika bersalah. Terlalu keras hingga menghempas maruah anak sendiri dengan kata-kata keji, penghinaan dan makian yang melampau. Ramai ibu bapa yang menakut-nakutkan anak dengan gelaran ahli neraka jika mereka tidak mahu solat, mengapa tidak dipujuk dan diberi khabar gembira tentang syurga bagi yang beramal? Mengapa sesetengah ibu bapa menggertak dengan neraka, seksa dan azab Allah sehingga anak menganggap Tuhannya kejam dan tidak ada belas kasihan kepada hamba? Beritahulah mereka dengan keindahan syurga, balasan yang indah dari Allah bila kita berbuat baik, nescaya anak-anak akan tertarik hati untuk terus berbuat baik, nescaya anak-anak akan tertarik hati untuk terus berbuat baik dan mentaati ibu bapa.

Farah...Farah...Farah... heeee... (sebab nak ingatkan diri sendiri...) sebelum terlambat, ubahlah gaya didikan anda! Hargailah anak setinggi nilai syurga, sepertimana yang diperingatkan oleh artikel ini. Yang pastinya terlalu berlembut dan memberi kebebasan pun tak boleh, terlalu keras pun tak boleh... Kena pandai-pandai imbangkan... Semoga diri ini selalu beringat... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kebebasan VS Kongkongan , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, January 20, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY