Home » , , , , , » "The Food Princess" ???

"The Food Princess" ???

Setiap bulan di pejabat yang baru jer sebulan Farah sertai ni, ada sesi makan tengah hari bersama dan juga sambutan hari lahir untuk kakitangan yang menyambut hari lahir pada bulan yang berkenaan. Ini termasuk dalam salah satu portfolio tugasan Farah, iaitu merancang serta menguruskan sebarang acara yang melibatkan syarikat dan juga pejabat. Tak kiralah, sesi makan tengah hari bersama atau sambutan hari lahir, atau majlis-majlis rasmi serta kasual yang lain, semuanya termasuk di bawah pengurusan Farah. Jadi orang yang mengendalikan acara bukanlah sesuatu pengalaman yang baru buat Farah, kerana dahulu pun Farah pernah mempunyai sebuah syarikat perkongsian pengurusan acara bersama rakan kongsi Farah... Itu dulu ok? Kenangan lama dulu... Muahahaha.... Kiranya, memang tak adalah rasa terkujat bila diberikan amanah sebegini... Cumanya, yang penting HARUS memastikan segalanya berjalan lancar dan tiada kecacatan sebolehnya... 

"From scratch" Farah perlu menyusun atur perancangan, agenda dan juga pengurusan segala jenis benda...Termasuklah bahagian makanan...Bila mengatakan bahagian makanan ni, ianya adalah sesuatu yang subjektif...Kita tidak boleh memenuhi citarasa semua orang, kita tidak boleh merasakan yang diri kita tahu bagaimana kesukaan atau selera seseorang. Jika ada 100 orang, 100 orang itu bakal mempunyai selera yang berbeza. Ada orang mungkin suka begini, ada orang mungkin suka begitu yer tak? Kadang-kadang ada orang yang tak suka langsung... Sebagai orang yang mengaturkan, haruslah seboleh-boleh dapat memenuhi kehendak selera semua orang. 

Di sini, konsep "healthy food" diutamakan... Tidak terlalu masin, tidak terlalu manis, tidak terlalu berminyak... He he he... Jika ini dapat dipenuhi, maka anda telah berjaya menawan hati mereka dengan sebaiknya ok? ;-)... 

Untuk tugasan buat yang pertama kalinya sebab baru genap sebulan kan? Masa Farah mula-mula masuk bekerja dulu ianya telahpun diuruskan oleh rakan sekerja Farah iaitu C... Untuk tugasan yang pertama kalinya ini, Farah cuma memilih makanan yang dihantar ke pejabat kami melalui laman web DAH MAKAN, cerita tentang DAH MAKAN ni, sebenarnya nanti Farah kongsikan bersama-sama anda semua... Yang pastinya "tagline" mereka adalah "Eat Better. Everyday"... Memang ianya adalah merupakan satu laman web yang menyediakan servis penghantaran makanan dan makanan mereka adalah berkonsepkan "Easting well everyday is simple. Dah Makan creates healthy gourmet lunch and dinner, crafted with the freshest ingredients, MSG-free and a lot of love whih HALAL friendly, delivered straight to our door." Tapi itu nantilah di dalam entri yang lain pula yer... 

Jujurnya gementar juga jika tidak dapat memenuhi kehendak citarasa rakan-rakan sepejabat...Ha ha ha, yang penting adalah perut H dan AJ... Kalau "boss" suka, itu dah cukup baik! 




Menunya adalah sangat ringkas... 

Homemade Fresh Juice:
Watermelon + Lime
Mango + Pineapple

Healthy Beef Rendang
Healthy Chicken Rendang
Healthy Vegetarian Rendang

Alhamdulillah, semua orang gembira, semua orang kenyang dan semua orang berpuas hati... Tapi!!! Masih belum boleh tersenyum kelegaan lagi ni oiiii...Ada satu bahagian lagi iaitu kek hari lahir...Ha ha ha... Tak perlu bercerita panjang lebar sangatlah tentang kek hari lahir tu...Segan kakak tau... Diberi keizinan masuk lewat hari ini semata-mata kerana kek yang diberi nama Nutella Strawberry itu... Nasiblah strawberi tak hilang ok? Ha ha ha...Kalau hilang kerja Ash!!! 


Debar saat H dan AJ serta semua orang mula memasukkannya ke dalam mulut...Wakakakaka.... Sebab kalau apa-apa hal memang kakak yang kena ok? Tapi??? "Yesss!!!" Boleh tersenyum lebar dengan kelegaan... Semua orang suka! Dan kek tak cukup... Hu hu hu... Tapi mana nak nak ambil lagi kan? Ada sebiji jer pun... Ekekekeke...Tunggulah yer kawan-kawan untuk bulan Januari 2016 pula... In Shaa Allah... 

Habis tu apa kena mengena dengan "the food princess"... Ohhh, itu gelaran yang AJ berikan pada Farah untuk apa yang berlaku hari ini...katanya... "So, now you are the food princess as of today! They all trusted your sense of taste..."... Secara automatik Farah menjawab... "That's why I am like this! That's why I am fat!"....Ha ha ha... Realistik-lah kannn? ;-) ...Kelip kelip mata gedik sekejap... Ha ha ha... "wink wink wink"... Alaaa...bukan selalu kan? Gedik ada masa-masanya tak salah berbanding dengan gedik senantiasa yer tak? Uhuksss... 

*Disebabkan itu juga, hari ini sangat sibuk... + dengan penilaian prestasi lagi... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "The Food Princess" ???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, December 4, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. sedapnya kek...ada sebotol utk sy? ;-)

    ReplyDelete
  2. Strawberry tukan...kan....adoilaaa...mummy...mummy..menarik tertarik..hahaha...

    ReplyDelete
  3. Blogger biasa food review kan.. So, tugasan ni sesuai dgn akk juga kan.. Hehe.. Gelaran baru tu.

    ReplyDelete
  4. Wow kreatifnya..keknya pun nampak best tu..well, good luck whatever you do princess!

    ReplyDelete
  5. Kek tuu kan aishh terliur. Hahahah !

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY