Sesekali di hujung minggu, jika ada waktu terluang, nak juga memanjakan diri sendiri kan? Kesian diri dan badan oiii, asyik bekerja jer ibarat mesin tapi tak dibelai. Dia pun nak juga rasa bermakna yer tak? Kata nak pakai lama badan ni? Anak pun masih kecil lagi, jadi buatlah apa-apa yang patut yer tak? 

Kebetulan hari tu A ada hadiahkan "mask" arang, selalu buat "mask" sendiri jer gunakan putih telur. Tak pun gunakan "mask" dari jenama St.Ives jer. Kali ni kita ubahlah sikit kan? Beralih angin katanya. Setakat ni memang belum pernah pakai "masak" dari arang depan mata Ash ni. Inilah kali pertama! Ha ha ha, kerut-kerut muka dia hairan. Agaknya dalam hati... "Apa ajerlah Mommy ni buat?"...

Mula-mula sewaktu pakai tu dia ok... tapi... bila dah siap pakai tu... "His reaction was like... "MEEE... NO...MEEE" ...yang benarnya dia rasa tak selesa dan takut! Ha ha ha... Jawabnya? Bertapa dalam bilik air lah Mommy dia seketika disebabkan dah pakai dan tak nak membazir. Alaa sekejap jer pun! Bukannya lama... sementara itu dia dijaga di luar oleh Nek Ma dia. 

Bila dah keluar dari bilik air, baru dia tersenyum. Hik hik hik... takut rupanya... :-P. 

*"Mask" arang ni bila dah pakai, bersih jer rasa muka. Ahaks banyak kali duk rasa dan rasa tekstil muka... ala Ash kenalah biasa-biasakan diri yer? Sebab selagi tak habis sebotol, Ash tetap kena tengok :-P... Taklah... pakai dan duduk dalam bilik air! Takkan nak takutkan anak pula yer tak? Agagagaga... 

7 comments Blogger 7 Facebook

  1. Alololo sian Ash, ingat mommy bertukar jadi someone else bila pakai mask arang tu hehehe.

    ReplyDelete
  2. wahh.. ada ea mask arang jenis serbuk tu..nice!

    ReplyDelete
  3. hahaha.. mesti nmpk lain kan muka mommynya.. ce share sikit mommy muka mummoy hehe..

    ReplyDelete
  4. Huhu..Terkejut Ash tgk mummy die "hitam" tetibe..haha

    ReplyDelete
  5. Nasiblah ash tak minta disapukan ke muka dia juga mummy...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

 
Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger © 2013. All Rights Reserved.Edit by Jiakreatifelt. Powered by Blogger
Top