Bersalin Normal Atau Pembedahan Perlu Tahu Beberapa Perkara Ini...

Farah Waheda Wahid
2
Sumber dari Google
Pusing sana pusing sini, klik sana klik sini tiba-tiba sampailah ke satu artikel yang agak menarik untuk dikongsikan kepada pembaca Bubblynotes.Com... Tidak kira sama ada ibu melahirkan anak secara normal mahupun pembedahan, kedua-duanya memerlukan ibu mendapat rehat yang secukupnya selepas bersalin. Kedua cara melahirkan ini mempunyai kesan yang berbeza selepas bersalin. Jadi tak perlulah nak membanding-bandingkan yer? :-) 

Mungkin bagi ibu yang pernah melalui kedua-dua pengalaman cara kelahiran tersebut, dapat membuat perbandingan yang mana satu lebih sukar untuk dijaga kannn??? Mungkin juga ia boleh dijadikan panduan kepada bakal ibu yang akan melalui pengalaman melahirkan kelak. 

Menurut artikel INI

Masa Pemulihan

Normal
Bersalin normal tidak mengambil masa lama untuk pulih berbanding bersalin pembedahan. Biasanya jika tiada sebarang masalah, luka di bahagian faraj akan cepat sembuh dalam masa lebih kurang 2 hingga 4 hari. Bahkan ibu bersalin juga sudah boleh bergerak sendiri sehari selepas bersalin. 

Pembedahan
Berbanding mereka yang melalui pembedahan. Kesan luka pembedahan lebih memerlukan masa yang panjang untuk sembuh. Rasa sakit juga lebih terasa dan membuatkan ibu tidak dapat melakukan aktiviti harian sebagaimana mereka bersalin normal. Jika mampu tu kannn...Ternyata anda memang seorang wanita yang kuat!!! Ececeh...Konon-konon merujuk kepada diri sendiri yang berdikari sendiri walaupun luka tu baru sangat lagiii...Muahahaha....

Pendarahan
Wanita yang bersalin normal kurang mengalami pendarahan berbanding bersalin pembedahan yer. Pendarahan normal bagi ibu yang bersalin normal tidak sebanyak proses pembedahan walaupun pada masa kini kebanyakan pendarahan semasa pembedahan boleh dikawal. Biasanya untuk kelahiran normal, pendarahan kurang daripada 500ml berbanding pembedahan yang boleh melebihi 500 ml.

Pengecutan Rahim

Normal
Dalam kelahiran normal, rahim akan mengecut dengan cepat untuk kembali stabil.

Pembedahan
Namun, melalui kelahiran pembedahan, rahim terpaksa mengambil masa yang lebih untuk mengecut lalu membuatkan salur darah lambat untuk menghentikan darah yang terus mengalir. Ia juga mungkin berlaku disebabkan ada salur darah yang tercedera akibat pembedahan. Namun, kini dengan adanya ubat-ubatan yang boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim, pendarahan melalui bersalin pembedahan dapat dikawal.

Risiko Masalah Darah Beku
Bagi yang berbadan besar, mereka berisiko mengalami masalah darah beku (clot) berbanding mereka yang berbadan biasa. Ini kerana saiz badan besar menyebabkan kurang pergerakan, maka darah dalam badan juga tidak mengalir baik. Masalah clot boleh terkena ke bahagian seperti paru-paru sehingga menimbulkan komplikasi seperti sukar bernafas dan sebagainya. Komplikasi ini dipanggil Thromboembolism iaitu masalah besar yang dialami oleh segelintir pesakit selepas pembedahan. 

Tidak Boleh Berurut
Biasanya ibu selepas bersalin akan melakukan amalan berurut bagi mengurangkan masalah "angin" dan bagi membetulkan urat-urat dalam badan. Namun, ibu yang bersalin secara pembedahan dinasihatkan agar melewatkan amalan berurut bagi memberi ruang kepada bahagian luka pembedahan benar-benar sembuh. Ini kerana "potongan" itu agak besar dan bimbang luka ibu boleh berisiko mengalami jangkitan dan sebagainya akibat kesan urutan.

Jarak Kehamilan 
Secara idealnya sama ada bersalin normal atau pembedahan, ibu biasanya dinasihatkan agar menjarakkan kehamilan seterusnya. Kesan parut pada rahim akibat pembedahan lebih mudah bocor sekiranya jarak kelahiran berlaku sangat dekat.

Sekadar pengetahuan am dan "to give a clearer picture"... :-) Semoga bermanfaat yer... 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !