Banyak Perkara Kena Redha & Pasrah...

Farah Waheda Wahid
4

Amboiii, tajuk macam sedih jerrr... Tapi ceritanya sebenarnya tidaklah sesedih mana pun... Atau segempak mana pun... "Eye catching" jer lebih... "Eye catching" ke? Ahakss... Yang benarnya nak bercerita tentang kenyataan dan realiti bila bergelar ibu dan bapa nih... 

Al-kisahnya, konon-kononnya, seorang Mommy ni nak beralih kepada pewangi kereta yang jenis klip beginilah... Selama ni klip juga tetapi yang botol kaca tu... Cuma kali ni nak cuba yang lebih "compact" katanya... Konon-kononnya nak mewangikan lagi kereta... Ha ha ha... Makanya bila dah ternampak benda alah ni ada tersimpan di dapur di rumah... (mesti Atuk Ash punya nih...)... makanya, bertanyalah kalau-kalau Atuk Ash nak pakai kan? Dia kata, kalau nak pakai ambillah... 

Wokehhh!!! Seronok!!! Makanya dengan hati yang girang dan riang ria, kliplah di kereta. Sehari dua hari, ok jer... Masuk hari ketiga, bila Iman Ash naik kereta, dia minta benda tu... Bising mulut dia..."I want...I want"... Aduh duh duh duh...Ini kalau bagi kat dia...Alamatnya, perkara yang boleh berlaku sama ada rosak ataupun pewangi dalam tu tumpah... "Well, it's very obvious" kannn??? "You could predict it to happen anyways..."... Ha ha ha...

Selagi tak bagi, selagi itulah dia akan bising...Iya...percayalah, selagi tak bagi selagi itulah dia akan bersambung-sambung minta dan minta... Nak tak nak, kedekut tak kedekut, rela tak rela... Bagilah juga... Bila dah dapat kat tangan...Hurmm... Kemek-kemek tu satu hal...Ha ha ha...Habis tangan berlumur dengan pewangi kereta dan bau tu semerbak pada jari jemari dia...Hasilnya...Seperti yang kelihatan di dalam gambar di atas... Gittew... 

Ia bukanlah satu perkara yang perlu diperbesarkan pun, akan tetapi...apa yang boleh kita lihat dari sini...apa yang boleh kita simpulkan maksud tersuratnya adalah... bila dah ada anak ni, ada sesetengah perkara tu sebelum ni memang kita tak boleh nak berkompromi, tetapi lain keadaannya bila dah ada anak... banyak perkara yang kena redha dan pasrah... Hi hi hi, dalam erti kata lain, banyak perkara yang kita nak kena mengalah...

Contohnya macam kisah pewangi kereta ni lah, kita tak nak beri kerana takut anak rosakkan dan kita mengalami kerugian...Tapi selagi tidak memudaratkan selagi keselamatan mereka terjaga... Tidak salah untuk kita turutkan... Hu hu hu... Kadang-kala perkara-perkara kecil yang boleh dipertimbangkan, kita kena banyak mengalah dan beri pada anak yang baru sahaja mengenal dunia... Bukan memanjakan bukan mengiyakan, akan tetapi jika ia boleh membantu mereka senyap! ha ha ha...boleh membantu perkembangan mereka...Rasanya tidak salah dan tidak rugi untuk mengalah sedikit demi anak... 

Uhukss...bukanlah bermaksud bila anak minta belikan mereka kereta dan kita tidak mampu untuk menyediakan kita wajib sediakan juga... Itu mungkin perkara yang boleh dibawa berbincang...Ha ha ha... Kalau payah-payah sangat...Pakai jer kereta ibu bapa...Gittew... Tapi percayalah, anak jika mahukan sesuatu mereka pasti ada alasan mereka yang tersendiri...Pokok pangkalnya terpulang kepada penilaian kita serta pertimbangan kita sebagai ibu bapa... ;-)

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !