Tips Memandu Ketika Berbadan Dua

Farah Waheda Wahid
5

Disebabkan ini entri tentang mereka yang sedang berbadan dua, mehlah kita tempek gambar kakak sewaktu sedang berbadan dua ni. Haippp... Sekarang tak berbadan dua lagi, jangan salah sangka, sekarang ni satu jer badan... Wakakakaka... Gambar ini telah dirakamkan sewaktu trimester kedua kehamilan kakak dulu. Amacam? Wink wink wink... Berseri-seri dan cantik tak kakak sewaktu berbadan dua? Teeet.... Yang benarnya sama jer sewaktu berbadan dua atau tidak, tak ada perbezaan pun wajah. 

Owhhh emmm geeee... Masa mula-mula berbadan dua dulu punyalah risau tahap gaban kalau tiba-tiba muka mengembang semacam dan kakak kelihatan selekeh. Tidak!!!! Alhamdulillah kakak tak terkena tu... Tetap mampu kekal seperti biasa... Bha ha ha... Ok termelalut... Berbalik kepada intipati entri...

Bagi ibu hamil yang bekerjaya ataupun tidak bekerjaya tetapi merupakan seorang pemandu, anda pasti tidak boleh mengelak dari memandu dari satu tempat ke tempat yang lain meskipun hamil. Adalah yang boleh elak yang jenis suami pandukan dan tunggu suami pandu ke sesuatu tempat. Jadi, ada yang tertanya-tanya, boleh ke saya memandu ketika hamil? Apa tak boleh pula? Tentulah boleh... Jika ramai ibu-ibu yang pernah hamil dan sedang hamil boleh memandu kenapa tidak anda. #ehhh kakak esok nak masuk dewan bedah, doktor tak beri memandu sebab takut berlaku pendarahan disebabkan komplikasi kehamilan pun masih memandu tau hari sebelumnya untuk ke hospital. Bahaya tak? Ada kesan kepada bayi? 

Dia begini sebenarnya ya, kehamilan bukanlah satu penyakit. Wanita mengandung pun boleh memandu dan melakukan apa sahaja dengan wajar dan baik jika tahu cara yang betul. Anda boleh meneruskan rutin harian anda itu asalkan stereng tidak menekan perut. Tidak menjadi masalah bagi bakal ibu memandu asalkan keadaan mereka baik. 

Ni ada sedikit tips kakak nak kongsikan agar ibu dan calon buah hati dalam kandungan sentiasa selesa dan selamat ketika memandu.

1. Kenderaan biarlah selesa tanpa kesan goncangan kerana kesan goncangan kenderaan boleh meletihkan ibu. Pastikan penyaman udara berfungsi dengan baik agar pemanduan sentiasa dalam keadaan nyaman dan selesa.

2. Posisi tempat duduk harus selesa, sekitar 30 darjah ke belakang supaya perut tidak terganggi dan tangan tidak sukar memegang stereng. Perhatikan posisi kaki tidak tergantung.

3. Tali pinggang keledar tentulah boleh laras kan? Iaitu yang membolehkan ia mengikuti gerak tubuh (elastik) namun bila kejutan, ia mampu menyentak ke belakang.

4. Pasang tali pinggang keledar melewati peha sampai tulang pinggul, tepat di bawah kandungan. Bahagian tersebut mesti ketat, namun pastikan agar janin tidak tertekan. Pastikan bahagian tali yang satu lagi melewati tengah dada.

5. Jika takut perut terkena stereng, letakkan bantal kecil antara perut dan stereng.

6. Sebelum memulakan perjalanan, dapatkan maklumat mengenai hospital yang terdapat sepanjang perjalanan yang bakal ditempuhi. Maklumat tersebut sangat membantu bila rahim mengalami kontraksi dan bersalin di luar jangkaan.

7. Sebaik-baiknya tidak memandu seorang diri tapi kalau dah terpaksa nak buat macam mana kannn?

Bila usia kandungan mencapai 8 bulan, anda tidak sepatutnya memandu lagi. Sepatutnya lah kannn? Tapi ada keadaan nak tak nak kena juga memandu. Maka sila berhati-hati. Dapatkan nasihat doktor jika mengalami sebarang ketidakselesaan yang menggusarkan. 

Akhir sekali? Nikmati saat kehamilan anda... 9 bulan adalah masa yang singkat, anda pasti rindu saat bersama bayi ketika dalam perut. Paling penting, jaga kesihatan diri dan tahniah kerana bakal menerima orang baru sebagai penyeri hidup. Alhamdulillah, rezeki Allah kan??? ;-) 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. assalam..
    nice sharing

    ReplyDelete
  2. Bagus sebagai panduan buat ibu-ibu muda yg ada planning utk pregnant.
    Yg sedang pun ok juga. Kakak dah tua Farah hihi..

    ReplyDelete
  3. Good tips farah, kadang kala keletihan dan sengal kaki masa memandu lagi2 tetiba dapat kekejangan tu laa yang risau sangat.

    ReplyDelete
  4. Anak first memang sampai lapan bulan je lepas tu suami hantar dan amik.. Anak kedua tak dapat la.. Kena juga drive sampai bersalin..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !