Tidak semua anak-anak itu bertuah untuk mendapat ibu bapa yang baik.
Tetapi bertuahnya kita semua ibu dan ayah diberi anak yang baik kiriman dari syurga Allah. Simpati kadangkala melihat kebebasan anak untuk membesar seperti seorang kanak-kanak dikongkong malah ada yang tidak ambil perhatian.
Jika kita senang dapat anak, mungkin kita tidak tahu rasanya apabila tiada anak lagi dan berusaha dan terus berusaha. Sedarlah, si kecil di depan mata itu adalah amanah dan ujian untuk kita di dunia untuk menentukan tempat kita di syurga atau neraka di akhirat kelak.
Hormati hak mereka. Layani mereka dengan penuh kasih sayang.
- Buang sikap "Director Role" - Hanya menyuruh dan mengarah anak buat itu, ini.
- Buang sikap "Watcher Role" - Tengok sahaja anak main sambil mata ralit dengan telefon bimbit.
- Buang sikap "Mover Role" - Semua perkara nak cepat. Cepat. Cepat. Cepat.
- Buang sikap "Helper Role" - Semua Mommy, "maid", tolong buatkan. Anak dimanja dan ditatang sehingga berikan kesan negatif.
Jadilah kawan dan teman mereka - "Responsive Partner". Main bersama. Dengar cerita mereka dan bertanggungjawablah dengan amanah yang Allah bagi ini. Kerana doa anak-anak inilah yang kita dambakan di dalam kubur nanti. Jadilah ibu bapa yang prihatin.
"See good, do good and feel good. Love everyone to the bits."
Sumber dari: SINI
bagus tips untuk bakal mummy jugak ni.. seronoknya jadi mummy kan.. doakan tuk yanie ye kak..
ReplyDelete