Home » , , , , , , , , , , » "It's Okay To Have Victoria's Secret Model On TV But A NO To Public Breasfeeding Mom???"

"It's Okay To Have Victoria's Secret Model On TV But A NO To Public Breasfeeding Mom???"

Sumber dari Google
"The most recent hoo haa kind of thingy that's happening on the social media at the moment"... Isu tentang penyusuan ibu yang digembar-gemburkan dan diceritakan di sana sini serta boleh dikatakan juga agak diperbesar-besarkan. Isu tentang menyusukan anak secara terang-terangan dan terbuka. Errr... "not exactly what it is, it is something" macam isu tentang seorang ibu yang menyusukan anak beliau kemudiannya mengambil gambar yang dikategorikan sebagai "selfie" dan memuatnaik ke laman sosial. Macam tu kan ceritanya...Ahaksss...semenjak dua menjak sibuk semedang ni, memang tak dan nak fokus seratus peratus ataupun baca betul-betul pun... Tapi lebih kurang gittew lah intipatinya kannn??? Farah cuma sempat kerling-kerling jer... Jadi apa yang serap apa yang terlintas depan mata, itulah yang Farah hadam buat seketika ini...Maaf jika salah tafsiran atau salah fakta yer? 

Sumber dari Google
Menyusukan anak di tempat awam atau di khalayak ramai tu satu isu yang lain... Menyusukan anak sambil "selfie" dan kemudian memuatnaik gambar tersebut di laman sosial tu pula perkara yang lain. "I am not a breastfeeding mom", tapi walaubagaimanapun Farah hormat dan kagum dengan ibu-ibu yang menyusukan anak secara eksklusif ni. Tentang isu menyusukan anak di tempat awam atau di khalayak ramai ni bukanlah satu perkara baru kot? Sejak dari zaman-zaman Farah kecil dulu lagi Farah dah lihat depan mata kepala sendiri kawan-kawan Nek Ma Ash atau sedara mara menyusukan anak-anak mereka di tempat awam atau di khalayak ramai. Haaa, tu lagilah, dulu mana ada jenis yang "wrap-wrap or known as nursing cover" tu nak tutup kawasan tu? Sekali selak, hamik ko... Tak kira dah depan tu siapa...Ahakss... Itu duluuu... Yang ada depan mata semua buat-buat tak nampak ajer dahlah yer? Tapi ada juga keadaan di mana, bila kawan-kawan Nek Ma Ash ni ataupun sedara mara minta izin nak tumpang bilik bila nak menyusukan anak. 

Zaman dah berubah, keperluan semasa pun berubah. Memang ramai ibu-ibu yang menyusukan anak secara eksklusif di khalayak ramai atau umum apabila ada sesi "outing" ataupun datang bertandang ke rumah sahabat handai serta saudara mara. Dan disebabkan zaman dah berubah tu, evolusi pun tercipta... Kini untuk menyusukan anak di khalayak ramai atau umum tanpa mengira tempat... Nahhh... Banyak jer "nursing cover" untuk melindungi bahagian itu... 

Sumber dari Google
"There you go!"... Makanya nak susukan anak di mana sahaja pun tu tak menjadi isu lah kannn??? Asalkan tahu bagaimana nak mengaturcarakannya... Manusiaaa, manalah mulut tu berhenti nak bercakap dan manalah pernah ada yang seratus peratus dengan aura positif sahaja... Tak banyak sedikit pasti ada aura negatifnya... Hurmmm... Nak cakap lebih-lebih, awak sendiri pun tak pernah melalui fasa itu dan tak ada pengalaman...Pengalaman seketika jer... Cumanya apa yang boleh Farah kongsikan melalui sedikit pembacaan di SINI (baik rujuk dari menjadi ibarat ketam mengajar anak berjalan yer tak? hu hu hu)... 

Tips Penyusuan Ibu Di Tempat Awam

Yakin Anda Sedang Membantu Anak Anda
Jangan sesekali berasa ragu-ragu untuk menyusukan di khalayak ramai. "Set"kan fikiran anda bahawa anda sebenarnya sedang membantu anak anda yang sedang lapar. Kasihan jika anda menolak permintaan bayi anda pada waktu itu, bukan?

Fokus Kepada Bayi Anda Sahaja
Abaikan pemikiran negatif orang lain kepada anda. Apa yang anda harus lakukan cumalah fokus kepada bayi anda dan rasakan keindahan menyusukan anak anda. Perasaan malu dan tertekan akan hanya memberi kesan kepada kelancaran pengaliran susu dan menjadikan anda kurang memberi perhatian kepada bayi anda. Walaubagaimanapun, jagalah aurat anda sewaktu menyusukan. Tu pun isunya kan??? Jadi kenalah pandai-pandai "cover". 

Pilih Lokasi Sesuai
Kalau anda beranda di tempat awam yang terlalu ramai orang, bukanlah kata tak boleh nak menyusukan anak akan tetapi kalau dah terlalu sesak dan ramai sangat orang pun, anak pun boleh jadi rimas. Berpindahlah ke tempat yang lebih sesuai. Cari tempat yang tidak terlalu ramai untuk melakukan penyusuan. Ketika penyusuan, bayi inginkan suasana tenang. Tempat yang bising dan ramai orang tidak sesuai untuk menyusukan bayi anda. Surau awam, tempat menukar lampin juga sesuai untuk anda menyusukan bayi anda. Bagi sesetengah tempat, bilik menyusu juga turut disediakan. Manfaatkan ia sebaiknya. Dalam kereta juga adalah salah satu pilihan lokasi menyusu. 

Pakaian Menyusu
Jika anda mempunyai pakaian menyusu, pakailah pakaian tersebut untuk keluar ke tempat awam. Jika tidak, bawalah sebarang tuala kecil atau sarungkan pakaian penyusuan seperti poncho atau kain pendakap ketika menyusukan bayi. Menurut penulis pula, bagi diri beliau sebagai seorang muslimah, memakai tudung yang lebih labuh ketika menyusu di tempat awam juga amat sesuai sebagai pelindung terbaik daripada pandangan orang awam terhadap anda. 

Adakan "Dinding"
Jika tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuan, suami atau pihak ketiga boleh menjadi "dinding" kepada anda sewaktu menyusukan. Jika tiada sesiapa yang dapat membantu anda boleh gunakan barang-barang lain seperti beg tangan, atau tuala kecil atau selendan sebagai "dinding" anda. 

Jangan Banyak Bercakap
Apabila anda berbual dengan orang lain semasa menyusukan, anda sebenarnya mengganggu ketenangan anak anda yang sedang menyusu. Bahkan jika suara anda cukup jelas didengar, ia akan menarik perhatian orang awam untuk melihat kepada anda. Jadi, diam sahaja lebih baik semasa menyusukan bayi anda... 

Tidak Keluar Ketika Bayi Lapar
Jika bayi anda sudah mula makan makanan pejal, bolehlah dibawa bekal biskut bayi supaya dapat diselang selikan dengan menyusu badan. Kadang kala bayi terlalu lapar akan meminta susu lebih kerap. Jadi masih ada masa untuk anda bertahan beberapa ketika dengan memberikan biskut bayi tersebut sebelum bayi meminta disusukan lagi. Sebaik-baiknya sebelum turun dari kereta untuk aktiviti anda di tempat awam, pastikan anda telah menyusukan bayi anda sekerap dan selama mungkin. Ini untuk memastikan bayi dapat bertahan dari lapar lebih lama.

Meletakkan Kereta Berhampiran
Jika anda dapat meletakkan kenderaan hampir dengan tempat anda beraktiviti, pastinya lebih mudah untuk anda menyusukan bayi anda dengan hanya masuk ke dalam kereta untuk lebih privasi. 

Pandangan peribadi Farah? Tak ada salah langsung punnn nak menyusukan anak di tempat awam oiii... Tak perlu diperbesarkan isu ni. Selagi mana, ibu-ibu tersebut boleh melakukannya dengan cara yang terbaik untuk melindungi pandangan manusia kepada mereka dan tidak kelihatan "indecent"... Udah-udahlah lettew... Tak perlu nak diperbesar-besarkan lagi... Macam perbualan Farah dengan seorang kawan yang Farah baru jer jumpa hari ni di pejabat beliau... "It's okay to have Victoria's Secret Model on TV but a NO to public breastfeeding mom... Question mark???"... Sangat kannn??? Hanya semata, model-model bikini tu figura tubuhnya cantik dan mantap maka orang boleh cuci mata? (yang mana suka lah kannn?) tetapi apabila melihat ibu-ibu melakukan penyusuan di tempat umum walaupun ber"nursing cover" nampak macam salah sangat??? "Come on...straighten up your mind people"... Kalau dia memang saja dedahkan tu lainlah cerita kannn???

Yang lagi satu isu tu, tentang susukan anak lepas tu "selfie" sewaktu sedang menyusu sehingga menampakkan apa-apa yang tak patut... Walaupun sudah cuba dilindungi dengan sebaik mungkin... Uhukss... Kakak cakap bukan kakak dengki atau nak cari pasal yer... Tapi "this is fact, whatever we post on the social media, it will be seen, be talked about, be judged"... Sama ada kita suka atau kita tak suka... Hu hu hu... Yang "post" tu jangan melenting bila orang buka mulut atau jejari menari di papan kekunci... sepatutnya boleh fikir dulu apa kesan dan akibat..."Well you know"... masyarakat ni nampak seperti "open" segalanya, tetapi tak semua "open" bila sampai satu-satu bahagian tu... Yang terlebih prihatin akan komen, yang terlebih-lebih prihatin lagi akan "viral"kan... Yang serba salah cuma akan tersenyum sendiri dan lihat apa seterusnya... Nak tegur tak berani pun ada yer tak? Takut nanti melantun kena pada diri sendiri balik... Hurmmm... Yang tak ambil "port" atau kisah...cuma sekadar akan baca dan biarkan ia berlalu bersama masa dan mungkin akan selitkan peringatan buat diri sendiri supaya tidak melakukan perbuatan yang sama atau yang terdekat melakukan perkara yang sama. 

Tentang isu yang hangat diperkatakan ni memang menarik perhatian ramai pihak terutamanya ibu-ibu yang menyusukan anak melalui penyusuan susu ibu secara eksklusif. Ada yang begitu pendapatnya, ada yang begini pendapatnya... Pelbagai pendapat serta pandangan... Cumanya, janganlah dikeruhkan lagi keadaan yang sedia ada... Tentang "selfie" atau gambar menyusu tu, Farah jujur katakan Farah tak nak campur! Ha ha ha...Itu keputusan peribadi seorang yang bergelar ibu... Mungkin dia nak tunjukkan betapa bahagianya dia sebagai ibu yang mampu menyusukan anak secara eksklusif dan menyatakan kepada umum begitulah caranya dia dan anaknya melalui masa-masa "bonding time" macam tu... Dalam hati dia kita tak tahu... Mungkin dia tersilap, tetapi mungkin apa yang berlaku ini juga menjadi pengajaran buat dirinya dan juga ibu-ibu lain di luar sana termasuk diri Farah... Mungkin niatnya lain tetapi jadi lain... Siapa tau kan? 

Apa-apa pun, hak individu yang bergelar ibu dan menyusukan anak... Walaupun hak individu, pandai-pandailah jaga supaya tak berlaku lagi hoo haa sebegini...Ada sesetengah orang keterbukaan minda mereka tentang perkara sebegini adalah satu perkara yang kecil serta tidak perlu dikecohkan... Ada sesetengah orang keterbukaan minda mereka tentang perkara sebegini adalah satu perkara yang besar... Yang perlu diambil serius... Bargantung... Cuma bab hukum-hakam, aurat tu semua yang sudah digariskan serta tertulis... Memang kita tak boleh nak ubahlah kannn??? Sebab tu kata kena pandai-pandai... Hu hu hu... 

*Nak cakap lebih-lebih pun tak berani, tapi rasanya dah lebih sangat dah bercakap dalam entri ni nih! Ya ampunnn, kalau ada salah dan silap, tak terniat pun nak mengecilkan atau mengguriskan hati sesiapa... Tetapi itulah yang Farah fikirkan...itulah juga pandangan Farah... Yang boleh Farah ulang lagi...Jagalah jaga...Pandai-pandai jaga... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "It's Okay To Have Victoria's Secret Model On TV But A NO To Public Breasfeeding Mom???", diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, January 12, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

10 comments:

  1. Nak susukan anak memang perlu. Tapi rasanya sampai nak muat naik dalam laman sosial rasa macam tak berapa 'cerdik' pula kan.

    ReplyDelete
  2. setuju dengan komen farah...
    Nak BF kat tempat awam memang xde sape peduli..
    Itu satu keperluan tapi seeloknya biarlah tempat terlindung..
    Maruah dan aurat perlu dijaga..
    Yang gatal pi buh selfie sambil BF tu dah kenapa..
    Ish.. macam-macam sekarang nie..

    ReplyDelete
  3. Saya setuju ... Akak memang BF anak2 akak ... BF kat public tak salah, tapi pandai2 lah jaga aurat ... Tu sebab dalam Islam suh melabuhkan tudung, kan senang nak BF ... Tapi tulah tak perlu selfie kot ... Isu selfie nie pun satu ... Orang kita nie suka bash orang ikut keadaan ... Sama lah macam kes rokok@vape ... Tajuk tu pun akak setuju, banyak terbonjol-bojol terang-terangan nampak tu senyap jer kan ... Macam manja kaseh n beauty kaseh tu ... Sama gak ngan orang yang jual produk kecantikan nak montok, nak ketat upload jer ntah hape2 gambar kat FB tu ... Opppsss panjang plak ... Sedap kan bash orang lain tapi kalau kena kat diri senyap sunyi ...

    Maaf andai terlanjur kata ...

    ReplyDelete
  4. serius ena xtahu apa yg sedang berlaku..ada org selfi sambil bf ke

    ReplyDelete
  5. Hi farah... tu laa kan.. isu ni makin melampau2 dan semakin bertambah salah fahamnya... pada awalnya si ibu upload gambar selfie sedang menyusukan anak. dan ini telah dijadikan 'bahan' oleh satu page ni untuk mengajak follower dia mengutuk beramai2 si ibu tadi. bagi ayu tak salah nak tegur tapi biar kena dengan cara. nak salahkan siibu pun susah jgak sebab dia telah dibahan so mesti melenting. isu ini telah menjadi semakin terbelit kerana geng breastfeed rasa dikecam kerana ada pihak yang kurang senang apabila mereka menyusu di public. dan semakin menjadi2 siap ada flashmob lagi. padahal isu awalnya ialah isu selfie atau breastfie..:) bukan menyusu di public.

    rasanya nak menyusu kat public tu tak salah pun... bukan benda baru dan bukan kita berbogel pun dan tak pernah lagi dihalau kerana hal tersebut. cuma masing2 dah melatah akibat keterlanjuran orang yang menegur gambar selfie tersebut. makin parah masing2 guna ustaz/ustazah untuk tunjuk sape betul. dan lagi parah, yang tukang olah atau tukang nasihat pun tak kaji balik apa asal usul isu ni timbul. yang sulit makin terbelit...

    psstt; sorry terpanjang pulak commentnya hehe... tapi apa pun, kalau terjumpa lagi gambar selfie tersebut, sila la tegur cara yang sopan. takde siapa kat dunia ni suka dimalukan sebegitu rupa.

    ReplyDelete
  6. Yang penting sekarang ni..selfie..

    menyusu tu jatuh no 2..erks!

    ReplyDelete
  7. isu nye tak malu ke..tak segan ke..sb tu la mcm2 cara nak selindung supaya ada privacy..sblm ni melalak2 xde nursing room..bila dah ada, boleh pulak post kt fb.. [-(

    ReplyDelete
  8. Bagi saya saja je nak besarkan isu.. Lain kali kena lebih berhati-hati.. Zaman sekarang ni bukan lalat je tapi langau banyak sangat.. Salah orang nampak, tapi salah sendiri... Hmm..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY