BBQ Grill-On-Site By Chef Teddy

Farah Waheda Wahid
6

"Group dinner" untuk bulan Januari 2016. Kisah malam semalam dan sedikit perkongsian tentang perkhidmatan katering berkonsepkan "food truck" dan juga "grill-on-site" oleh Chef Teddy yang merupakan seorang chef yang berpengalaman di beberapa buah negara termasuk Malaysia. Pada asalnya sewaktu Farah mula-mula masuk ke laman web Chef Teddy, Farah tak jangkakan beliau adalah seorang Melayu dan Islam. Ha ha ha... Matilah chef gelak ni kalau dia berkesempatan membaca! Iya... 


Cuba hang tengok bebetui? Ke mata Farah jer yang nampak macam chef bukan melayu ni? :-P... Ya ampun chef!!! Sampailah ke saat waktu Farah mula-mula telefon chef untuk berurusan dengan chef dan bila chef angkat jer telefon terus dia bagi salam. Assalamualaikum... Reaksi spontan Farah... Walaikumsalam... Laaaa chef Melayu ke? "I" ingat bukan Melayu. Hu hu hu... Maap ler... Sebab nama tu unik! Chef Teddy... Dan jujur Farah kata chef tak nampak macam Melayu pun... 

Berurusan dengan Chef Teddy memang mudah dan berbincang dengan chef juga mudah. Apa orang kata "very the straight forward" dan tak banyak "hassle". Chef mampu "cater" apa yang pelanggan mahukan, mengikut kehendak pelanggan dan sentiasa cuba memenuhi apa sahaja kriteria yang anda tetapkan padanya. Professional! Dan semalam adalah percubaan pertama perkhidmatan katering dari pihak Chef Teddy. 

Untuk apa makan-makan semalam? Sajaaa... Kami memang suka makan-makan dan ianya juga ada percubaan makanan dari Chef Teddy untuk acara yang seterusnya nanti di bulan Februari 2016. Ternyata seperti apa yang dipaparkan di laman web rasminya seperti itu jugalah segala jenis makanan yang dihidangkan kepada kami. Serupa dalam gambar! Bukan indah khabar dari rupa! Rasa? Memang cukup serba serbi dan "mervellous" baq hang. 


Saat krew chef mula membakar satay lagi hidung ni menusuk-nusuk bau dan tak boleh tahan ooo!!! Apatah lagi bila lihat makanan- makanan yang telah siap dihidangkan. 


Nasi Arab yang Farah lawankan dengan Ikan Pari Bakar! Allahu Ikan Pari Bakar yang ini memang lain dari yang lain. Ikannya sememangnya segar dah tu sos dia tuh... Lain! Tak serupa dengan apa yang Farah rasa di tempat-tempat lain. 


Apa lagi yang menarik? Jom kita main skrol gambar jer dulu... 








Satu pun tak "miss" semua Farah dok rasa! Terasa macam rugi pula kalau tak rasa sana sikit sini sikit sebab masakan chef sememangnya lazat! Bukan setakat sedap lagi dah tapi lazat! Alhamdulillah... Rezeki Farah buat semalam. Rezeki kan dalam pelbagai bentuk dan cara? Inilah salah satunya... Sambil-sambil makan tu teringat juga anak di rumah! Sudah makan kah dia? Alaaa... Biasalah tu sindrom mak-mak kannn??? Kalau tak sungguh Farah tak kata gini dengan rela hati ok? Dari Lamb Chop ke Tandoori ke German Sausage ke Chicken Wings ke Salad sampailah ke Baked Potatoes... Perghhh memang betul-betul "superb". Tak sia-sia dan tak rugi syarikat bayar Chef Teddy oiii... Semua puas hati semua makan banyak semua balik dengan senyuman. Ihiksss... 

Yang rasa nak ulang lagi??? 


Gelato!!! Memang bekasnya adalah jenama aiskrim Lecka Lecka yang agak terkenal itu. Akan tetapi ketahuilah anda bahawasanya Chef Teddy adalah salah seorang yang terlibat untuk kerja-kerja "R&D" bagi Lecka Lecka. :-). Lupa pula nak cakap. Chef adalah merupakan seorang "food consultant" juga untuk beberapa syarikat. Nak rasa perisa "Cookies"... Tapi bukan rezeki sebab awal-awal ramai yang dok sambar yang itu. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya atau berkata... Tentu terangkat harganya... Hurmmm... Untuk pengetahuan harga yang ditawarkan untuk perkhidmatan katering sebegini oleh Chef Teddy memang sangat berpatutan dan berbaloi. Makanan yang dihidangkan pun bukanlah bajet-bajet cukup. Malahan terlebih. Bayangkan kami tempah untuk sesi makan malam untuk 40 orang tetapi yang hadir adalah 50++ malahan berlebih lagi. Semua orang puas makan semua orang kekenyangan. Tak ada istilah, meh aku cedokkan dan catu nasi ko, meh aku ambilkan sekeping atau sehiris daging kambing untuk ko, cukuplah tu orang lain nak merasa juga. Tak ada! Selagi ada makanan atas meja bufet tu selagi tulah ko makan dengan sepuas hati dan mengikut kehendak ko! Burppp... 

Sampaikan Farah maklumkan pada chef... Nanti kalau nak buat aqiqah Ash, bila ada rezeki "you" beri "I" servis katering boleh? Dushhhh!!! Sedebuk ingatan tentang aqiqah Ash menjelma di ingatan. Anak dah umur 2 tahun dah oiii... Dah 2 tahun sebulan dah pun... Hajat serta niat nak lakukan kenduri aqiqah masih lagi tak terlunas dan tak kesampaian. Sabar yer Ash... In Shaa Allah, ada rezeki nanti bila Mommy dah kumpul duit atau ada rezeki terpijak, kita buat yer? Kesian Ash... Maaf Mommy belum mampu buat masa sekarang... :-( sedih dan pilu sekejap hati ini... Hua hua hua... 

Tutup cerita tu aqiqah tu! Bukan tu pun topiknya... Nak cerita pasal Chef Teddy jer sebenarnya... Tersimpang pula cerita... Ahaksss... 

Konsep menarik, hidangan segar, berkualiti dan juga sememang lazat dan sihat... Percubaan yang tidak sia-sia dan "bullseye"... Kalau yang membaca entri ni tiba-tiba terasa macam nak mencuba menggunakan perkhidmatan katering Chef Teddy... 


Nahhh!!! Boleh jer hubungi Chef Teddy sepertimana yang terpapar di dalam gambar di atas. Siap dengan laman web rasmi Chef Teddy sekali. Manalah tau, kot-kot nak cuci mata dan bertanya-tanya kannn??? Chef Teddy tawarkan khidmat katering pada individu dan juga korporat. 

Sebelum balik semalam, chef sempat jer suruh bawa balik makanan untuk Ash. Alhamdulillah, terima kasih "daddy" angkat Ash... Ha ha ha, tetiba "daddy" angkat kannn??? Macam mana chef kenal Ash? Kan gambar Ash ada di mana-mana... Di pejabat, di media sosial, dari situlah... :-). Balik-balik jer... Ash pula makan dengan berselera walaupun pada dasarnya dia satu hari tak mau makan kecuali makan "mashed potato" yang sempat Farah buat di waktu pagi hari. Boleh pula dia selera sangat kannn? Tak apa, syukurlah dia nak makan yer tak? 

*15,16 & 17 Januari 2016... Chef Teddy sibuk di Glenmarie Golf & Country Club untuk European Tour 2016... Siapa-siapa yang rasa nak tengok kebenaran kata-kata Farah tentang perkhidmatan katering Chef Teddy ni bolehlah datang jengah ke sana dan lihat dengan mata kepala anda sendiri apa yang Farah ceritakan ni kannn? ;-). 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !