Home » , , , , , , , » Wanita "3-Series" Anda Perlu Amalkan Ini!!!

Wanita "3-Series" Anda Perlu Amalkan Ini!!!

Sumber dari Google
"3-Series"??? Kakak lettew...Ahakss... Iya tahun 2015 ini dan bulan November 2015 ini bakal mencecah usia 33 tahun. He he he... Tapi kiranya awal 30-an lah kannn??? Taklah kertu sangat pun... #oopsss... Tapi apa ada kisah jika umur tu bertambah? Asalkan tak kelihatan kertu dan "maintain" itu dah kira cukup bagus dah tu sebenarnya... Paling bahagia apabila ke mana-mana orang sangkakan belum kahwin, belum ada anak ataupun usia di lewat 20-an... Awwwww... Bukan kembang setaman lagi dah...Bertaman-taman jadinya...Bha ha ha... Kadang-kadang tu bukan sebab apa, sebab pembawakkan diri tu yang tak macam ibu beranak satu dan cara pemakaian tu yang kadang-kadang perasan diri tu muda remaja sangat...Muahahaha... 

Wanita memang padat dengan tugasan harian, kalau yang bekerja macam kakak ni lagilah berkira untuk jaga, belek kulit wajah setiap malam. Ya, sangat penat! Jadual yang padat menyebabkan wanita kurang tidur dan rehat. Bahananya, tubuh menjadi lesu, wajah kusam dan tidak bermaya. Menurut artikel di SINI, ada cara yang mudah dan lebih berkesan bagi menjaga kecantikan. Lagipun ianya menarik dan bahan yang digunakan pun tidak memerlukan kos yang tinggi. 

1. Untuk wajah yang berseri dan bersinar, amalkan makan kelopak bunga mawar merah setiap hari. 

2.  Selain itu, air rebusan daun inai juga dapat mengatasi wajah yang pucat. Tumbuhan ini juga bermanfaat untuk kesihatan dalaman wanita. 

3. Lekap mata dengan uncang teh selama 10 minit. Petua ini dapat menyegarkan mata dan menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata. 

4. Sesetengah orang mengalami masalah rambut kering dan gugur, tambah pula kalau wanita selepas bersalin. Bagi mengatasinya, ramas daun bunga raya sehingga keluar lendir. Tapis dan buang hampasnya, sapu pati ini di kulit kepala dan rambut. Kemudian, balut kepala dengan tuala selama 10 minit. Hasilnya rambut sihat dan bersinar dan kulit kepala terasa segar dan sejuk. 

5. Lenyekkan tomato sehingga lumat, lumur pada wajah dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilas dengan air putih. Masker semula jadi ini akan membuatkan kulit wajah licin, lembut dan sekata. 

6. Agar bibir merah dan merekah bak delima, sapukan madu pada bibir setiap malam sebelum tidur. Apabila bangun pagi, cuci lebihan sisa madu di bibir dengan hirisan limau nipis. ---> Ini dengan harapan semut tak hurung lah yer...Ihikss... 

7. Kulit badan juga jangan diabaikan. Untuk miliki kulit yang cerah dan kemerahan, gosok setiap inci tubuh dengan hampas kelapa. Percayalah, cara ini boleh hilangkan daki dan menjadikan kulit lembut serta lembap. 

Lagi umur meningkat, lagi macam-macam nak kena jaga untuk kekalkan penampilan. Bukan bagi wanita yang mementingkan penampilan sahaja, yang tidak kisah dengan penampilan pun harus sebenarnya. Tak guna beli itu beli ini, atau berpakaian mahal tetapi diri sendiri tidak terjaga.. Pesan seorang sahabat pada Farah yang mana Farah akui ada kebenarannya di situ... Kannn??? Perkara utama, jika nak kelihatan cantik...dalaman harus cantik terlebih dahulu, kemudian diri harus terjaga dan kemudiannya barulah material... ;-)

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Wanita "3-Series" Anda Perlu Amalkan Ini!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, November 3, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. yg nombor 4 tu sy da penah buat. at the end kulit kepala berminyak sbb kesan lendir tu tp x laa gatal.

    ReplyDelete
  2. Akak... i pun lahir bulan november. hihihhi

    ReplyDelete
  3. masker tomato best! dah cuba..


    salam kenal :)

    ReplyDelete
  4. alahai..muda sesangat lagi tu...hepi go lucky...kunci kecantikan yang natural...u know? kihkihkhik..dan akak nmpk farah hepi go lucky... (nmpk kt dlm blog n ig awk...muka ceria sokmo..hiih)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY