5 Makanan Punca Anak Suka Mengamuk???

Farah Waheda Wahid
5
Sumber dari Google
Phewww!!! Kalaulah terpaksa berhadapan dengan situasi begini... Ya ampunnn.... Tahan telinga, tahan kerenah dan istighfar banyak-banyak jer lah yer tak? Ha ha ha... Setakat ni belum lagi sampai tahap beginilah kalau diikut-ikutkan pengalaman diri sendiri. Akan datang tak taulah pula yer tak? Muahahaha... "Who knows???" Betul tak? Jika anak kita hari ni tak tergolong dalam kategori ini, kita melihat anak orang lain begitu, jangan cepat sangat rasa lega atau berbangga yang anak kita tu tak macam tu... Kanak-kanak ni berubah-ubah angin dan kelakuan...Jika satu hari mereka juga seperti gambar di atas ini, tak mustahil kannn??? 

Kalau kena di tempat awam? Lagilah... berangin jer satu badan kan? Kecik besar kecik besar jer tengok anak tu buat perangai... Boleh jadi, sebelum tu elok jer perangai, tiba-tiba dah mengamuk... Tak ada masalah, tak kena marah tetapi tiba-tiba sahaja dia "bad mood". Kenapa yer? Cubalah kita ni sebagai ibu-ibu ingat kembali betul-betul, sebelum mengamuk tu apa yang anak-anak tu makan? 

Menurut artikel di SINI, kalau anda nak tahu, pengambilan makanan tertentu boleh merosakkan "mood" anak anda. Mereka boleh bertukar karakter menjadi agresif, cepat marah, sensitif dan pendek kata semuanya yang negatif. Jadi elok sangatlah sebagai ibu-ibu kita ni ambil tahu apa makanan yang mesti dielakkan kepada anak-anak anda. 

Produk Tenusu
Kalau anak anda jenis yang alergi kepada protein yang ada dalam produk tenusu, mereka akan menunjukkan gangguan kepada "mood" dan kelakuan lain iaitu bertukar menjadi agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa. Jadi, jangan bagi anak yang alergi ini sebarang produk yang berkaitan tenusu kalau hendak keluar bersiar-siar.

Pewarna Tiruan
Tahukah ibu bapa, pewarna tiruan yang banyak terkandung dalam makanan ringan mempunyai kaitan rapat dengan masalah ADHD, hiperaktif dan perubahan tabiat? Kebanyakan ibu bapa terlepas pandang dan hanya menyalahkan gula semata-mata. Jadi, berhati-hati dengan kehadiran pewarna tiruan ini yang selalunya tersembunyi dalam sebuku roti atau tairu.

Gula
Kanak-kanak memang pantang nampak gula-gula. Jika diambil melebihi paras yang normal ia akan menyebabkan kanak-kanak terlalu aktif. Gula juga dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan untuk jangka panjang.

Bahan Pengawet
Sekiranya anda suka memberi anak makan makanan proses, hati-hati ya! Makanan proses seperti makanan dalam tin dan produk sejuk beku mengandungi banyak bahan pengawet. Pemakanan yang kaya dengan makanan pengawet akan mempengaruhi perubahan perasaan kanak-kanak, perkembangan terbantut dan mempunyai masalah tidur.

Bahan Perasa
Bahan perasa seperti monosodium glutamate (MSG) boleh menyebabkan sakit kepala dan hiperaktif kepada kanak-kanak. 

"Well", memang agak sukar sebenarnya nak kawal semua makanan ni, melainkan kalau kita cuma dan hanya semata-mata memberikan anak makan dari air tangan kita sendiri. Jadi, antara salah satu sebab anak-anak suka mengamuk adalah berpunca dari makanan juga ya... Sekarang, serba sedikit, kita pun dah fahamlah apakah salah satu punca anak suka mengamuk yer tak? 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. saya ada seorg anak buah mcm tu . dia blh nangis atas jln sbb mamanya x nak belikan mainan . yg my kakak geram tu sbb ada keta nak lalu tapi my anak buah buat selambe je menangis ... nasib baik kakak2 n abangnya tak ada perangai mcm tu ... heheheee

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum farah...terbaik info ini...:)

    ReplyDelete
  3. Memang MF akui.. Makanan di atas tu pengaruhi sifat anak.. Makanan bergula buatkan anak aktif dan agresif...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !