1 Untuk Ash, 1 Untuk Mommy...


"Quick update!", sekadar pemecah entri di hari ini... :-)...Kerja bertimbun-timban, tetapi sempat juga seketika "take 5" sebelum mula fokus dan sibuk dengan kerja-kerja yang ada yang dah tersusun menunggu giliran untuk diselesaikan. 1 untuk Ash, 1 untuk Mommy... Sejak lahirnya dia, segalanya dibahagi dua... Ha ha ha...Jika dulu, semuanya Mommy yang punya dan tiada sesiapa pun yang boleh mengganggu, kini segalanya (ye ker segalanya? taklah juga...tetapi kebanyakan daripada benda) harus dikongsi berdua. La la la la... 

Owhhh, itu tak adalah termasuk pakaian ataupun benda-benda lain yang tak logik dikongsi... Apa yang kami kongsi berdua? Jika keluar, kami bawa bekal makanan dan air... Mommy tak kongsi susu dengan Ash...Ha ha ha...Cumanya, Mommy dan Ash akan berkongsi makanan yang dibawa dan juga bekalan air kosong yang dibawa. Jimattt.... Jika makan di luar pun... kami berkongsi sepinggan...Beri Ash makan dulu dan kemudiannya yang Ash tak habis tu, Mommy yang habiskan...Wakakakaka... Sepinggan dikongsi berdua...Kami kan sahabat baik sepanjang hayat... Ash dan Mommy, Mommy dan Ash... Gittew... Tak baik makan sisa anak? Lantaklah orang nak kata apa pun... Tak baik membazir, zaman-zaman ekonomi tidak stabil dan tidak ketentuan ni... Kita beri anak makan sepuas-puasnya barulah kita isi perut kita dulu... Anak tu penting bagi dia merasa semua, yang kita ni dah berpuluh-puluh tahun berpeluang merasa nikmat itu... Mereka baru nak kenal dunia... 

Lain-lain hal? "Powerbank"...Jika dulu, 2-2 "powerbank" yang ada adalah hak mutlak Mommy...Tapi kini tidak lagi... 1 untuk Ash, 1 untuk Mommy...Sorang satu ok? Ash nak guna "powerbank" buat apa? Caj tablet dia lah...Uhukss... Kalau kehabisan bateri, itu boleh menimbulkan ribut taufa bila mana angin kus kus dia sampai...Payah nak pujuk oooo... Jadi apa-apa hal, Mommy harus bersiap sedia... Tidaklah bergantung senantiasa dengan tablet, ada keadaan bila mana tablet diperlukan untuk menyelamatkan keadaan...Ihikss...Contohnya, ketika Mommy sedang memandu ke? Ataupun Mommy sudah mula tidak terkawal dengan ragam Ash ketika di kedai makan ke? Tengoklah, bergantung kepada keadaan...Hua hua hua... 

"I guess" perkara-perkara inilah sebenarnya mengeratkan lagi hubungan di antara ibu dan anak... Yang ada dikukuhkan, yang kukuh dikukuhkan lagi, yer tak? Hu hu hu... Secara langsung ataupun tak langsung...Jika dulu sebelum adanya dia, Mommy tak perlu berkongsi beberapa perkara atau benda, akan tetapi kini sudah ada "sparring partner" untuk berkongsi...Phewww... Itu tak masuk lagi dia cuba "interframe" nak pakai minyak wangi Mommy yang mana terang-terang untuk wangian untuk wanita kannn??? Apalah dia tahu di usia begini...Yang dilihat, Mommy sembur minyak wangi, dia pun nak juga...Jalan penyelesaian...tak boleh sembur minyak wangi Mommy, nanti bau perempuan Ash...Ha ha ha...Kita sembur minyak wangi Disney yang Mommy belikan khas buat Ash... 

Rasa pelik ke bila terpaksa berkongsi dengan anak? Takkk...Seronok dan gembira... Ada warna di dalam hidup dan ianya merupakan "moment" ataupun saat yang indah di dalam kehidupan sebenarnya...Alhamdulillah... 

*Ok..."I'll be back soon and got to go for now..." Daaa.... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel 1 Untuk Ash, 1 Untuk Mommy... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, January 27, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. nasib baik awfiyah tak berapa minat sangat dengan tablet..dia cepat bosan..sudahnya,tablet ummi dia sekadar perhiasan..

    ReplyDelete
  2. powerbank pineng memang bestt hehe

    ReplyDelete
  3. hehehe.. terbaik mommy ash. zaza berkongsi dgn suami buat masa ni hahahaha.. :d

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY