Hebahan! Hebahan! Hebahan! He he he... Penggemar langsir? Pencinta langsir? Nak cari langsir raya? Nak tukar langsir? Asalkan jangan nak bela langsuir sudahlah yer... Ini ada satu berita yang menggembirakan yang ingin dikongsikan kepada semua... Sarah Hughes Globe, Jalan TAR ada "SALE" lagi!!! Bila???
Sepertimana yang kelihatan di dalam gambar yang ditempek di atas... Sabtu, 26 Disember 2015 dan juga Ahad, 27 Disember 2015. Bertempat di Tingkat 7, Sarah Hughes Globe, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Masa bermula dari 11.00 pagi sehingga 4.00 petang. Ini kalau nak pergi ni, memang taklah nak membawa Ash kan? Bersesak-sesak dan juga orang ramai, takut dia rimas. Lagipun jenis-jenis "shopping" yang begini memang Farah lebih suka bersendiri...Ihiksss senang sikit nak buat pilihan gittew.
Maklumat lanjut untuk "SALE" ni...anda perlu baca di blog Kak Moon di entri INI sebelum anda pergi... Sebelum pergi kena ada maklumat sikit dulu kannn? Takkan nak main terjah jer... Kata nak cari yang berbaloi-baloi dan harga yang berpatutan, jadi anda perlulah baca dulu entri Kak Moon ok?
Selamat "curtain hunting" ok? ;-)
Sib baik akak lom sampai virus giler langsir lagi
ReplyDelete