Meleraikan Pergaduhan Anak-Anak Mengikut Teknik Nabi Muhammad SAW

Farah Waheda Wahid
3
Sumber dari Google
Ini memang tak pernah ada pengalaman dan ini memang tak berlaku di hadapan mata...Ngeh ngeh ngeh...Iyalah sebab Ash kan seorang sahaja? Kawan bergaduh dia adalah sama ada Mommy, Nek Ma ataupun Atuk jer... Itupun gaduh-gaduh manja... Dan perkongsian ini adalah lebih kepada semua kawan-kawan yang mempunyai anak yang lebih dari satu yang mana pergaduhan itu tetap berpotensi berlaku... Hua hua hua... Alaaa...adatlah tu kan? Biasalah tu kan? Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri adik-beradik yer tak? Kalau aman jer senantiasa "no fun" lah kannn? Ha ha ha... Kalau aman jer sentiasa tak riuh rendah dan "havoc" pula rumah... 

Tips yang dikongsikan ni sebenarnya adalah melalui artikel yang Farah baca di SINI dan mungkin ianya berguna kepada ibu bapa di luar sana kannn??? Apa yang Farah baca kalau dirasakan sesuatu yang mungkin bermanfaat, Farah kongsikanlah...Ilmu itu kan untuk dikongsikan bersama dengan seikhlasnya... Menurut penulis artikel yang berkenaan tips yang dikongsikan adalah berdasakan kepada Hadith Rujukan:

Abdullah bin Abi Aufa melaporkan bahawa Abdul Rahman bin Auf pernah mengadu kepada Nabi Muhammad SAW tentang Khalid al-Walid. Lalu Nabi Muhammad SAW berkata kepada Khalid, "Wahai Khalid, janganlah saudara menyakiti lelaki yang menjadi anggota tentera Perang Badar. Andai kata saudara bersedekah dengan emas sebesar Gunung Uhud, tentu saudara masih tidak dapat menyaingi amalannya."

Khalid al-Walid pun berkata, "Wahai Rasul Allah, mereka menuduh saya, sedangkan yang dimaksudkan adalah mereka." Nabi Muhammad SAW berkata, "Janganlah menyakiti Khalid, sesungguhnya dia adalah pedang daripada pedang-pedang Allah 'azza wa jalla. Allah menghantarkan dia bagi memerangi orang-orang kafir." - Hadith ini direkodkan dalam koleksi hadith-hadith autentik Ibn Hibban - Hadith ini diterjemahkan oleh Pasukan Pengkaji Hadith Psikologi.

Daripada komunikasi nabi dan dua orang sahabat dalam hadith ini, kita dapat belajar bagaimana Nabi Muhammad SAW meleraikan konflik dua orang sahabat beliau.

1. Nabi tidak menyiasat, menegur, mengkritik dan memarahi kedua-dua pihak. 

2. Nabi tidak menyebelahi salah satu pihak sahaja.

3. Nabi tidak meminta mana-mana pihak membela dirinya. 

4. Kepada Khalid, Nabi memuji prestasi Abdul Rahman bin Auf. Manakala, kepada Abdul Rahman bin Auf, Nabi memuji prestasi Khalid. Nabi menyebut prestasi terbesar masing-masing ke atas kemenangan Islam.

5. Ucapan Nabi itu menjadikan kedua-dua pihak saling hormat-menghormati dan merendah diri antara satu sama lain. 

Teknik nabi meleraikan konflik dua orang besar ini boleh dipraktikkan dalam menangani konflik anak-anak. 



Semoga bermanfaat... :-) ... Ini ilmu juga ni untuk Farah walaupun "it doesn't apply at this moment"... Boleh juga rasanya digunakan jika Ash menghadapi konflik dengan rakan sebaya nanti...Kalaulah... Tak salah bersedia dengan ilmu kannn? ;-) 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. bagus ni info..nak try tgk utk anak-anak

    ReplyDelete
  2. yelah tips yang bagus ni dari Baginda Rasulullah dan para sahabat sbg contoh terbaik, pcl ada kalanya juga guna teknik ini..anak dua org dah besar lain pula ragamnya (walaupun perempuan)gaduh tak la... tapi jeles tu lebih, kadang taktau depa gurau atau betul2..hanya Mama depa yg lebih memahami.

    ReplyDelete
  3. Teknik yang bagus, boleh dicuba untuk anak-anak

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !