Sumber dari Google
Farah adalah salah seorang dari kanak-kanak sewaktu zaman kanak-kanak dulu yang suka sangat duduk di dalam posisi "W-Sitting"!!! Yup!!! Masih jelas terbayang di ingatan yang Farah sangat gemarkan posisi duduk sebegini. Selesa...Ha ha ha, tapi kalau nak suruh duduk macam ni sekarang masih mampu lagi cumanya rasa ketidakselesaan sikit. Lagipun semakin lama, semakin besar kena tegur dengan Nek Ma Ash...Tak sopan katanya duduk macam ni oiii... Awak tu anak dara...katanya terkangkang-kangkang duduk... Silap-silap haribulan kena cubit ketam... Pedih oooo!!! 

Sebenarnya memang ramai pun di kalangan anak-anak kecil atau anak-anak kita yang duduk di dalam posisi yang dikenali sebagai "W-Sitting" ni. Ash sendiri pun ada sekali dua mata Farah terlihat dia duduk di dalam posisi ini, tetapi tidaklah selama mana pun... Sekejap-sekejap jer... Rupa-rupanya bahaya jika dibiarkan anak-anak kita ni semua ni, terbiasa duduk di dalam posisi sebegini. 

Menurut pembacaan yang sempat Farah lakukan seketika sewaktu "take-5" sebentar tadi melalui artikel di SINI, duduk di dalam posisi "W-Sitting" adalah sesuatu yang dianggap biasa pada anak yang berusia 2 tahun ke bawah. Tapi sekiranya cara duduk begitu menjadi kebiasaan dan berterusan sehingga usia lebih 2 tahun ia sebenarnya boleh memberi kesan kepada perkembangan pergerakan anak.

Kenapa Cara Duduk W Bahaya Kepada Anak?
Cara duduk ini akan menambah tekanan di bawah tubuh anak sehingga boleh menjejaskan perkembangan kekuatan otot (bahagian otot perut) dan beberapa kemahiran motor kasar seperti melompat dan juga berlari. 

Sumber dari Google
Bila anak duduk di dalam keadaan ini mereka akan jadi selesa yang mana otot bahagian atas tubuh mereka tidak banyak berfungsi. Sebaliknya mereka menggunakan bahagian bawah tubuh sebagai sokongan dan bergantung kepada struktur sendi dan bukan bahagian otot semasa bermain dalam kedudukan ini.

Ia juga mengetatkan otot kaki, pinggul dan buku lali anak sehingga boleh mengundang masalah "hip dislocation" yakni masalah kedudukan sendi pinggul. Antara kesannya adalah menjejaskan cara anak berjalan dan juga menyebabkan anak kerap hilang keseimbangan.

Kekerapan anak duduk dalam bentuk W ini juga boleh memberi masalah untuk mereka duduk di kerusi tanpa menggunakan tangan sebagai sokongan. Jadi sekiranya nampak anak kerap duduk dalam keadaan ini, minta dia mengubah kedudukan. Sama ada duduk dalam keadaan bersila atau duduk di atas kerusi yang mana lebih baik untuk pembentukan tubuh mereka. 

Perhati-perhatikan dan jangan biasakan anak duduk dalam posisi "W-Sitting" - "NOTED!"

7 comments Blogger 7 Facebook

  1. kita pun biasa duduk macam ni. tapi alhamdulillah. so far tak ada pula masalah2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe adik zaza yg umur 20 pun still suka duduk mcm tu..tpi kat rumah la. tmpat lain pdai cover!

      Delete
  2. anak sedara teman selalu gak teman nampak dok macam ni.. kena ingatkan ni..

    ReplyDelete
  3. sama la kita.. sampai sekarang still duduk macam tu lg..haha dh terbiasa pulak

    ReplyDelete
  4. Biasanya budak baru belajar memang suka duduk macam tu.. Bagi budak normal tiada masalah.. Cuma kita latih kaki dia bengkokkan dan duduk antara dua sujud.. Kan dah hampir tuh...

    ReplyDelete
  5. baru thu hari ni.. pernah jgk nmpk tp x pernah kisahkan pun.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

 
Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger © 2013. All Rights Reserved.Edit by Jiakreatifelt. Powered by Blogger
Top