Home » , , , , , » Apa Yang Perlu Dipantau Jika Anak Sudah Mula Mandi Sendiri???

Apa Yang Perlu Dipantau Jika Anak Sudah Mula Mandi Sendiri???

Sumber dari Google
Sampai satu masa, sampai satu ketika, anak-anak perlu belajar untuk mandi sendiri. Sampai bila kita sebagai ibu atau bapa perlu mandikan mereka yer tak? Bukannya nak lepaskan tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk menjaga anak dengan baik, tetapi bila tiba saat dan ketikanya, anak-anak perlu dilepaskan untuk berdikari dan belajar melakukan kebanyakan perkara sendiri. Sebab? Kita tak selalu ada untuk dia di situ... Dan bila sudah besar, dia perlu melakukan sendiri untuk diri sendiri. 

Sejauh mana kita percaya dengan tahap kebersihan anak-anak apabila mereka mula mandi sendiri? Adakah kita bulat-bulat serahkan kepada mereka sepenuhnya? Penjagaan kebersihan anak-anak perlu diambil berat oleh ibu bapa. Bakteria berbahaya perlu dihapuskan demi memastikan anak bersih dan selamat. Bagi anak yang masih dimandikan ibu bapa, kebersihan lebih terjamin kerana ibu bapa dapat memantau cara si kecil mandi. Namun bagi anak yang mandi sendiri, ibu bapa perlu selalu berpesan supaya anak mandi dengan bersih. 

Perkongsian dari artikel yang diterbitkan di SINI

Basuh Tangan Dengan Sabun
  • Nasihatkan anak untuk membasuh tangan selepas menggunakan bilik air atau selepas memegang sesuatu yang agak kotor. 
  • Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan bilas dengan air paip supaya bersih.
Mandi Dengan Betul
  • Anak kecil patut mandi setiap hari untuk membersihkan tubuh daripada sebarang kotoran. Kebiasaannya perlu dimandikan setiap pagi dan seelok-eloknya mandi sekali lagi pada waktu petang untuk membuatkannya tidur lena. 
  • Gunakan produk mandian rumusan khas untuk anak kecil kerana kulit anak kecil amat berbeza dengan kulit orang dewasa. 
  • Pastikan anda lap tubuh anak kecil dengan betul dengan menggunakan tuala serap air untuk elak pembiakan bakteria. Air mudah tertinggal di bahagian pelipat tubuh seperti di bawah leher, di belakang telinga, di celah kelangkang dan belakang lutut. 
Bersihkan Kemaluan
  • Bersihkan kemaluan bayi anda dengan betul kerana organ itu mudah tercemar dengan kotoran. Kalau anak dah boleh faham arahan, beritahu kepadanya supaya bersihkan kawasan itu dengan betul semasa mandi atau selepas membuang air kecil atau besar.
  • Terangkan kepadanya bahawa kemaluan perlu dibersihkan supaya bebas kuman. Jangan sentuh kemaluan dan kemudian menyentuh bahagian tubuh lain.
Elak Kaki Kotor
  • Bahagian kaki selalu dilupakan dan dianggap tidak penting untuk dibersihkan. Kaki yang mudah berpeluh juga mudah tercemar dengan bakteria. 
  • Kanak-kanak yang gemar berkaki ayam kala bermain di luar rumah perlu dinasihatkan supaya membasuh kaki supaya tidak dijangkiti. 
  • Masa terbaik membasuh kaki anak kecil ialah selepas bermain di luar rumah. Nasihatkan anak kecil supaya membasuh kaki setiap kali hendak masuk tidur. Jangan lupa lap kering kaki selepas dibasuh terutama di bahagian celah-celah jari kaki.
Pembersihan Rambut
  • Ada di kalangan ibu bapa suka anak perempuan mereka berambut panjang dengan alasan comel melihatnya apabila rambut ditocang. Kalau macam tu, perlulah lebih peka terhadap kebersihan rambut anak kecil.
  • Kulit kepala ada kelenjar peluh dan juga sel-sel kulit mati. Kulit kepala juga mempunyai kelenjar minyak yang menghasilkan minyak untuk menjaga rambut anak kelihatan licin. Jika tidak dibasuh, kelenjar minyak, sel-sel mati dan kelenjar peluh dari kulit kepala anak anda dan mula berbau.
  • Memastikan anak kecil mencuci rambut. Gunakan syampu rumusan khas kanak-kanak. Ajar anak ambil jumlah syampu yang sepatutnya digunakan mengikut panjang rambut yang dimiliki. Jangan membazirkan syampu. Ha ha ha...Ini hari ni beli sebotol, esok habis dah... Boleh bankrap gittew kannn???
  • Basuh rambut bilas dan lap kering supaya rambut kekal sihat. 
Walaupun sudah mula mandi sendiri tetap perlu pantau supaya mencapai objektif dan sebab musabab mandi itu yer tak? Kalau tak? Alamatnya memang kena kita mandikan sekali lagi lah kot? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Apa Yang Perlu Dipantau Jika Anak Sudah Mula Mandi Sendiri??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, January 6, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. Huhu..Qaisara smp skrg pun kena monitor & remind...Kalo lama sgt dlm bilik air..mmg dibuatnya bilik air mcm taman bunga..main siram2 botol syampu & shower..siram sink & siram diri sendiri jgk...huhu

    ReplyDelete
  2. Ash dah belajar belajar nak mandi sendiri ke mummy..bawa duck,,ball masuk dalam bilik air..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY