Home » , , , , , , , , » Bila Jadi Mommy, Perkara Ini Boleh Buat Mommy Menangis!!!

Bila Jadi Mommy, Perkara Ini Boleh Buat Mommy Menangis!!!


Semua ibu bapa boleh membaca bermacam jenis buku keibubapaan yang mempunyai pelbagai pendekatan dan juga gaya penulisan yer tak? Akan tetapi kebanyakan pada masanya, info yang terbaik adalah yang telah diperolehi melalui pengalaman sendiri, yang mana ianya tak akan pernah sama dengan apa yang dijangkakan berlaku apabila anda telah mempunyai anak. Anda memang tidak boleh menjangkakan perkara tersebut selagi belum melaluinya. Anda hanya boleh laluinya dan belajar daripada pengalaman itu...

Pengalaman setakat ini, setakat 2 tahun hadirnya Iman Firash di dalam kehidupan Farah, jujur diakui, memang Farah telah menangis di atas beberapa perkara yang mampu Farah senaraikan ini... Hua hua hua, kita "feeling feeling touching touching" sikit jiwa keibuan kita semua di dalam entri pada kali ini yer? 

Bila Dia Jatuh Sakit Yang Serius
Pengalaman yang paling tidak boleh dilupakan adalah bila mana Ash terkena sawan tarik / sawan demam / "febrile fits" / "febrile seizure"... Boleh rujuk pada entri lama dalam tahun 2015 ini juga di:



Saat menyediakan entri ini, sama juga masih lagi bergenang air mata bila mengenangkan bagaimanakah keadaannya pada waktu itu dan apa yang dilalui pada waktu itu. Memanglah jangan fikir yang buruk-buruk dan negatif-negatif, tetapi bila keadaan sebegitu terjadi, anak yang dilahirkan mata ke atas dan badan kejang selama kurang dari 8 minit kemudiannya lembik ibarat keladi busuk... Mau tidak cuak...Sewaktu kejadian, Farah tidak mampu pun nak menangis kerana tiada masa! Bila sudah dimasukkan ke wad, bila dia dah lega, tiba-tiba Farah jadi "breakdown". Yang tidak merasa tidak mengetahui, yang sudah merasa pasti faham maksudnya. Cukuplah sekali itu sahaja doa Farah setiap hari pada Allah SWT. 

Pertama Kali Dia Menangis Dan Farah Tidak Tahu Apa Puncanya
Pertama kali jadi ibu, bila anak menangis tanpa mengetahui puncanya, menangis sekuat hati tanpa sebab yang biasa seperti lapar, mengantuk, lampin pakai buang basah. Menangis secara terus-terusan dari pukul 12 tengah malam sampailah ke 4 pagi. Dipasangkan ayat Ruqyah dan dibacakan Yasin, semakin ligat dia menangis. Memang menakutkan! "Tolonglah jangan buat macam tu lagi Ash!"... Pernah juga kongsikan di dalam entri lama dalam tahun ini di Bubblynotes.Com yang bertajuk:


Pertama Kali Tinggalkan Anak Di Waktu Malam
Perghhh, ini dugaan nih... Semenjak lahir Ash memang tidak pernah ditinggalkan oleh Farah walau semalam, tetapi dalam bulan April 2015 tahun ini, Ash terpaksa ditinggalkan oleh Farah semalam kerana Farah diwajibkan mengikuti "teambuilding" di syarikat lama Farah bekerja pada awal tahun dahulu. Tiada pengecualian, tiada alasan yang dapat diberikan, hati memang sangat berat... Sangat-sangat berat...Sebagai ibu yang tiada duanya, tiada tiganya, tiada empatnya, tiada limanya anak... Ash adalah segalanya... 


Ingatan memang sentiasa bersama anak jer, sekejap-sekejap telefon, sekejap-sekejap telefon... Memang tak sanggup wehhh nak tinggal anak lelama...Sangat tak sanggup... Kalau boleh bawa dah lama bawa dia sekali... Hu hu hu... 

Untuk Iman Ash ada sesuatu yang ekstra lagi... yang mana memang perkara ini sejujurnya buatkan Mommy tahan air mata sampai sebak ko!!! Bukan sebab macam Farah sorang jer ada anak ok? Tetapi sebab itulah yang terjadi...Kalau anda pun anda akan sebak menahan air mata... 

Suapkan Mommy Makan
Bagi Farah, biar Farah beralah, makan tidak sedap, makan biasa-biasa, makan nasi bersulamkan kicap masin sahaja. Iya... Jujur Farah akui, kalau nak makan mewah, atau nak makan sedap, Farah akan berkesempatan ketika adanya "food review" ataupun jika ada lebihan wang saku sedikit untuk Farah. Yang selebihnya, Farah akan utamakan Ash. Bukan Farah mengada-adakan cerita, tetapi inilah kenyataannya...Iyalah takkan kalau kita makan nasi berlaukkan garam pun kita nak jaja sampai seluruh alam yer tak? Biarlah diri kita sahaja yang tahu bagaimana kesusahan serta kepayahan kita yer tak? 

Demi anak, tak apa, Farah tak kisah, asalkan bagi Farah, Ash mendapat makanan yang berzat, cukup khasiat dan sedap-sedap. Dia baru nak hidup, baru nak kenal dunia, dia tak ada salah dan dosa apa pun...Jadi tidak salah untuk Farah yang dah merasa hidup selama 33 tahun di muka bumi Allah SWT ini mengalah demi anak. Apa yang terbaik semuanya Farah serahkan pada dia...Jika dia tidak habis, kemudiannya baru Farah menumpang makan. :-) ...Alaaa...Tak payahlah nak sedih sangat...Farah bukan minta simpati sesiapa pun! Farah ok jer lah... Farah tak pernah ada nawaitu nak minta simpati sesiapa pun.... Keadaan macam ni Farah dah terbiasa... Lebih-lebih lagi sewaktu tidak bekerja selama 3 bulan sebelum ini... 

Yang membuatkan Mommy menangis??? Iman Ash sewaktu Mommy suap dia makan, dia suap Mommy makan kembali!!! Walaupun sebutir-sebutir tetapi "intention" dia itu yang cukup untuk meluruhkan hati... Walaupun masih kecil, dia faham! Faham dengan cara dia...

Berkejar Bila Melihat Kelibat Orang Lelaki Dewasa
Dia jarang ada kesempatan itu, dia jarang ada peluang itu. Oleh yang demikian, dia akan berkejar bila setiap kali melihat kelibat orang lelaki dewasa dan akan menjadi sangat manja dengan orang lelaki dewasa yang dia jumpai. Jika sekadar rakan-rakan rapat ataupun rakan-rakan blogger di Kelab Blogger Ben Ashaari, Farah tidak kisahkan sangat. Akan tetapi yang menjadi risaunya, jika-jika di tempat khalayak ramai atau umum. Al-maklumlah, sekarang ni kan ramai orang jahat... Farah cukup risau dan memang tak akan lepas Ash walau seinci di khalayak umum. Memang pantau rapat-rapat... Setiap kali ada orang lelaki dewasa datang bertandang ke rumah tidak kira suami rakan-rakan Farah ke, ataupun sedara mara serta sepupu sepapat Farah, dia akan mengendeng. Bila melihat keadaan ini, memang Farah akan tahan sebak melihat Ash terkapai-kapai dan tercari-cari begini woiii...Tapi, Farah tak boleh nangis depan dia, Farah kena kuat di hadapan dia... Nak menangis pergi dalam bilik air sorang-sorang malam-malam...Muahahaha.... Jangan sesekali menangis depan Ash... Kadang-kadang tu Farah tau...tapi Farah buat tak tau jer... Sebab tak nak Ash pun turut sedih... 

Tolong Lapkan Air Mata Mommy
Kadang-kadang kan? Bila kita menonton televisyen terutamanya drama-lah...Bila dah sedih sangat tu, kita boleh menangis...Muahahaha...Anak pun jadi pelik tengok mak dia nih dok nangis yer yer kalau dia masih berjaga... Bila setiap kali dia tengok Mommy dia menangis... Dia akan secara automatik tanpa disuruh akan lapkan air mata Mommy dia dan dia akan cium pipi kanan dan pipi kiri Mommy dia dan kemudiannya dia akan peluk erat-erat...Alahaiiii... "touching"nya perlakuan Ash terhadap Mommy...Ha ha ha.... 

Setakat ini, tu jer yang mampu Farah kongsikan... Itu sahaja yang paling melekat di ingatan ni buat setakat ini dan masa ini... Bila mengenangkan sesetengah keadaan anak memang boleh "breakdown" oooo...sebab dia cuma insan kecil yang baru hidup di muka bumi Allah SWT... Iyalah sifat ibu kan melindungi. Kalau boleh kita tak nak berlaku apa-apa kepada anak kita... Dan kalau boleh kita nak dia bahagia jer selalu, gembira jer selalu dan tidak merasakan apa-apa pun kekurangan di dalam hidup dia kannn? Tapiii... In Shaa Allah, Ash adalah anak yang matang, tabah dan kuat...Mommy percaya itu... Jika Mommy boleh, masakan Ash tidak boleh kan? Ahaksss...tengok genetiklah oiiii... :-P ....Ok melawak.... Ini kisahnya Ash dan Farah...Anda pasti ada kisah anda yang tersendiri dengan anak-anak anda yang boleh membuatkan anda menangis kannn??? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bila Jadi Mommy, Perkara Ini Boleh Buat Mommy Menangis!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, December 7, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Sedih lya baca..bukan musah mnjdi seorg ibu mndidik ank2 trutama yg msh kecil..memg prlu byk pgorbanan

    ReplyDelete
  2. Yes, walaupun dia kecil tp dia memahami, setiap anak-anak ni Allah jadikan kasih nan sayang berbibilion-bilion...mommy ash takmo sedih selalu ye...ash ada leh jaga mama nanti besar

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY