Tips Mendidik Anak Dara Ke Dapur...

Farah Waheda Wahid
6
Sumber dari Google
Untunglahhh ada anak dara yer tak? Hik hik hik...Kurang-kurang ada juga yang boleh jadi tukang teman duduk di dapur dan kurang-kurang ada juga pewaris yang akan menyambung tugasan ibu-ibu di dapur. Takkan selamanya ibu-ibu sampai bongkok pun nak memasak di dapur yer tak? #ehhh tapi ibu-ibu memang akan macam mana pun memasak di dapur walaupun dah menjadi nenek sekalipun...Contohnya Nek Ma Ash...sesekali tetap akan masuk ke dapur...Selagi terdaya selagi itu akan masuk ke dapur dan memasak...Dan selagi terdaya, selagi mampu, selagi itu anak-anak tetap nak merasa air tangan si ibu... Masakan ibu kan adalah yang terbaik? Tak jumpa kat mana-mana kedai punnn...walaupun orang kata ada restoran yang masakannya serupa dengan ibu di rumah...Takkan sama! He he he... 

Anak lelaki pun perlu dididik ke dapur juga, bukan setakat anak-anak perempuan jer... Sekurang-kurangnya untuk "survival" kannn??? Lagipun sekarang ni memang dah ramai lelaki yang lebih pandai masak dari perempuan...Hua hua hua...Chef jer melambak lelaki "uolsss"...Tu Dr. Fazley tu? "Awesome marvellous" masakannya... Jadi malulah orang perempuan kan kalau tak reti masak...Sebab tu kena didik anak-anak perempuan kita memasak walaubagaimanapun... Nanti jadi macam Alya dalam cerita Hello Mr. Perfect tu, sampai goreng telur dadar pun jadi telur hancur...Uhukss... Orang perempuan belajar tinggi mana pun, kerja tinggi mana pun, memasak tetap kena tahu walaupun sekadar masakan yang asas sahaja... 

Bukan senang nak didik anak perempuan yer tak? (*Tak senang juga nak didik anak lelaki supaya menjadi lelaki bukannya jantan... ). Sebagai ibu, pernahkan anak dara anda membantu anda di dapur? Jika mereka liat membantu, entri ini yang dipetik dari SINI mungkin boleh membantu anda yang mempunyai anak-anak dara di luar sana... Ngeee... 

Jangan salahkan pendidikan tinggi mahupun kemudahan yang sedia ada jika anak dara anda malas membantu anda di dapur. Hakikatnya, semua bermula dengan didikan sempurna sejak mereka kecil lagi. Tapi bagaimana caranya mahu mendidik anak kecil ringan tulang, pandai memasak dan rajin ke dapur? 

Sebagai ibu, usah menganggap "kedatangan" anak-anak ke dapur sebagai gangguan. Ada sesetengah ibu melarang anak-anak berada di dapur dengan alasan dapur akan menjadi kotor dan melambatkan tugas anda. 

Hakikatnya, jika anak-anak dibiasakan berada di dapur, sambil melihat anda memasak sedikit sebanyak ilmu memasak akan diturunkan kepada mereka. Biar anak melihat dan membantu anda di dapur.

Bermula dengan menyuruh anak-anak membantu membasuh pinggan kemudian mengajar anak-anak perkara asas seperti mengupas bawang, memotong sayur, membuang kepala ikan bilis, memukul telur dan mengenali bahan-bahan perasa sudah cukup memadai.

Jika anda yakin, anda boleh meminta anak-anak membantu anda memasak dengan mengikut arahan anda. Sebagai contoh, meminta anak memasukkan minyak, menumis bawang atau memasukkan bahan perasa seperti kicap dan sebagainya untuk menyiapkan satu hidangan mudah.

Lama-kelamaan, minat memasak dan membantu di dapur akan menjadi rutin harian tanpa perlu diajar. Tidak ada salahnya jika anda mahu berkongsi resipi. Ajaklah anak-anak membeli buku resipi atau melayari internet. 

Moga-moga tips mudah dan ringkas ni dapatlah membantu anda untuk mendidik anak-anak dara anda yang comel-comel tu rajin ke dapur dan tidak mengharapkan orang gaji atau makanan luar semata semasa ketiadaan anda. Teramat rugi jika anak dara tidak pandai memasak atau tidak biasa ke dapur kan? Esok-esok dah berkeluarga dapur juga menjadi lokasi untuk menambat hati anak-anak, suami dan keluarga satu hari nanti kannn???

Ash yang lelaki pun minat memasak tau...Ha ha ha...Mommy menumis dia pun sibuk suruh dukung dan nak menumis sekali...Tetapi dengan pantauan dan dipegang lerrr...Memang taklah nak biarkan dia macam tu jer kannn??? ;-)...Tak apa belajar...Walaupun dia lelaki tak semestinya dia tak boleh duduk di dapur, walaupun dia suka duduk di dapur tak semestinya dia dalam kategori lembut kannn??? 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. alamak..masih tak start lagi try si kakak tu ke dapur!

    ReplyDelete
  2. oh yes betul T_T
    mcm masterchef kids.
    parents diorang masak sekali bila umur 4 tahun tu yg 5,6 tahun terus masterchef huhuu.
    most of malaysian parents takkasi masuk dapur hihu

    ReplyDelete
  3. Penting anak lelaki apatah lagi anak perempuan boleh memasak...tak apalah walau yang ringkas ringkas...persediaan jangka masa panjang...

    ReplyDelete
  4. Saya kalau kat rumah banyak jadi pembantu chef je. Jarang jadi ketua chef. Haha. Melainkan kalau baking. Nice tips btw. ;)

    ReplyDelete
  5. aida selalu suruh anak2 dara tu amik brg dlm fridge.
    nak bagi diorang familiar dgn bahan masak.
    susun pinggan. cuci pinggan. lap meja. lap lantai.
    and few others. masak memasak lom start.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !