Berparti Dengan Sing! Karaoke By SMULE...

Farah Waheda Wahid
5
Sumber dari Google
3 tahun dah pencen berjimba ke pusat karaoke... Muahahaha...Sejak mula ngandung sampailah ke la ni... Kalau nak berkaraoke pun setakat dalam kereta syok sendiri dan juga setakat di rumah pada hujung minggu... Nak kata pandai menyanyi tu tidaklah...Sumbang mambang jer lebihnya... Tapi dah hobi kannn??? Nak katakan apa? Oklah tu, janji tak mengganggu ketenteraman awam dan tak mengganggu orang lain kannn??? Sekurang-kurangnya adalah juga warna di dalam kepelbagaian rentak hidup... Kalau statik jer setiap hari dengan benda yang sama bosan juga oiii.... Hidup perlu ada warna gittew... 

Ada juga terfikir-fikir, bilalah berkesempatan nak berkaraoke beramai-ramai dengan kawan-kawan kembali...Lama sangat dah tinggal...Ahaksss...Apakah perlu melupakan sahaja hasrat dan niat tu? "Plan" tu dah berkali-kali tapi asyiknya tak menjadi jer... Anak lebih penting kannn??? Masing-masing pun dah sibuk dengan anak-anak masing-masing sekarang... Zaman anak dara tu dah berlalu... Zaman tak ada bagasi lebihan tu dah berlalu, bila dah ada anak ni lain pula coraknya yer tak? 

Tapi!!! Ha ha ha... Minat itu mungkin tidak akan berkubur di situ sahaja...sebabnya Sing! Karaoke By SMULE dah jadi kawan baik Farah dah...Bha ha ha... Ada masa jer, melalak dengan aplikasi ni... Eleh, baru jer semalam "install" aplikasi ni walhal dah lama dah pun aplikasi ni, orang lain dah naik puas dan naik jemu dah melalak dengan Sing! Karaoke By SMULE... Kakak baru nak terhegeh-hegeh oiiii... Sejak kebelakangan ni memang, banyak terhegeh-hegeh sangat, sebab banyak benar kerjanya yang perlu dilakukan.... 

Sumber dari Google
Ko pilih jer lah lagu apa yang ko nak nyanyi... Lagu apa yang ko suka...Lepas tu melalaklah sepuas-puasnya...Boleh ulang-ulang lagi dan boleh dengar kembali hasil nyanyian sendiri... Tempat tu biar kena yer? Nanti pelik pula kalau tempat tak kena...Ha ha ha... Setakat ini memang lepas gian dah melalak macam-macam lagu...Muahahaha, tapi tak ada "guts" lagi nak kongsi... Bha ha ha... Malu oiiii... Suara tu kalau sedap tak apa... Ni macam katak...Katak pun tak macam tu ok? Bha ha ha.... Dengan sumbang mambangnya lagi... Setakat untuk "pleasure" diri sendiri pun dah cukup sebenarnya... 

Elehhh, sebenarnya alasan tak nak kongsi sebab ada video...Tu yang lemah tu... Ha ha ha... Malu laaaa.... Errr sejak bila ni? Jadi pemalu sangat ni...Ekekekeke... Oklah bagi yang belum mencuba tu...Bolehlah cuba-cuba karaoke syok sendiri dengan memuat turun aplikasi ini di...


Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !