"Codes Hunting" Untuk Mak-Mak...

Farah Waheda Wahid
5
Sumber dari Google
Sekarang ni disebabkan kos sara hidup yang dah semakin meningkat dari sehari ke sehari, memang sesiapa sahaja akan mencari sesuatu yang murah. Kalau dah murah nak murah lagi yer tak? RM100.00 tu nilainya dah macam RM30.00 dulu-dulu pun ada... Keluar RM100.00, sekejapan sahaja mengalir seperti air sungai yang mengalir deras. Isi minyak kereta RM50.00, isi Touch 'N' Go RM50.00, sekelip mata jer dah habis yer tak? Disebabkan itu, sejak kebelakangan ni semakin aktif mencari barangan keperluan Ash melalui laman web jualan atas talian. Kenapa? Sebabnya, bila membeli melalui laman web jualan atas talian ni, harganya lebih murah dan akan jadi lebih murah bila dapat menggunakan kod diskaun-kod diskaun yang tertentu. 

Cumanya, kena rajin mencari melalui enjin carian Google jer lah kod diskaun-kod diskaun yang boleh digunapakai... Hua hua hua...Di situ, Farah akan mengambil sedikit waktu dari waktu makan tengah hari di pejabat untuk mencari kod-kod diskaun yang boleh digunapakai...Dapat potongan lagi RM10.00 pun dah kira bersyukur dah tu... Iyalah, jadilah hado dari nan hado kannn??? Salah satu laman web yang boleh anda pergi untuk melihat segala bagai kod diskaun yang ada adalah PICODY.MY | Best Promotions, Coupon Codes And Discounts In Malaysia!!! yang pernah Farah kongsikan kepada anda pada tarikh 30 November 2015. 

Hari ni??? Hari ni Farah jumpa lagi satu laman web yang boleh anda gunapakaikan kod diskaun-kod diskaun yang ada sekiranya anda mengambil keputusan untuk membeli di atas talian. Iaitu seperti yang kelihatan di atas... Big Sale. Bukan suka-suka nak kongsi kalau tak sungguh. Tetapi Farah rasa ianya sesuatu yang membantu Farah dan juga bakal membantu semua para ibu bapa di luar sana di dalam pencarian barangan keperluan anak. Dah jadi "trend" dah pun sekarang ni kannn? Jimat selagi boleh berjimat...Esok lusa kita tak tau lagi apa yang terjadi... Pegangan dan prinsip Farah setelah melalui pelbagai ujian dan dugaan di dalam kehidupan ini. 

Ada orang tak berapa nak berkenan dengan idea membeli barangan keperluan anak secara pukal. Mereka lebih berpegang kepada konsep bila dah habis baru beli. Bagi Farah dan juga mungkin sesetengah ibu bapa lain, kami lebih suka membeli barangan keperluan anak secara pukal. Cara Farah memandang adalah...Jika dengan konsep bila dah habis baru beli, anda perlu sentiasa "standby cash" dalam poket... Jika tiada "cash" memang akan menjadi masalah juga. Jika dengan konsep pukal pula, sekiranya apa-apa terjadi, kita tak ada "cash" pun, sekurang-kurangnya barangan anak semua dah tersedia dan kita tak perlu risau akan perkara itu. Farah rasa memang ramai ibu bapa yang suka dan bersetuju dengan cara ini. Perit? Perit tu memanglah perit sebab terasa duit mengalir beratus-ratus secara sekaligus yer tak? Tetapi sebenarnya sama ajer... Ianya adalah psikologi kita sebenarnya...Jika duit keluar sikit-sikit tak terasa sangat, jika duit keluar sedebuk macam tu terasa sangattt derasnya pengaliran duit. 

Bila dah jadi ibu bapa ni, apa-apa perkara memang kita akan jadi dahulukan anak...walaupun sebenarnya pada hakikatnya kita ada keperluan yang perlu dibeli dan diganti. Kadang-kadang tu, boleh tunda dulu dan tangguh dulu walaupun kita sangat-sangat memerlukan. Sampaikan dah saat genting pun kita tetap berusaha sedaya upaya untuk bertahan dengan keadaan yang ada dan hidup dengan keadaan yang ada... "Fighting to survive uolsss"... Ha ha ha... 

Haaa, tu lah kisahnya rasa nak membebel pagi ni...Sebenarnya nak cerita, sekarang ni memang akan "go for the available discounts and sale online" untuk lampin pakai buang Ash...Susu Friso Gold Step 3 tu setakat ni, tak pernah membeli secara atas talian lagi kerana harga di luar lebih murah dari harga yang ada di atas talian... Antara dua yang terbaik dengan harga yang murah dan boleh gunakan kod diskaun setakat ini adalah Lazada dan juga 11th Street (yang ini Farah tak pernah guna lagi kod diskaun tak pasti ada ke tidak)...Akan tetapi kebiasaannya Farah akan bandingkan kedua-dua harga... Muahahaha...Nak beli barangan keperluan anak pun nak kena ada analisis dah zaman sekarang ni ok? Tak macam zaman-zaman masa ibu bapa kita membesarkan kita dulu...Mereka beli jer kot? Sebab harga semua lebih kurang sama jer... Heeee... 

*"Just feel like" nak membebel pagi ni.... ;-)

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Setuju sangat dengan Farah.. memang kena beli barang2 anak secara pukal.. Sekurang-kurang barang mereka sentiasa ada.. Lagi jimat.. Tambah skrg banyak pekedai yang memainkan harga barang..

    ReplyDelete
  2. Skrg beli online murah..hehe..sy selalu beli dekat 11street

    ReplyDelete
  3. Selalu usha lazada ngan bestbuy world! Takpun instagram! Addict sangat! mengalahkan shopping kat shopping mall!! hehe

    ReplyDelete
  4. wah bagus ni.. tq sharing farah ;)

    ReplyDelete
  5. nice sharing kak.. memang osem laaa kalo ada discount and everything..
    betoi la skarang semua mahai.. RM100 xdak value sngt dah..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !