Home » , , , , , , » Tips Cepat Sembuh Luka Bersalin Secara "Caesarean"

Tips Cepat Sembuh Luka Bersalin Secara "Caesarean"

Kawan-kawan yang belum pernah mengalami pengalaman bersalin secara "caesarean" selalunya tertanya-tanya kepada kawan yang dah pernah berpengalaman sekali ini dengan soalan-soalan... "Dia potong kat mana?", "Sakit tak?", "Macam mana nak sembuh luka "caesarean" tu dengan cepat?"...Macam-macam terbayang di minda dan bayangan masing-masing agaknya kannn? He he he... Samalah juga, kawan yang belum pernah bersalin secara normal ni tertanya-tanya juga dan terbayang-bayang juga tentang prosedur bersalin secara normal. 

Melalui pengalaman sekali itu, ni nak "story" sikit ni... Kalau yang tak pernah tau kat mana perut tu dipotong jika bersalin secara "caesarean"... Inilah posisinya, owhhh, maaf ya ampunnn bukan nak melucah di Bubblynotes.Com tetapi demi nak menunjukkan sahaja di manakah posisi sebenar ianya dipotong... Dan sepanjang manakah ia... 

Sumber dari Google
Cantik parutnya, segaris jer...Ihikss...tapi ni tak halus nih... Lebih cantik kalau ianya satu garisan halus jer "uolsss".... Haaa, bagi yang tak tahu dan tak pernah lihat tu...sekarang dah tahu kan kat mana lokasi sebenar perut dipotong? Kat situ ler... bukan kat tengah-tengah atau di mana-mana tempat yang lain... Bagaimana nak memastikan luka bersalin secara "caesarean" ni cepat sembuh dan tidak mengalami sebarang jangkitan, mahupun terbuka dan nampak isi perut? Hua hua hua... 

Melalui pengalaman sendiri dan juga sedikit tips yang boleh bakal-bakal ibu amalkan adalah:

MEMASTIKAN LUKA SENTIASA KERING
  • Mandi, pastikan luka dilap sehingga kering dengan kain yang lembut, bukannya tisu. Dari masa ke semasa pula, pastinya kita berpeluh kannn? Pastikan kawasan luka sentiasa kering, sama ada dari peluh atau air mandian. Kakak dulu duduk dalam penghawa dingin jer ok? Hua hua hua...Sejuk dan kering jer... 
  • Luka yang lembap akan menyebabkan jangkitan mudah berlaku. Justeru kita perlu memastikan kawasan luka itu sentiasa kering agar luka cepat sembuh. 
ELAKKAN MENYAPU SEBARANG UBAT TRADISIONAL PADA KAWASAN LUKA PADA 10 HARI PERTAMA BERSALIN
  • Minyak gamat ke, atau minyak tradisional ke dikhuatiri akan melambatkan percantuman kulit di bahagian luka. Selepas luka bercantum, barulah anda boleh menggunakan sebarang ubat sapu yang anda rasa perlu. Tapi, Farah dulu tak pun... bila luka tu dah bercantum cuma sapukan ubat yang "gynae" beri untuk sapu di tempat luka tu jer...Sangat mengikut arahan "gynae" ok? Nak baik punya pasal. 
  • Penggunaan sabun semasa mandi juga dilarang. Hanya gunakan air sahaja untuk membasuh di bahagian luka. Bukanlah maksudnya mandi tak bersabun, sabunnn...Tapi kawasan bahagian luka tu...
ELAKKAN AKTIVITI LASAK PADA SEMINGGU PERTAMA KELAHIRAN
  • Aktiviti naik tangga mahupun menbongkok perlu dielakkan bagi mengelakkan tekanan pada luka. Minta bantuan keluarga dalam menjalankan aktiviti harian. Ohhh, bagi kakak ni nak tak nak, boleh tak boleh, memang terpaksa naik tangga dan membongkok. Alhamdulillah, tak ada apa-apa, Allah ada kannn? Kalau tak macam mana nak naik ambil barang atau bongkok ambil barang...Siapa nak tolong yer tak? Sendiri tolong diri sendiri...Hua hua hua... 
ELAKKAN MENGAMBIL UBAT TRADISIONAL SEBARANGAN
  • Tolonglah tolong, jangan suka suki hati ko nak makan ubat-ubat tradisional apa-apa pun...Sebelum keluar dari hospital pun memang "gynae" ada pesan... Jangan ambil sebarang ubat tradisional...Dapatkan nasihat doktor dulu, kerana bukan semua ubat tradisional sesuai untuk ibu bersalin secara pembedahan. Ada yang boleh mendatangkan kesan sampingan seperti memberi tekanan pada buah pinggang atau mengurangkan pengecutan otot rahim.
SUSUKAN BAYI ANDA SECARA EKSKLUSIF
  • Menyusu badan memang sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Hua hua hua...Mujur selama berpantang tu Ash nak minum susu ibu... Tolong Mommy yer? Lepas tu jer dia tak boleh terima...Pandaiii Ash... 
  • Dapatkan bantuan dari jururawat dari hari pertama bersalin, bagaimana posisi untuk menyusukan anak yang sesuai tanpa menjejaskan luka ok? 
AMBIL MAKANAN YANG KAYA DENGAN ZAT BESI, MULTIVITAMIN DAN ZINK
  • Zat besi penting kerana ada banyak kehilangan darah semasa pembedahan. 
  • Multivitamin pula untuk membekalkan nutrisi dan zat penting pada tubuh, manakala zink membantu menyembuhkan luka dengan cepat.
Dah tu jerlah kot... Kalau nak cepat sembuh luka tu, pandai-pandai jaga diri yer... Dan ikut segala nasihat dan arahan doktor dengan sebaiknya... ;-) 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tips Cepat Sembuh Luka Bersalin Secara "Caesarean", diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, December 17, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Farah,
    Azie ada garisan ni di perut. 7 tahun lepas caesar. Betul disarankan ambil vit. Untuk beri tenaga dan supaya luka cepat sembuh. Hihi.

    ReplyDelete
  2. PERNAH TENGOK YANG KAKAK SAYA PUNYA,,.. DULU IGT BELAH KOT TENGAH HUHUHU

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY