A Adalah A, B Adalah B...

Farah Waheda Wahid
2


Perangai! Ha ha ha... Prinsip yang dicipta dan difahami sendiri oleh Ash buat waktu ini. A itu adalah A, B itu adalah B... A tak mungkin bertukar kepada B, B tak mungkin bertukar kepada C. Apa tu??? Kehendak yang dituntut untuk dipenuhi. Yang mana kompromi Mommy diuji dengan jayanya. Ash yang keras ke? Atau Mommy yang keras? Siapa tahan? Ha ha ha... Agak-agak? 

Entah apa istimewanya TESCO di mata Ash? Farah pun tak faham! Ahaksss, agaknya sebab sewaktu dalam hari lagi sewaktu usia baru seminggu dan masih merah lagi dah dibawa ke TESCO, sebab tu kot? Kadang-kadang dia bukan nak apa sangat punnn... Dia cuma nak ambil angin, ronda-ronda dalam tu jer! Ambil bau pun jadilah... Yang Mommy-nya pula, kalau poket tak berapa nak tebal memang malas nak jejak atau masuk ke TESCO tu... Muahahahaha... 

Pagi semalam, sewaktu keluar membeli sarapan dan membeli stok barangan basah di kawasan perumahan... Memang akan lalu kawasan TESCO... Iyalah TESCO tu sejengkal cuma jer dari kawasan perumahan tu. Memang tak jauh pun. Saat berlalu di tepi TESCO, leher memang panjang dah dan mata memang tak lari pandangan dari TESCO. Akan tetapi? Saat Farah berlalu pergi terus tanpa membelok ke arah TESCO? Ada air mata yang mengalir dan tangisan yang kuat kedengaran di dalam kereta serta tersedu-sedu akibat terlalu sedih dan kecewa kerana tak belok ke arah TESCO. Pujuk... Berikan botol susu dan dia hisap... Hilang tangisan seketika... 

Pada hemat Farah dah ok lah tu... Mungkin dah terubat hati dia tu... Selesai segala urusan. Selesai apa yang perlu dilakukan. Bergegas balik ke rumah dan masing-masing perlu bersiap serta dipersiapkan untuk aktiviti seterusnya. Dah selesai keluar semula, dia masih melihat bangunan TESCO yang tersergam itu tapi senyap! Tak bunyi hek tak bunyi hok... Sekadar memerhati. Kami tuju le destinasi kami. 

Kemudiannya balik di waktu petang. Lalu sekali lagi! Pandangan mata masih kepada TESCO. Tak singgah lagi. Tak ada keperluan kan? Buat apa nak singgah. Tiba-tiba dia "tantrum". Segalanya tak kena... Sesampai di rumah, mandikan dia supaya badan dia segar. Tidurkan kerana mungkin "tantrum" kerana badan keletihan. Ingatkan dah lupa? Bila bangun jer dari tidur... Semua tak nak, semua tak kena, semua serba salah. 

Ho ho ho... Pujuk itu tak nak pujuk ini tak nak. Asyik ingatkan diri sendiri jer supaya bersabar dengan kerenah dan ragam Ash. Supaya jangan terlepas apa yang tidak patut. Apa yang tidak patut? Maksudnya meninggikan suara. Tetapi tetap tegas dengan pendirian. Ecewahhh... Konon-konon berkeras lerrr... Sampai makan pun tak mau ko... Tiba-tiba Nek Ma berbunyi... "Ash nak pergi CO tak?" Bingo! Hajat hampir dipenuhi tu... Laju jer dia bangun ke rak kasut dan ambil "sandal" dia... Okkkk... 

Dalam keterpaksaan... Ha ha ha... Akhirnya terpaksa mengalah dalam ketidakrelaan. Bila Nek Ma dah masuk tangan, kalah pendirian Mommy yang nak bertegas. Pilihan apa yang Mommy ada? Ambil kunci kereta, tunggu Atuk siap bersalin pakaian dan nahhh bergerak ke TESCO... Bukan dia nak membeli apa pun... Sekadar minta biskut wafer MUZIC jer! RM 1.99... Mommy pun kannn??? Kemalasan nak singgah menjadi punca "tantrum" yang tidak berkesudahan... 

Tu baru 2 tahun 1 bulan tu... Hua hua hua... "Demand" dah gittew... Memanglah kena latih dari sekarang kan? Yang lain-lain... "When no means no" dia boleh pula... Bila tiba part TESCO ni macam tiba-tiba jadi tak boleh. Dah puas hati dia, dah dapat kehendak hati dia... Baru muka ada sinyum lah... Baru suasana aman damai seperti sediakala... Ribut taufan segala hilang "uolsss"... Ha ha ha... 

*Nampaknya dah mula kena letak syarat kalau dia nak ke TESCO supaya dia faham tak semua kehendak dia boleh dipenuhi... Abah pun senyum sambil menggeleng kepala jer bila lihat keadaan Ash... "No means no, yes means yes"... Nampak sangat "so the Mommy"... Ahaksss padan muka sendiri... Anak mengikut perangai emaknya... Mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. You did good Farah tapi bole linient skit sebab kecik lagi Ash tu. Atuk biasa geng dengan cucu :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !