Sayangnyaaa Bila Berkotak-Kotak Dibuang...

Farah Waheda Wahid
13

Ini bukan nak mengecam atau menghentam mana-mana pihak, ini sekadar perkongsian apa yang berlaku di hadapan mata di pejabat. Memang kami mengambil bekalan susu kotak Dutch Lady Pure Farm Low Fat 1 Litre yang tegar pada setiap minggu. "Without fail" setiap minggu kami akan melakukan pesanan melalui "TESCO Online Shop" untuk "top up" bekalan susu kotak ini di pejabat. Kegunaan? Minumlah...Ha ha ha... Untuk diminum begitu sahaja, untuk dicampur dengan kopi, ikut kesesuaian dan keselesaan tekak masing-masing, citarasa masing-masing. 

Cumanya sepanjang bekerja di pejabat baru ini telah beberapa kali berhadapan dengan insiden susu kotak yang rosak walaupun belum dibuka ataupun baru sahaja dibuka. Susu tersebut tidak mempunyai sebarang bendasing di dalam kotak susu itu...Akan tetapi bila baru sahaja dibuka susu tersebut berbau sangat masam. Hurmm... Pernah kami tanyakan kepada pihak TESCO... Jawapan yang kami terima adalah, kerana peti sejuk tidak cukup sejuk untuk menyimpan susu kotak tersebut. Disebabkan itu susu menjadi rosak walaupun tidak dibuka. Sebagai seseorang yang datang dari syarikat pengeluar susu tersebut, yang pernah menabur bakti seketika di situ...Ecewahhh... Banyaklah menabur bakti yer tak... Wakakaka.... Farah faham ianya adalah "pasteurized milk"...Dan "pasteurized milk" ni memang sentiasa perlu dalam keadaan sejuk. Seingat Farah lah... Kalau tidak susu akan rosak. Hua hua hua... Peti ais sejuk jer kot? 

Dan ini disokong pula oleh kenyataan pihak Dutch Lady di dalam artikel di SINI

Penyimpanan dalam peti sejuk buat tempoh yang lama boleh mengakibatkan susu menjadi kering. Kejadian ini merupakan satu proses semulajadi yang tidak diingini akibat kaedah penyimpanan yang tidak sempurna. 

Untuk pengetahuan umum, jika tidak disimpan dan dikendalikan dengan cara yang betul selepas dibuka, susu akan mengalami proses semulajadi yang tidak diingin sepertimana keterangan di atas.

Kaedah penyimpanan dan pengendalian produk seperti yang disyorkan pada label pek - goncang sebelum digunakan. Setelah dibuka, simpan di dalam peti sejuk dan gunakan dalam tempoh 3 hari. Kaedah ini amat penting untuk dipatuhi bagi memastikan kesegaran produk.

Dah rosak nak buat apa kan? Terpaksalah bagi tong sampah makan yer kawan-kawan... Tapi tulah terasa sayangnyaaa bila berkotak-kotak dibuang... 7 kotak semuanya dan penghantaran susu baru jer dilakukan pada hari Khamis, 17 Disember 2015... Tak dibuka lagi pun, sampai-sampai jer terus masukkan di dalam peti sejuk. Bila buka-buka dah masam... 

Penyelesaian yang paling cepat yang boleh dibuat setelah kesemua 7 kotak dibuang... Segera bergegas dapatkan stok baru... 


Harapnya yang kali ini oklah hendaknya... Agaknya sebab tempoh dari Khamis lepas sehingga hari ni tu memang lama kot? Apa yang Farah lihat, walaupun ada hantu susu di pejabat nampak gayanya seminggu kena buat pesanan 2 kali lah kot... Tambah lagi kerja... Ihikss... Tapi kannn? Di pasar raya tu berminggu-minggu juga duduknya di "chiller"... Tapi tahan jer lama... Ataupun lepas ni Farah nak kena simpan di dalam peti sejuk beku baru ok? 

Tak apalah kita anggap jer sebagai tak ada rezeki... Mungkin ada betulnya juga, peti ais tu tak cukup sejuk ke apa... Walaupun kesejukkannya ok jer... Kita pun maklum produk tenusu memang sangat sensitif dan mudah rosak... Bukan mencari salah sesiapa...Mungkin bukan rezeki dan mungkin juga "so happen" keadaan menjadikan ianya begitu yer tak? Yang mungkin juga boleh jadi, bila susu kotak tersebut perlu sentiasa berada di dalam keadaan sejuk... Bukan salah produk, bukan salah pengeluar... Bila memesan melalui secara atas talian... Barangan dimasukkan ke dalam lori, cuaca panas mungkin telah merosakkan susu tersebut...Itu pun boleh jadi salah satu sebab juga... Pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku kan? Jadi tak perlulah kita nak menyalahkan mana-mana pihak... Cumanya terasa sayang jer bila duit dibuang sebegitu sahaja di dalam tong sampah... Hua hua hua...Duit sekarang sangat berharga ooo.... 

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Assalammualaikum...farah,

    sayang nyer farah susu terpaksa dibuang.. mselim3 pernah gak menerima nasib yang sama.. susu segar dipastur tak boleh simpan lama2 kan.

    mselim3

    ReplyDelete
  2. Alahai.. Bkn rezeki kn.. Kna bli peti sejuk yng suhunya terlebih tinggi kut. Hee..

    ReplyDelete
  3. ruginyaaaa..nasib baik company punyer..kalo sendiri rasa geram jugak gitu..
    tak pernah lagi terkena susu masam..kecuali buka lama sangat tak minum habeskan..

    ReplyDelete
  4. waaaaa... nangesss tengokkk! sayangggg!!

    ReplyDelete
  5. sayangnya dibuang.. Tak ada ganti ke kak? kot lah diorg boleh ganti ke..

    ReplyDelete
  6. Ala..sayangnya..tapi nk bt mcm mana dh takleh makan..emm

    ReplyDelete
  7. Ish sygnya plak d buang, apa blh buat klau da basi kn

    ReplyDelete
  8. hadoi byk tu 7 kotak, farah.
    sedih :(
    rezeki Allah tu.
    aida dgr jugak dlm radio.
    susu da buka, abiskan dlm 3 hari. simpan dlm peti sejuk.
    simpan dlm peti sejuk bahagian dlm, jgn kat bahagian pintu.
    sebab bila buka tutup pintu nyer, susu akan hadapi naik turun suhu.
    tu aje yg aida ingat sgt.
    sebab anak2 suka beli susu ni.
    sentiasa beli la kalau shopping.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !