Home » , , , , » Tips Memilih Maskara

Tips Memilih Maskara


Jika ditanya apakah maskara kegemaran Farah? Jawapannya adalah Naked dan juga Dior. Setakat ini, Farah paling suka maskara dari dua jenama ini. Jenis maskara di pasaran memang tidak terhitung jumlahnya. Ada pelbagai jenis, pelbagai macam, banyak variasi, boleh jer nak bereksperimentasi semua kan? Tapi... Ada tapinya... Ada keadaan di mana tidak mustahil di mana anda boleh tersalah pilih maskara. Sebab tu, sebelum membeli sebenarnya kita kena kenali mata kita terlebih dahulu. 

Tebal Namun Pendek
Bagi anda yang memiliki bulu mata tebal namun pendek, hindari maskara yang memberikan "volume" kerana ia membuatkan mata kelihatan terlalu berat. Sebaliknya pilih yang memanjangkan (lengthen) dan melentikkan (curl up). Pilih tekstur maskara yang sedikit cair. 

Tebal Dan Panjang
Jika bulu mata anda tebal dan panjang, ertinya anda boleh memakai jenis apa pun. Yang perlu diperhatikan adalah maskara berlabel "volume". Cukup sekadar oleskan sekali agar tidak kelihatan berat dan menghindari penggumpalan. 

Tipis Dan Pendek
Bulu mata anda tipis dan pendek? Pilih yang memberikan "volume" dan memanjangkan (lengthen). Lebih baik lagi jika berbentuk sedikit melengkung untuk memudahkan jangkauan lapisan maskara dalam sekali sapuan. Sebaiknya pilih tekstur maskara yang sedikit cair. 

Tipis Dan Panjang
Jika bulu mata anda tipis dan panjang, gunakan maskara yang memberikan "volume" dan melentikkan (curl up). Pengaplikasian boleh diulang untuk memberikan kesan tebal.

Rujukan: SINI

Sewaktu kita membeli-belah barangan kosmetik tidak semua info atau maklumat yang boleh diberikan oleh pembantu jualan. Jadi ilmu kosmetik ni sebenarnya kita perlu gali dan ambil tahu jika anda adalah peminat kosmetik supaya dapat membeli kosmetik yang sesuai bagi mengelakkan pembaziran dan kosmetik yang tepat untuk wajah anda. ;-)

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tips Memilih Maskara, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, November 2, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. Hehe...betul..ada juga pembantu jualan yang mahir..dan tidak kurang yang kurang mahir..kakau dapat yang mahir kita boleh kutip ilmu dari dia..

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing sis....saya ni sampai sekarang fail pakai maskara...mesti comot tu yg tak pakai haha...

    ReplyDelete
  3. thanks share awak. helps a lot. (:

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY