Home » , , , , , , , » Cara "Lembut" Pujuk Anak Anda Ke Sekolah...

Cara "Lembut" Pujuk Anak Anda Ke Sekolah...

Sumber dari Google
Dah hampir sebulan hari-hari di tahun 2016 berlalu. Sesi persekolahan bagi tahun 2016 pun dah hampir sebulan. Bagi anak-anak yang baru sahaja memulakan alam persekolahan tidak kira sama ada tadika ataupun tahun pertama di Sekolah Rendah, rasanya kini sudah semakin dapat membiasakan diri dengan persekitaran persekolahan, guru-guru dan juga rakan-rakan. Akan tetapi tidak mustahil masih ada lagi anak-anak yang memberikan ibu bapa masa-masa sukar seperti gambar yang dipinjam dari Google di atas. He he he... Pastinya pening kepala dibuatnya dan kehabisan akal dibuatnya untuk memujuk anak supaya tidak terus menerus menangis di waktu pagi ketika menghantar mereka ke sekolah. 

Biasalah, bab nak pujuk anak pergi sekolah bukan senang. Ecewahhh, berkata-kata ibarat macam dah berpengalaman pula...Walhal tidak langsung...Bha ha ha... Tapi boleh agak dan boleh tahu lah kot dan tengah mengkaji perangai anak sendiri yang berkemungkinan besar begitu juga. Tambah pula anak yang sulung kannn??? dan kali pertama kena tinggal (masuk tadika, pra sekolah atau darjah satu), selalunya mak-maka ada di sisi tetapi tetiba nak minta apa-apa orang yang dia percaya tak ada pula depan mata. Denggg!!! Haruslah semangat dan emosi tak stabil. Hakikatnya, tak boleh nak manjakan sangat, ibu bapa kena usahakan anak-anak minat masuk sekolah. 

Bak kata artikel di SINI, apa kata anda cuba pujuk anak-anak anda dengan beberapa langkah ini... ("note to self" juga ni, kutip ilmu awal-awal...ekekekeke):

1. Seelok-eloknya sebelum sekolah bermula, anak sudah didedahkan dengan cerita mengenai sekolah baru supaya emosinya lebih bersedia. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sekolah, seperti ada ramai kawan, guru yang baik, ada taman permainan dan sebagainya. 

2. Ibu dan bapa kena cekal hati apabila menghantar dan meninggalkan anak buat pertama kali kerana emosi anda banyak mempengaruhi anak. 

3. Elakkan daripada menunggu anak dalam kelas terlalu lama. Perkara ini akan menyukarkan proses penyesuaian. Tinggalkan saja anak sebaik menghantarnya ke tadika walaupun dia menangis. Ko sanggup? Ha ha ha, tanya pada diri sendiri... Macam tak sanggup jer??? Usah bimbang kerana biasanya anak akan diam selepas ibu atau bapa pulang. Ye ker? Huwaaa, macam tak percaya jer Ash akan begitu... Apabila ditinggalkan, In Shaa Allah dia akan mula bergaul dengan kawan lain. Uhuksss... "speaker" anak teruna kakak tu dah lah besar dan kuat... Risau pula hati... Rasanya kalau kakaklah ni kannn...memang tak balik... tapi duduk jauh-jauh jer sampai dia tak nampak...Mudah kalau apa-apa hal nanti...

4. Tolonglah jangan ambil lambat setiap kali anak pulang dari tadika atau sekolah terutamanya pada minggu pertama. Biasanya kanak-kanak akan berasa takut apabila melihat kawan sudah pulang. Memang yer punnn...Masih ingat perasaan itu sewaktu kecil dahulu...Bha ha ha... Kawan-kawan semua dah balik, tinggal awak jer... Huwaaa...Takut tinggal sorang-sorang kat sekolah...

5. Haaaa...ini memang kena buat awal-awal. Pastikan ada hadiah untuk dia rasa seronok. Tak perlu mahal, janji ganjaran itu adalah salah satu semangat dia nak ke sekolah dan akan dapat tiap kali pulang. Jangan beli mainan pulak! Hantar anak ke tadika secara konsisten, elak daripada ponteng.

6. Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya aktiviti, siapa kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahannya.

7. Banyak berdoa untuk kesejahteraan anak. Selalu membaca surah as-Syura ayat 19 dan Ali Imran, ayat 200 untuk melembutkan hati anak dan supaya mereka senang belajar. Lebih bagus amalkan zikir "Ya Hayyu, Ya Quyuum dan Ya Latif".

8. Ada anak yang tak suka pakaian sekolahnya sebab warna atau kain. Alahaiii, anak kakak berpotensi nih... Mungkin juga tengok pakaian yang sama dipakai anak lain. Haaa...masa ini anda kena lebih pujuk dan selalu puji. Biar dia rasa dirinya sangat CANTIK! KACAK! 

Dah buat semua-semua yang patut, kalau anak masih terus meragam, bersabar dan memujuk mereka dengan banyak berbual, bermain dan bercerita. Ini boleh meredakan banyak masalah emosi anak. Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mengambil masa yang berbeza untuk menyesuaikan diri. Jangan risau sangat, dah biasa nanti anak sendiri semangat nak pergi sekolah. Bagi anak masa dulu, ya! ;-) 

*Terbayang pula hari pertama Ash bersekolah tadika nanti...Ahakss...Mommy.... Galok sungguh nak suruh anak sekolah cepat-cepat... Sabar-sabar waktu itu dan pengalaman itu pasti akan tiba juga akhirnya...In Shaa Allah... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cara "Lembut" Pujuk Anak Anda Ke Sekolah... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, January 26, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. Main main cikgu dan murid di rumah ke kan.. :)

    ReplyDelete
  2. satu lagi.. to me la kak, kalau diorang balik dari sekolah, tanya apa jadi kat sekolah, seronok ke idok.. pastu cikgu ajar apa.. ada yang tak tahu ke.. dulu mama slalu buat gitu..hehe

    ReplyDelete
  3. memang mencabar kalau nak hantar anak ke sekolah

    ReplyDelete
  4. Bila baca artikel ni tak sabar tunggu tahun depan Qi 5 tahun masuk tadika....yeyyyy

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..ilmu bguna hari ini ;-)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY