Jurnal "Potty Training" Lagi!!!

Cuti hujung minggu yang panjang... Tidak ke mana-mana pun melainkan keluar sekadar yang dekat-dekat sahaja. Lagipun kalau nak keluar jalan sesak di sana sini, cuaca pun panas melahar ibarat lava gunung berapi. Walaupun kalau nak keluar tu boleh sahaja tetapi tidak mahu mengambil risiko. Sakit itu Allah SWT yang beri, tetapi jika ada langkah pencegahan, tak salah kiranya berusaha mahu mencegah kan? Tak jadi apa pun jika tak keluar berjalan sesekali. Ye tak? Ada kelapangan, cuaca mengizinkan, poket mengizinkan kita keluarlah... Jika tidak duduk sahaja di rumah diam-diam. Ekekeke... 

Bila duduk di rumah diam-diam ni mulalah otak ligat berfikir apakah yang boleh dimanfaatkan dengan sebaiknya. Owhhh, jom kita sambung dengan sesi "potty training" yang tidak berkesudahan tu. Muahahaha... Al-maklumlah, latihan tanpa paksaan katanya. Selama 3 hari berturut-turut ni nampaknya sedikit demi sedikit sudah mula membuahkan hasil yang positif. Walaupun latihannya cuma akan jadi konsisten sewaktu cuti hujung minggu yang kami terperap di rumah sahaja. Suka suka suka! Ha ha ha... Tiba-tiba jadi lebih bersemangat pula Mommy Ash ni... Siapa tak suka oiii, bila bakal dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan dari satu aspek. Bukan berkira dengan anak, tetapi ada kebaikannya di situ bagi kedua-dua pihak ibu dan juga anak. :-).


Pakaikan seluar dalam dan biarkan dia berlenggeng begitu untuk beberapa jam. Pada mulanya dia asyik terpegang-pegang, terpegang-pegang. Seperti biasa sewaktu memakaikan seluar dalam untuk dia sebelum ini. Rasa ringan dan lain sikit kot? Ha ha ha... Abahnya kata sebab dia rasa ngilu. Ok, bahagian ni Mommy tak bolehlah nak menang dengan Abah kan? Abah lebih memahami dan lebih mengetahui.


Dibiarkan untuk beberapa ketika untuk buat apa sahaja yang dia suka dan Alhamdulillah, kali ini mungkin Mommy bernasib baik kerana tidak perlu membasuh permaidani dan mengemop lantai. Sikit pun tidak terbeseh! Tidak terbarai! Jangkaan Mommy dia akan terbarai juga akhirnya... Rupa-rupanya sangkaan Mommy jauh meleset... Salah rupanya Mommy... Ash bertahan sehingga dia sendiri yang mengajak Mommy ke tandas untuk membuang air kecil... Alang-alang dah ke tandas tu, kita mandi sekali! Hari pun dah petang kan? 

Ini satu perkembangan baru... Tapi, Mommy masih belum yakin lagi untuk menceraikan lampin pakai buang daripada Ash sepenuhnya. Baru sekali! Kena pantau sekurang-kurangnya berkali-kali lagi... Ha ha ha... Bukan tak yakin atau tak ada keyakinan pada anak, maknya yang rasa tak yakin lagi walaupun sebenarnya perlu ada rasa yakin itu. Orang kata jangan terlalu suka sangat pada peringkat awal. Ngeee... Tak apa, sabar-sabar, bila sudah tiba masanya, In Shaa Allah, Ash akan bebas lampin pakai buang sepenuhnya. Buat masa sekarang ni, teruskan latihan menceraikan lampin pakai buang yang dijadualkan secara berperingkat tu... Konsisten jer dengan rutin... Ni pun dah mula menampakkan hasil ni... :-). 

*Masih menimbal-nimbal sama ada nak teruskan dengan niat untuk mendapatkan "waterproof matress" ataupun tidak... Tapi rasanya macam yer... :-)... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Jurnal "Potty Training" Lagi!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, January 26, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. OK juga tu Farah.
    Memang betul tak boleh paksa
    Pelan-pelan kalau rajin lama-lama akan jadi biasa.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY