Adab Kejutkan Anak Dari Tidur

Farah Waheda Wahid
9

Masuk lalat mulut tu kang baru tau...Ha ha ha... Macam tulah gayanya dia tidur... Selalunya kalau dia tidur, dia akan bangun sendiri bila tiba masanya. Dan setakat ini dia belum pernah lagi dikejutkan dari tidur oleh sesiapa. Ash perlukan tidur yang cukup! Kalau tidak...habislah...habislah... "tantrum" seluruh alam. Lain sikit fesyennya dia nih... Ihikss... 

Walaupun tidak pernah lagi dikejutkan, haruslah ambil tahu juga yer tak? Sampai satu ketika nanti, bila tiba masa ke sekolah, mungkin akan tiba masa Ash perlu dikejutkan. Hurmm...Setakat ini, Ash adalah "morning person". Awal-awal pagi lagi dah bangun... Tapi selepas tu gedebushhh dia tidur balik. Paling awal pukul 6.00 pagi dia bangun, paling lewat dalam sejarah...pukul 11.00 pagi. Ikut dialah... 

Iya, untuk mengejutkan anak dari tidur pun sebenarnya ada adabnya yang tersendiri... cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak-kanak, remaja atau dewasa adalah:

1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur. 

2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan-lahan. Bukan hogah badan anak tu yer? Hu hu hu... 

3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.

4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.

5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak. Dalam konteks ini, Ash memang Mommy panggil sayang...Ahaksss...Walaupun macam geli-geli, tapi memang Mommy panggil dia sayang punnn...

6. Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak Mommy yang baik, anak Mommy yang soleh, anak Mommy yang rajin.

7. Sebaik sahaja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar dia mandi, solat Subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai. 

8. In Shaa Allah, anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang gittew. 

Semoga info yang dipetik dari SINI berguna buat semua ibu bapa di luar sana... :-) 

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Haaa bagus tips ni...guna perkataan sayang selalu masa nak kejut anak...ash tidur lena sgt tu haaaa comellll nak cuit2 hidung hehehe...so far Qi mudah kejut bangun pagi tak nangis langsung wpun tidur lewat...tp kalau dia tidur petang bangun maghrib haaa mula ar nak tantrum memasal...tu sebab paling bagus elak budak2 ni tidur time maghrib, sebab x puas tidur lewat petang sgt

    ReplyDelete
  2. Nice tips.. Tahun depan dah nk kena kejut ank bangun tidur sebab dah mula sekolah..

    ReplyDelete
  3. Dah lama x kejutkan anak kecik tido...i miss that moment too much....aduyaiii...hey si bujang...bangunnnnnnn

    ReplyDelete
  4. Great sharing... Insya Allah.. Amin..

    ReplyDelete
  5. Hahah..teringat anak saya masa belum sekolah dulu setiap pagi kejut dia kita kena cakap .."selaat pagi sayang..' kalau tidak seharia merajuk tak puas hati..tapi sekarag dah nak masuk darjah 3, dia tak bagi dah kejut gitu...sebab dah besar ,jangan layan dia macam budak2 katanya..sabar je la..hahah

    ReplyDelete
  6. betul memang praktik dari si abang..alhamdulillah semua takde masalah kalau nak kejut bangun pagi.

    ReplyDelete
  7. mikhail terpaksa kejut awal pagi untuk mandikan dia sebelum hantar rumah pengasuh. kadang-kadang kesian tengok anak lena tidur, pastu kita kacau dia. bangun pun dengan kepala terangguk-angguk ngantuk. bertabahlah anak bila ibu kerja...ermmmm

    ReplyDelete
  8. terbaik.
    sama2 la kita praktik kan cara yg betul ekk.
    anak2 pun sihat dan sejahtera.
    dari kecik, once anak2 da bangun, aida wajib gomol dulu.
    dpt kan bau diorang yg original pepagi tu, busuk masak :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !