"Development | Identifying Geometric Shapes"...

Farah Waheda Wahid
1
Sumber dari Google
Setiap hari fikiran ni tak pernah berhenti memikirkan apakah aktiviti yang bersesuaian? apakah aktiviti yang boleh menarik perhatian serta minat Ash? Apakah cara untuk membuatkan Ash berminat di dalam sesi pembelajaran secara santai dia? Alhamdulillah, dengan sumber-sumber rujukan semasa seperti pencarian maklumat di Google, perkongsian dengan rakan-rakan... Setakat ini, belum pernah putus lagi aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan bersama-sama agar kedua-dua pihak iaitu Mommy dan juga Ash sama-sama mendapat manfaat daripadanya. 

Farah tidak terlalu menekan Ash untuk harus tahu, harus pandai, harus bijak mengenal serta mengingati segala perkara yang Farah dedahkan pada dia. Akan tetapi Farah terus mendedahkan serta terus melatih Ash secara santai. Pendedahan itu penting dan cara pendidikan awal itu juga penting. Mungkin ibu bapa lain di luar sana caranya lain, cara Farah pula begini. Di dalam mendidik anak-anak ni, semua ibu bapa adalah unik di dalam cara mereka menyalurkan pendedahan itu kepada anak-anak mengikut kemampuan seseorang anak itu. 

Apa yang Farah dedahkan bergantung kepada "syllabus" yang Farah dah gariskan buat Ash... Contohnya, seawal usia kelahiran, membiasakan Ash mendengar bacaan suci ayat-ayat Al-Quran dan ianya berulang sehingga sekarang serta ditambah pula dengan aktiviti mengenal huruf hijaiyah, mengenal ABC, mengenal angka dan seterusnya ke peringkat mengenal bentuk-bentuk geometri yang ada. Farah tidak lakukan secara sekaligus akan tetapi Farah lakukannya secara perlahan-lahan serta secara berperingkat-peringkat kerana tidak mahu terlalu membebani pemikiran Ash di saat usia dia belum lagi bersedia untuk ke sekolah. "Soon to be! Ash will become a pre-schooler soon!"...Dari "toddler" gelaran bakal berubah kepada "pre-schooler". Jadi sebagai ibu yang mahukan yang terbaik buat anaknya, Farah mencuba sedaya yang boleh untuk mendedahkan Ash kepada apa yang dia patut tahu. Iyalah, kata-kata juga ada mengatakan bahawasanya didikan yang sebenarnya bukan bermula dari sekolah, tetapi dari rumah dari ibu bapa itu sendiri. Bila dah bergelar ibu bapa, ini adalah antara perkara yang boleh dilakukan untuk anak-anak serta ini adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh anak-anak. 

Bagi aktiviti serta pendedahan Ash kepada bentuk-bentuk geometri, Farah ada melakukan beberapa aktiviti bersama Ash supaya dia tidak mudah bosan dan tidak mudah jelak serta tidak fokus. Farah cuba lakukan sebaik mungkin untuk menarik fokus dan juga minat dia... Antara yang pernah Farah lakukan selama ini dengan cuba untuk menggunakan pendekatan sensori adalah:

1. Sepertimana yang dapat anda lihat di dalam gambar yang Farah pinjam daripada Google di atas, dengan menggunakan doh permainan untuk membentuk bentuk-bentuk geometri yang ada. Kemudian, Farah akan pegang tangan Ash serta cuba bentukkan mengikut bentuk-bentuk yang telah Farah lakukan dengan terlebih awal. 

2. "Shape sorter"... 

Sumber dari Google
Ini yang paling umum kot? Hampir setiap kanak-kanak yang lahir, akan mempunyai "shape sorter" sebegini. Ini paling mudah juga. Untuk aktiviti ini, Farah telah perkenalkan kepada Ash seawal usia dia 6 bulan lagi. 

3. "Wooden Shape Puzzle"

Sumber dari Google
Ini juga sangat membantu. Farah lihat dan biarkan Ash cuba memasukkan kesemua bentuk geometri ke dalam lubang-lubang yang sepatutnya dan lihat bagaimana kreativiti dia menyusun kesemua bentuk geometri yang ada. Sama dari susunan bentuk, susunan warna. 

4. Menggunakan Aplikasi di Gajet
Farah tidak akan mengatakan Farah tidak memberikan Ash pendedahan kepada gajet. "Common" kanak-kanak sekarang di usia yang kecil didedahkan dengan gajet. Akan tetapi, baik buruknya bergantung kepada bagaimana ibu bapa memantau serta mengawal penggunaan gajet. Penggunaan gajet Ash memang mempunyai waktu-waktu yang tertentu serta tempoh waktu yang tertentu. Bukanlah senantiasa dengan gajet. Permainan atau aplikasi di gajet juga banyak membantu. Ash sukakan sesuatu yang interaktif, jadi ia lebih menarik perhatian dia dan nampaknya seperti lebih mudah serap...Hu hu hu... 

Alhamdulillah, dengan aktiviti berulang-ulang dan cuba dipelbagaikan mengikut kesesuaian umur, nampaknya kini ia telah mula menunjukkan perkembangan yang positif yang Farah rasa Farah boleh tersenyum dan bersyukur dengan perkembangan ini. Inilah hasilnya dan diharapkan supaya terus berkembang dengan positif... 


Ini cara Farah dan mungkin ia bukanlah cara yang terbaik bagi ibu bapa lain di luar sana. Mungkin anda juga ada cara yang lebih kreatif atau lebih efektif yang boleh dikongsikan bersama-sama??? ;-)

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !