Home » , , , , , , , » "Chalkboard Paint" | Penyelesaian Bagi Anak Yang Suka Conteng Dinding???

"Chalkboard Paint" | Penyelesaian Bagi Anak Yang Suka Conteng Dinding???

Sumber dari Google
Anak... Kalau dah suka grafitti ni kadang-kadang walau kita belikan papan hitam atau papan putih atau "flipchart" macam mana sekalipun... Ke dinding juga yang dia akan tala akhirnya kan? Minat dia tetap pada dinding. Macam mana pun mesti cari dinding untuk diconteng sampaikan rumah penuh dengan grafitti anak-anak. :-). 

Mula-mula mungkin ibu bapa rajin jugalah nak mengecat dinding kembali. Akan tetapi setelah beberapa ketika mungkin rasa malas untuk mengecat tu akan muncul. Kenapa? Setiap kali conteng, cat kembali dinding, setiap kali conteng cat kembali dinding. Aduh duh duh duh duh duh duh... Dalam nada lagu M. Daud Kilau... Ihiksss... 

Graffiti? Setakat ni masih belum ada di dinding sebab dia akan conteng atas kertas. Cubaan tu dah ada tetapi cepat-cepat dielakkan... Tapi sebenarnya terfikir juga kalau asyik melarang takut-takut merencatkan eksplorasi dan pertumbuhan serta perkembangan semasa pula. Kalau dibiarkan mata semak pula melihat dinding rumah yang tidak kemas. 

Sumber dari Google 
Zaman dah berubah dah sekarang... Macam-macam inovasi dan teknologi hasil dari kreativiti manusia tercipta. Mungkin ini adalah sesuatu yang menarik yang dapat Farah kongsikan kepada semua tak kira ibu bapa mahupun bukan ibu bapa. He he he... Sekarang ni kalau anak-anak nak conteng banyak mana kat dinding, contenglah sepuas mana pun anak oiiii.... Ibu bapa pasti tak marah punya... 

Yang dewasa tak kira ibu bapa ataupun tidak, pun boleh juga mengekspresikan kreativiti dengan menconteng dinding juga tanpa merosakkannya. Bagaimana? Jeng jeng jeng... Dah tahu ke? Kalau dah tahu diam-diam, hik hik hik... Ini untuk yang baru nak tahu... Gunakanlah "chalkboard paint". Cat jenis ni memang khas untuk menjadikan satu bahagian dinding di rumah anda ataupun keseluruhan dinding rumah anda sebagai papan hitam. 

Sumber dari Google 
Farah kan suka mencari tentang dekorasi rumah dan suka mencari ilham bagaimana nak menggunakan ruang di dalam rumah dengan lebih efektif, mesra kanak-kanak dan semaksima mungkin. Makanya berjodohlah pula dengan "chalkboard paint" ni... Skrol sana, skrol sini terjumpa idea "chalkboard paint". Rupa-rupanya memang ada jenis cat yang begini. Alahaiii dah ketinggalan zaman dah Mommy Ash ni rupanya... Hu hu hu... Terus teruja nak cerita perkara ni di Bubblynotes.Com. 

Sumber dari Google

Menarik! Tertarik! Dan rasa macam nak buat jer begini. He he he... Dan jika Farah ambil keputusan nak buat begini bermakna Ash "would freely be permitted to sketch at some part of the walls"... Mesti girang hati dia kan bila dapat kebenaran menconteng dinding macam ni. Hua hua hua... 

Owhhh... Bukan sekadar "chalkboard paint" iaitu cat tetapi terdapat juga "chalkboard wall sticker"... Kalau tak nak mengecat boleh menampal yer tak? Dari mana nak dapatkan "chalkboard paint" ni? Hasil pencarian di Google ada banyak sebenarnya pembekal di pasaran... Ini termasuklah LAZADA sendiri. :-). 

Dan sukalah kiranya Farah nak berkongsi tentang pembekal yang satu ini. Namanya Candy Paint Asia. Mereka memang menjual secara khususnya "chalkboard paint"... Dan ada juga product seperti "whiteboard paint", "magnetic paint" dan "glow in the dark paint". :-)... Bila dah berjodoh ni rasa macam rajin pula nak belek-belek laman web dan juga Facebook Page mereka. 

Anda bagaimana? Ada rasa tertarik dan berminat? Mungkin boleh cuba "reccee" laman web Candy Paint Asia ataupun laman Facebook Candy Paint Asia. :-). Selamat menelaah ok? Kalau ada kuasa magis... Hari ni juga nak transformasikan salah satu bahagian dinding di rumah atau bakal bilik Ash nanti... Ha ha ha... Tapi baguslah idea ni pada Farah... Jom kita transformasikan dinding di rumah kita masing-masing? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "Chalkboard Paint" | Penyelesaian Bagi Anak Yang Suka Conteng Dinding???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, December 18, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. Ishhh menarik jugak ni Farah! Cantik pun cantik nampak kreatif dan unik. Tapi, nak menyapu habuk kapur tu yang tak kena gigih sikit tu hehe :D

    ReplyDelete
  2. Wah..menarik...Kalo rumah sndiri dh boleh buat dh ni dkt bilik anak...kiki

    ReplyDelete
  3. Saya tampal sticker je... Hmm.. Bertahan la kejap .. Hehe

    ReplyDelete
  4. woaaah best ni.. mak2 xyah pening dah anak2 conteng kan.. ehehe..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY