Jangan Mengata Anak Orang...

Farah Waheda Wahid
7

Ini bukan sebab nak jadi "good good" atau nak tunjuk "good good" macam tu. Akan tetapi ini sesuatu yang terlintas di dalam kotak pemikiran sewaktu mata masih lagi belum mahu terpejam. Haihhh... Malam-malam macam nilah tiba-tiba macam-macam perkara mencurah-curah di dalam kotak pemikiran. Tak reti nak tidur apa? Ha ha ha... Biasa... Ada masa-masa Farah memang macam ni... Cuba untuk tidur tapi mata seakan tidak mengantuk pula dan memang rasa segar bugar jer... Dan tak semena-mena terlintas pula tentang perihal kata mengata anak-anak orang yang seakan satu perkara yang sinonim di kalangan masyarakat kita... 

Bila mulut dah terbiasa cakap lepas, bila jari dah terbiasa menaip atau "touch screen" secara bebas... Katanya kebebasan bersuara dan hak bersuara gittew... Memang akan jadi keadaan atau situasi kadang kala terlepas sesuatu yang tidak sepatutnya diungkapkan... Nak ditegur nanti akan ada sahaja jawapannya, nak disangkal nanti akan ada sahaja alasannya yang tersendiri... Yang terbaik? Yang terbaik adalah perhatikan sahaja dan jadikan pengajaran dari apa yang dilihat serta dibaca dan didengari... Tak perlu nak membalas atau tak perlu nak bersuara pun... Buat menghabihkan boreh yo... 

Kadang-kadang hairan, tetapi tak ada perkara yang perlu dihairankan pun... Bila sesetengah manusia suka sangat memperhatikan, memperkatakan ataupun mengambil peluang untuk menyindir anak-anak orang lain. Apa yang kita nampak, apa yang kita tahu, apa yang kita lihat, tidak bolehkah sekiranya kita perhatikan sahaja dan kemudiannya sekiranya ada yang baik kita jadikan contoh, jika ada yang buruknya kita jadikan tauladan serta panduan buat diri kita di dalam mendidik anak-anak kita sendiri. 

Kenapa sukar untuk tanamkan di dalam hati... Jika anak lelaki seseorang itu begitu begini, kita doakan supaya anak lelaki seseorang itu akan berubah kepada keadaan yang lebih baik dan semoga anak kita sendiri jangan sampai begitu? Jika anak perempuan sesorang begitu begini, kita doakan anak perempuan seseorang itu akan berubah kepada keadaan yang lebih baik dan semoga anak kita sendiri jangan sampai begitu? Ada sesetengah keadaan yang lebih buruk lagi, mula-mulanya mengata sedikit kemudiannya menjadi melarat-larat sampai melampau-lampau sampai menjadi buah mulut sekeliling. Dari kecil telah diperbesar-besarkan sehingga seakan ianya dosa yang amat besar anak orang tu dah lakukan. Sehingga sindiran-sindiran yang keluar memang mampu mempengaruhi orang yang anak seseorang itu memang buruk perangainya. "Some people are just used to it as it blends with their blood"... 

Seronok sangat mengata anak orang lain, seronok sangat menyindir anak orang lain. Geleng kepala jer lah sambil tersenyum memperhatikan gelagat orang sebegini. Dia begini bukan nak kata diri "good good" atau baik sangat ok? Kakak tau kakak bukanlah orang yang baik mana pun, (tak nak mengaku baik sebab yang nampak baik atau buruk adalah Allah SWT...) ... Kenapa nak kena kata tentang anak orang dalam pengucapan kita tak kira di mana-mana sama ada mulut ataupun media sosial? Kenapa nak kena sindir atau perlu menyindir keadaan anak orang lain di mana-mana sama ada di mulut atau di media sosial? Kenapa perlu? Tanya diri sendiri kembali... Adakah kita yang memelihara anak orang itu? Adalah kita yang menanggung anak orang itu? Haaa... Kan kakak dah membebel panjang lebar dah... 

Jika anak orang tu ada kekurangan sikap atau sifatnya, itu adalah bahagian anak itu serta ibu bapanya... Jika anak orang itu berkelakuan tidak sepatutnya ataupun melakukan sesuatu yang tidak patut, itu adalah bahagiannya serta ibu bapanya... Kita yang lihat ni bukannya tidak boleh bersuara, boleh... Siapa kata tak boleh? Boleh ketika kita mendidik anak-anak kita sendiri supaya tidak sampai begitu sekali. Boleh ketika kita ingin mengingatkan anak kita sendiri... Apa yang kita lihat, apa yang kita baca kita jadikan sebagai satu medium untuk mendidik serta memperbaiki anak-anak kita sendiri tanpa kita sebenarnya perlu mengata atau menyindir serta menyampaikan dari satu orang ke orang yang lain atas sebab? Nak bercerita? Nak sindir anak orang? 

"It is just so typical"... Iya... Jujur bagi Farah ianya adalah sangat tipikal... Kadang-kala perkara yang tidak relevan pun boleh dijadikan bahan kata-kata dan bahan sindiran... Dan dalam masa yang sama nak orang tahu... Lihatlah dunia, aku tahu bagaimana cara aku nak mendidik anak aku... Bila dah jadi terlebih-lebih begitu, bila disangkal bila ditempelak... Katanya itu adalah kebebasan bersuara... Kenapa nak dengki? Kenapa nak halang? 

Sesekali cuba ingatkan diri kita, jika kita kata anak lelaki orang, kita juga mungkin mempunyai anak lelaki. Jika kita mengata anak perempuan orang, kita juga mungkin mempunyai anak perempuan. Orang-orang yang terdahulu selalu berpesan, jangan lebih-lebih kata anak orang, nanti kalau terkena pada anak sendiri, diri sendiri yang akan merasa malu. Kalaupun tidak kena pada anak-anak kita, mungkin akan terkena kembali kepada anak-anak saudara kita atau adik beradik kita sendiri. 

Itu sebabnya jangan mengata anak orang, anak kita tidak tahu lagi macam mana nanti... Dan sekali lagi, bukannya nak kata diri ini baik yang amat... Belum pernah lagi terlintas nak mengata anak orang walau apa jua keadaan... Cumanya perhati, "absorb", jadikan contoh apa yang dilihat, rangka perancangan untuk didik anak sendiri dan latih anak sendiri supaya kalau bolehnya tidak menjadi seperti apa yang dilihat atau dibaca... Kita ni bukan siapa-siapa pun nak mengata atau menyindir anak orang tak kiralah se"outspoken" mana pun diri kita ni kannn??? Ada mata kita lihat, ada mata kita baca, ada telinga kita dengar... Dalam hati doakan yang baik-baik ajer walau buruk mana pun keadaan... :-) ... Kita kan manusia yang tak lari dari khilaf, tapi bila manusia itu yang tak lari dari khilaf, janganlah pula kita sengaja nak duduk atas khilaf itu kannn??? ;-) 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. tahu xpe... mmg x berani nak mengata sb kita pn ada anak.. xnak anak dpt akibat drp perbuatan kita .. huhu

    ReplyDelete
  2. Betul...biasanya apa yang dikata itu balik pada diri sendiri...mungkin itu cara Allah mengingatkan...

    ReplyDelete
  3. Mmg pun farah. Jgn dok sebuk kata anak org sbb anak sendiri pun x tau macam mana. Doa doa la anak kita jd anak yg baik baik. Anak anak skrg ssh nak jaga. Mencabar betul

    ReplyDelete
  4. senang cita jaga dulu hal sendiri kan kak..:)

    ReplyDelete
  5. selain dri jgn mngata ank org, jgn juga bandingkan anak sendri dgn anak org. betul x

    ReplyDelete
  6. begitu lah juga saya...jangan kan nak mengata anak orang..nak mengata orang pun sama jugak...

    ReplyDelete
  7. betul tu....kalau kita sibuk jaga anak kita memang tidak sempat nak jaga anak orang.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !