Gelagat Ash "Potty Training"...

Farah Waheda Wahid
6

Agaknya macam tulah getus hati dia...Ha ha ha... Bila mana dia melihat Mommy secara tiba-tiba menyediakan 3 pasang "boys brief" untuk dia semalam. :-P... Alaaa...secara kebetulan jer terlalu di Sox World sewaktu menghabiskan waktu petang Sabtu di Jaya Shopping Centre, Petaing Jaya. Hajat hati cuma nak menggantikan stokin dia yang dah longgar jer, tiba-tiba tersimpang ke benda lain pula. Biasalah mak-mak kan? Tu sebab bahaya bila mak-mak ni masuk ke kedai nak beli barang. Kata nak beli satu tetapi percayalah nanti mesti ada tambahan atau sampingan lain yang tak terancang punya. Wakakaka...

Nak tau apa yang jadi sampingan tu??? 


Ni haa yang jadi sampingan tu... Konon nak bagi Ash pakai sewaktu sesi "potty training" yang lebih serius. Muahahaha... Dan dan nak jadi lebih serius yer tak? Oopsss... Janganlah rasa "offended" atau rasa Farah nak melucah pula di Bubblynotes.Com. Sekadar seluar kecik budak lelaki kecil jer pun... Kan? Kan? Kan? Ahaksss....

Al-kisahnya, dipakaikanlah malam semalam selepas mandikan dia. Sesi "potty training" lettew. Tapi belum lah sampai tahap serius-serius macam tu. Ini dinamakan sebagai "potty training" main-main. Errr tapi memang Farah dah mula lama dah, sejak dari Ash berusia 1 tahun 5 bulan lagi. Farah lakukan secara berperingkat kaedahnya. Sejam tak pakaikan, sejam pakaikan... Bila dah usia 2 tahun ni, "up" sikit 2 jam. Uhuksss...

Gelagat Ash bila sesi "potty training" memang agak kelakar. Hua hua hua... Iyalah mungkin ada rasa kepelikkan di situ bagi dia kot? Selalunya ada sesuatu, tiba-tiba tak ada pula, rasa ringan, rasa berangin... ha ha ha... Sesuatu yang bukan kebiasaan bagi dia. Sekejap-sekejap terkepit-kepit... Sekejap-sekejap terkepit-kepit, lepas tu "giggling"... Entah apa yang mencuit hati dia sangat entah... Hurmmm... Tapi sebenarnya Mommy dan Nek Ma pun tergelak sama bila dia tengok, rasa dan gelak. 

Perkembangan malam semalam, lajak ke 2 jam 40 minit tanpa lampin pakai buang. Dari selepas Isya' sehingga ke lebih kurang 11.05 malam gittew barulah dia menjerit "Meee..." sambil-sambil mengepit... Tapi sayang seribu kali sayang, tak sempat dan dah terlepas dah pun...Ha ha ha... Tau-tau lantai dah basah dah "uolss"... 

Ambil dia, buka pakaian dan bawa ke bilik air. Siram dan basuh apa yang patut pada dia, kemudiannya salinkan pakaian baru dan pakaikan lampin pakai buang seperti biasa kembali. Tugas seterusnya, lap dan mop lantai. Boleh pula tu dia sebut "eeee" bila Mommy mengelap lantai, walhal air kecil dia sendiri tu... Ha ha ha...

Tak apalah, perlahan-lahan yer tak? Sikit jer lagi tu, sikit jer lagi... Mommy kena sabar dan tabah buat sementara waktu ni kan? Memanglah ambil masa yer tak... Lagi-lagi kalau berperingkat-peringkat ni... Ha ha ha... Lagilah panjang masanya tu... 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. assalamualaikum farah...betul tu farah mula2 mmg agak rasa kekok juga tu...awisy pun mcm tu juga...kalau dah x tahan n x sempat ke bilik air lepas juga mana2..:)

    ReplyDelete
  2. Hehe... Memang macam-macam ragam nye.. Tapi sy memang tak ajar ank potty training... Refused sendiri..

    ReplyDelete
  3. Samalah kita.. tapi sha kurang kesabaran.. So potty training encik suami yang buat.. Alhamdulillah, mula2 tu memang susah.. sekarang nie bila da ok, dia gi sendiri ke toilet.. Cuma kadang2 bila dia terleka main, xsempat ke toilet gak la.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. gudluck ash...Auwww cekciiinya seluar kecik Ash..hahaha

    ReplyDelete
  5. huhuh...sha pon mcm tu la dgn zaryth...tersengeh2 duk geli pakai underware je..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, farah, ijat now da tahap 80%.
    lama jugak train dia tanpa drypers.
    more than 3 months.
    within that 3 months, mcm2 jadik.
    terkencing time tgh main tab kat sofa...
    terkencing time tgh main basikal...
    terberak kat seluar.
    huh.... now ok da. takde ter ter dah.
    just mlm masih ber drypers lagi.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !