Hujung Minggu Yang Tak Pernah Rehat!!!

Hujung minggu alangkah enaknya jika dapat bermalas-malasan dan bersantai-santai di rumah... Akan tetapi semenjak bergelar seorang ibu, mana ada masa nak bermalas-malasan dan bersantai-santai lagi??? Ada-ada sahaja tugasannya, ada-ada sahaja perkaranya... Kehidupan itu akan berubah jika sudah bergelar seorang ibu yer tak? Tidak sama seperti membawa diri sendiri sahaja dahulu kala. Banyak perkara berubah... Haippp!!! Tak payah nak negatif sangatttlahhh...Ini bukannya entri meluah lepas perasaan ataupun merungut ataupun tidak bersyukur... Sekadar entri borak-borak kosong dan bercerita maaaa.... Janganlah mudah sangat nak buat konklusi ikut apa yang kita nak fikir yer tak? ~ Sekadar penafian... supaya tidak tersalah anggap... 

Jika minggu lepas bercanda di Sunway Lagoon, minggu ini kita kembali kepada kesederhaan dan kehidupan seperti biasa. Minggu ini kita luangkan sedikit masa di hari Sabtu dengan aktiviti riadah biasa-biasa sahaja dan tidaklah "luxury" mana punnn...Sekadar yang mampu mengikut kemampuan poket... 




Stesen pertama adalah di Tappers Cafe, Subang Jaya... Bawa Iman Ash makan dulu...*Tips Penting: Anak kena cukup tidur, segar dan perut kena kenyang, barulah tidak meragam dan buat perangai. Memang penting kena pastikan segalanya ni untuk Iman Ash. Dia perlu tidur yang cukup, segar dan perut berisi kalau hendak ke mana-mana. Jika tidak silalah menghadap...Ha ha ha... Mana-mana kanak-kanak pun kalau tak cukup tidur akan meragam yer tak? Hik hik hik...Lagipun kami keluar tu pun dah tengah hari dah... Dah sedang elok masa untuk makan, jadi memang elok sangatlah singgah makan dulu... 


Stesen kedua? Berikan dia kebebasan bersosial bersama rakan sebaya dan abang-abang dan kakak-kakak di "indoor playground" yang berdekatan dengan restoran kami makan tu. Memang teruja dan memang sangat-sangat teruja Iman Ash bila dapat lepas! Seronok tengok dia gembira...Sangat seronok, perasaan seorang ibu itu tidak dapat tergambarkan serta tidak dapat diekspresikan. Kegembiraan anak itu adalah yang sangat bermakna bagi seseorang ibu... Setiap ibu meminta agar anaknya gembira kannn??? Mana ada ibu yang tak nak lihat anak-anak mereka gembira? Biarkan dia bermain di bawah pemantauan Farah selama 1 jam lebih sehingga puas! Sebab lepas tu, kena teman Mommy pula kannn???

Pusing punya pusing punya pusing...Sampai di stesen yang ketiga... 


Mengekek ketawa... "Sishhh"... ~ "Fish".... Pencinta segala jenis haiwanlah katakan... Tak ke mana pun, masih sekitar kawasan yang sama... Pusing-pusing dalam pasar raya dan sampai ke bahagian ikan dan makanan laut...Bila nampak ikan keli berenang-renang di dalam akuarium, memang sukalah dia kannn??? "Pit stop" seketika di situ... Layankan dia apa yang dia suka lihat dan apa yang dia "enjoy"... :-)... Psssttt...sebenarnya suka dengar dia ketawa tu.... Kebetulan pula tiba-tiba pada waktu itu, hujan turun dengan lebat, selebat-lebatnya lengkap dengan petir dan kilat. Nak ke mana lagi kan? Pusing-pusinglah seketika di dalam tu... Cuci-cuci mata dan "window shopping"... 

Lebih kurang dalam pukul 5 lebih macam tu, bergerak pula ke stesen yang seterusnya...Mommy kena hantar kek yang ditempah! Dah janji pukul 6 macam tu... Ash kena jadi "bodyguard" Mommy...Dah bagi upah kannn??? 


Ahaksss...ni saja menempek ambil gambar selepas hantar kek...Selepas itu tak ke mana-mana punnn... Balik semula ke rumah tetapi sebelum tu singgah ke pasar malam seketika... Nak cuci mata di pasar malam pula... Lepas tu? Lepas tu balik lerrr... Nak kemas rumah, nak gosok baju, nak masak, nak buat apa-apa yang patut dan bersantai di rumah pula... Begitulah hari Sabtu kami yang sederhana yang lepas berdua beranak... ;-)...Anda ke mana pula di hujung minggu yang lepas? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Hujung Minggu Yang Tak Pernah Rehat!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, December 7, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. Ye lah Farah..
    Akak dua minggu sibuk menjaga Nabil berkhatan..
    Memang teras penatnya..
    Bila lah boleh bermalas-malasan kan :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY